"A-abang?" Panggil seseorang dengan raut wajahnya terkejut dan ketakutan dan suara yang bergetar melihat keadaan Halilintar yang baru sahaja muntah darah
Beberapa minit sebelum itu...
Thorn datang ke Istana Scarlet untuk menemui Halilintar selepas beberapa hari tidak melihat Blaze dan Ice yang katanya sering datang ke situ beberapa hari yang lepas.
Mulanya, dia mahu mengajak Taufan untuk menemaninya ke Istana itu tetapi entah kenapa Taufan tidak dapat menemaninya hari ini atas alasan tertentu. Mengajak Solar menemaninya? Solar mungkin saja sibuk dengan hal lain dan Thorn tidak mahu mengganggu Solar. Akhirnya dia pergi ke istana itu sendirian.
Sesampai sahaja dia bertemu dengan Lucas yang nampaknya terburu-buru ke suatu tempat sehingga tidak menyedari kehadiran dirinya.
Suasana istana abang sulungnya juga terasa berbeza daripada biasa. Sunyi? Berat? Tidak. Suasana itu seakan bising tetapi hanya dalam diam. Seperti dinding yang menyimpan seribu rahsia ingin berbicara mengungkap segalanya.
'Perasaan tidak baik.' Bisik Thorn perlahan menggenggam tangannya di dada. Dirinya terus berlari ke arah bilik Halilintar berada
.
.
.
Langkahnya perlahan-lahan terhenti ketika menghampiri tempat tujuannya
'Abang!'
Bagai dirinya disambar petir dan badan Thron serta-merta kaku melihat situasi itu. Perasaan takut dan terkejut menyerang segenap lubuk hatinya saat melihat cairan merah gelap yang keluar dari mulut si abang sulung.
"T-thorn...?" Panggil Halilintar yang sudah terduduk bersandar di pintu tidak kurang sama terkejut melihat kehadiran Thorn yang tidak dijangka itu
Sesi tatap menatap tidak berlaku lama apabila Halilintar kembali terbatuk-batuk dan mengeluarkan darah yang banyak sehingga dia hampir sesak nafas. Jelas terlihat dia dalam kesakitan
"Abang! Abang kenapa?! Boleh abang bernafas?! " Tanya Thorn panik dengan segera menghampiri Halilintar dan menggunakan kuasa penyembuhannya
Halilintar yang bersandar dengan mata yang sayu melihat adik kedua bongsu dia dihadapan dirinya berusaha melegakan kesakitan yang dialaminya ketika itu.
'Ah, akhirnya aku rebah di hadapan mereka...' Bisik Halilintar dengan senyuman tipis sebelum matanya dipejamkan
"Terima kasih, Thorn." Ucap Halilintar dengan muka pucat tetapi perlahan-lahan rasa sakit di dadanya berkurangan dan dapat kembali mengatur nafasnya
Tapak tangan dan lantai yang penuh dengan darah hanya dipandang dengan tatapan kosong
Thorn yang sedang merawat Halilintar menahan sedaya upaya tangisannya daripada tumpah. Dia perlu sembuhkan Halilintar segera! Setidaknya, kesakitan abangnya ketika ini hilang! Menangis tidak menyelesaikan apa-apa!
Halilintar yang melihat Thorn itu mengusap kepala si adik yang membuatkan air mata Thorn akhirnya jatuh dan memeluk abang sulungnya.
"Hiks... hiks... hiks..." Bunyi tangisan sayup Thorn terdengar di dalam pelukan Halilintar
"Hush... jangan nangis Thorn. Abang minta maaf takutkan Thorn." Pujuk Halilintar lembut mengusap belakang si adik yang menangis
Tidak menunggu lama, Thorn kembali bertenang tetapi enggan melepaskan pelukan dengan Halilintar
'Ah... aku mengantuk.' Bisik Halilintar yang tiba-tiba kepalanya terasa berat dan pandangannya semakin kabur
'A... Ries. ' Panggil Halilintar sesaat sebelum kedua mata dia tertutup rapat dan badannya jatuh ditarik graviti dari pelukan Thorn tadi

YOU ARE READING
Kuasa Yang Terkunci
FantezieWarninggg!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata Penerangan cerita Pada suatu masa dahulu, di sebuah kerajaan yang megah, makmur dan aman damai iaitu, Kerajaan Vallius. Kerajaan yang diberkahi oleh kuasa-kuasa hebat yang diturunkan secara turun...