Bab 8 Aries

65 2 0
                                    

Selepas Halilintar rebah...

"Lucas, bawa dia ke biliknya." Tegas seseorang itu menyuruh Lucas membawa Halilintar ke bilik tidurnya selepas sedikit memeriksa keadaan Halilintar.

Tanpa membuang masa, Lucas membawa Halilintar ke biliknya dengan cara mengangkatnya ala bridal style walaupun dia masih kebingungan dengan apa yang baru sahaja terjadi dan diikuti oleh seseorang itu dari belakangnya.

.

.

.

.

.

.

.

.

Skip time...

.

.

.

.

.

.

.

Sesampai di bilik Halilintar, Lucas membaringkan Halilintar di katilnya.

Halilintar yang sedang berbaring di atas katil itu terlihat berpeluh dengan banyak dan agak sukar untuk bernafas

Lucas yang melihat itu sedikit panik untuk memikirkan apa yang perlu dia lakukan...

Dan seseorang tadi mendekati Halilintar lalu meletakkan tangannya di dahi Halilintar untuk memeriksa suhu badannya.

"Lucas ambil kain dan sebekas air, kita perlu turunkan suhu badan dia."

Lucas yang mendengar itu hanya mengangguk sebelum melaksanakan arahan yang diterimanya itu.

"Kenapa kau buat macam tu tadi, kau tahukan apa akibatnya?" Tanya dia kepada Halilintar yang sedang berbaring itu

"Hah...hah... Aries?" Panggil Halilintar membuka mata sedikit tercungap-cungap memandang ke arah seseorang yang bernama Aries

"Ya. Gembira berjumpa kau lagi, Arius." Sahut Aries datar sambil membelai -belai rambut Halilintar

"Hahaha... tak sangka aku berjumpa dengan kau sekali lagi dengan keadaan seperti ini..." Ucap Halilintar sedikit tersenyum sayu

"Ya, dan nampaknya keadaan sudah semakin buruk hah..." Kata Aries lagi.

"Hmm..." Jawab Halilintar mengangguk agak lesu

"Ini air dan kain, tuanku!" Kata Lucas yang tiba di bilik Halilintar dengan membawa sebekas air dan beberapa helai kain.

"Letakkannya di atas meja." Arah Aries kepada Lucas sebaik sahaja dia tiba di bilik itu semula

Selepas itu, Aries pun membasahkan kain tersebut lalu diperah dan meletakkan kain itu di atas dahi Halilintar

Kemudian mengelap peluh Halilintar menggunakan kain yang lain

Tidak lama selepas itu, Halilintar pun mula dapat menstabilkan pernafasannya dan tertidur di situ

"Nampaknya dia sudah tertidur..." Kata Aries datar melihat sosok Halilintar yang terlelap tanpa merasa kesakitan seperti beberapa minit yang lalu

"..."

Hening... Lucas yang melihat situasi itu pun mula bersuara

"Err... jadi... apa yang sebenarnya yang sedang berlaku?" Tanya Lucas kepada seseorang yang mirip seperti tuannya itu.

Kuasa Yang TerkunciWhere stories live. Discover now