Bab 6 Mengintip

42 4 0
                                    

Istana Scarlet...

Menampakkan suasana malam yang sunyi lagikan sepi  dengan hembusan angin malam yang sejuk memasuki tingkap bilik Sang putera ketika dia sedang duduk di situ sambil menutup matanya dan merasai hembusan angin yang merentasi dirinya menikmati suasana yang aman tenteram itu

Sebelum tiba-tiba dia merasakan hawa keberadaan beberapa orang...

"Keluar!" Perintahnya bangkit dari tempat sebelumnya. Terlihat mata merahnya menyala mewaspadai keadaan di sekelilingnya

Muncul tiga orang berpakaian serba hitam yang merupakan bawahannya yang ditugaskan untuk menjaga para putera yang lain secara rahsia, menundukkan kelapa dan sebelah tangan diangkat ke aras dada  di hadapannya

"Kami menyapa Yang Mulia, Putera Pertama." Ucap mereka serentak menyapa Sang putera sambil menunduk  di hadapan Halilintar tanda menghormatinya 

'Ada sesuatu yang tak kena...' Bisik Halilintar selepas melihat tiga orang pengawal rahsia yang dihantar olehnya untuk menjaga adik-adiknya berada di situ

Halilintar menatap mereka seorang demi seorang sebelum berkata...

"Ada apa-apa laporan tentang 3 putera yang dibawah lindungan kamu??" Tanya Halilintar dingin terlihat matanya yang menyala dikala pantulan rembulan malam memasuki bilik tersebut melalui tingkap 

"Kami... kami ingin melaporkan sesuatu yang tuanku perlu tahu." Ucap salah seorang pengawal rahsia itu

"Apa yang sudah berlaku?" Tanya Halilintar lagi menatap tepat kepada orang berbicara itu

"Ianya tentang Putera Arien dan Putera Arzin, tuanku." Lapor Evan mengawal rahsia yang menjaga si putera ketiga

"Hah... apa yang mereka lakukan ?" Tanya Halilintar menghela nafas seperti menyedari sesuatu tentang kedua adiknya itu

"Mereka sedang mencari tahu rahsia tuanku." Lapor Zane pengawal yang menjaga putera kedua pula

Halilintar yang mendengar itu pun menghelakan nafasnya sekali lagi

"Yang lain?" Tanyanya lagi

"Mereka mengetahui jika Putera Arien dan Putera Arzin mencari sesuatu tentang tuanku tetapi mereka hanya memerhati keadaan terlebih dahulu." Ucap Cade, pengawal rahsia yang menjaga putera bongsu, Solar

'Sudah kuduga, mereka sudah menyadarinya... Aku sudah tidak boleh menyimpan rahsia dari mereka lagi...' Keluh Halilintar di dalam hati

"Apa yang sudah mereka ketahui?" Tanya Halilintar serius sebelah tangannya menutup mukanya hanya memperlihatkan sebelah mata merahnya itu

"Mereka mengetahui ada yang menginginkan kuasa elemen petir." Jelas Evan lagi

Sekali lagi Halilintar menghela nafas dan memicit kepalanya

"Jadi mereka mengetahuinya..." Keluh Halilintar menundukkan kepala

Para pengawal rahsia tu hanya diam menunduk ke lantai mendengar keluhan Halilintar itu sehingga lah...

"Apa yang akan tuanku lakukan tentang perkara ini?" Tanya Cade pula

"..."

Halilintar berfikir sejenak sebelum membuka mulutnya kembali

'Mungkin sudah tiba masanya' Bisik Halilintar lalu menutup matanya seketika

"Perhatikan mereka dan laporkan semua perkara yang mereka jumpai dengan segera!" Perintah Halilintar kepada katiga pengawal rahsia itu

"Baik, tuanku!" Sahut mereka serentak

"Bersurai dan jalankan tugasan utama kamu semula!" Perintah Halilintar menekan perkataan tugasan mereka itu

Kuasa Yang TerkunciWhere stories live. Discover now