Bab 14 Rakan atau Lawan?!

34 2 0
                                    

"Siapa?" Tanya Ice suaranya sedikit bergetar

"Blaze. Dia diculik semalam. " Jawab Halilintar yang membuatkan dunia Ice bagaikan hampir runtuh mendengar abang kembarnya yang selalu bising dan bersemangat itu diculik seseorang.

Kuasa Ice semakin kuat tatkala dia semakin kehilangan ketenangan yang selalu dia jaga menyebabkan Halilintar terpaksa menggunakan kuasa api miliknya supaya Ice tidak membekukan ruangan tersebut

"Ice bertenang! Tolong... bertenang. Abang tahu kamu risau. " Ucap Halilintar lembut, sekali lagi menenangkan Ice. 

Ice dengan raut wajah yang tidak dapat diterjemahkan memandang Halilintar sebelum menarik nafasnya berkali-kali menenangkan dirinya

"Jadi apa rancangan abang sekarang? " Tanya Ice setelah dirinya kembali bertenang tetapi jelas dari wajahnya masih terdapat kegelisahan di dalam dirinya

Halilintar yang ditanya menoleh memandang Aries yang di belakangnya dan dibalas anggukan oleh Aries 

Ice yang melihat interaksi mereka itu hanya diam menunggu arahan dari salah satu dari mereka

"Yang Mulia. " Panggil Aries memandang ke arah Ice

"Kau? " Tanya Ice dengan tatapan tajam sebelum bahunya dipegang Halilintar

"Dia bukan musuh Ice. Dia Aries. Kamu pernah berjumpa dia sebelum ini. " Kata Halilintar lembut. Dia tahu adik-adiknya akan bertingkah seperti ini. 

"Saya menyapa Yang Mulia, Putera Kelima, Putera Ice Alfin Vallius. " Sapa Aries secara formal di hadapan Ice. 

"Tuanku boleh panggil patik, Aries. " Sambung Aries lagi memandang lurus ke arah Ice. Kali ini betul-betul dihadapan Ice sehingga terlihat mata merah pekat miliknya dan disedari oleh Ice

"Mata tu! " Ucap Ice matanya membulat menyedari mata merah pekat yang pernah dia dan Blaze lihat beberapa tahun lepas

"Ya. Ketika itu , orang yang tuanku berdua jumpa adalah patik yang mengambil alih kesedaran Putera Arius... bukan berpecah seperti ini. " Jawab Aries memahami kekeliruan Ice

"Jadi sekarang boleh tuanku pinjamkan kuasa tuanku untuk kami seketika? " Tanya Aries dan dibalas anggukan oleh Ice

.

Waktu sekarang...

Suasana hening senyelubungi bilik itu kerana rasa terkejut mereka akan ketibaan seseorang yang tidak diduga di situ

Pemilik pedang petir merah itu menahan cakera milik pengguna elemen api tersebut sebelum mengenai targetnya membuatkan senjata itu terpelanting ke arah yang berbeza.

"Abang Hali?" Panggil Solar terkejut, iris silvernya terbeliak melihat sosok abang sulung mereka yang berdiri di hadapan dirinya menahan serangan cakera berapi tersebut daripada mengenai dia

Blaze yang masih dengan wajah serius dan tatapan kosong itu secara tiba-tiba ketawa histeria dengan kuat sambil menutup muka dengan telapak tangan dan mendongak ke atas, jika bukan disebabkan oleh dinding sihir itu sudah pasti orang di luar dapat mendengar suara Blaze yang kuat itu

"Hahahahah... Tidak aku sangka akan bertemu kau di sini!" Ucap 'Blaze' dengan nada gembira diselangi tertawa yang menjadi-jadi

"Tetapi... kau terlihat sedikit berbeza." Sambungnya lagi memandang lurus Aries dengan mata yang dibesarkan serta senyuman yang mengerikan

Kuasa Yang TerkunciWhere stories live. Discover now