Bab 5 Perbincangan

52 5 0
                                    

Di tempat para putera berkumpul sebelum ini...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Terlihat beberapa orang remaja berkumpul di sebuah padang rumput yang luas sambil duduk di bawah pokok yang besar dan rimbun

"Jadi... kenapa kau mahu kami berkumpul di sini?" Tanya seorang remaja lelaki berpakaian serba biru muda sambil duduk bersandar di pokok besar itu lalu menutup matanya

"Ya lah! Ada perkara penting ke?!" Tanya kembarnya yang turut bersandar di pokok itu

"Iya lah, Solar. Ada perkara penting ke?" Tanya remaja manik mata hijaunya yang terlihat risau kerana tiba-tiba diminta untuk berjumpa tanpa memberitahu ketiga abang sulung mereka

Yang ditanya hanya diam memandang mereka bertiga...

"Begini, pagi tadi aku terjumpa Abang Gempa di perpustakaan." Kata Solar memulakan perbicaraan

"Jadi kau mahu kita berkumpul di sini hanya kerana kau berjumpa dengan Abang Gempa di perpustakaan?" Tanya Blaze yang kebingungan sambil menyilangkan tangannya di dada

"Iya, tapi bukan itu yang ingin aku bincangkan... tetapi aku rasa Abang Gempa ada merahsiakan sesuatu daripada kita semua... bukan Abang Gempa sahaja... Abang Taufan dan Abang Hali juga mungkin ada merahsiakan sesuatu daripada kita berempat." Ucap Solar serius manik matanya menatap tepat kehadapan mereka bertiga

"Apa yang buat kau rasa begitu?" Tanya Ice serius yang dari tadi hanya mendengar apa yang disampaikan oleh Solar

"Sebab... Abang Gempa selalu berada di Istana Dijon melakukan tugasannya tetapi tiba-tiba datang ke perpustakaan semata-mata untuk mengambil sebuah buku." Jawab Solar yakin akan sangkaannya

"Buku apa yang diambil?" Tanya Ice lagi 

"Ah... Sebenarnya, Solar tidak pasti apa kandungan sebenar buku itu kerana baru pertama kali Solar jumpa buku itu..." Jawab Solar

"Apa tajuk buku itu?" Tanya Thorn pula

"Tajuk dia.... Pengguna Elementals."

Blaze dan Ice membulatkan mata mereka kerana sedikit terkejut mendengar tajuk buku yang dikatakan oleh Solar.

"Buku Pengguna Elementals?!" Tanya pasangan kembar api dan ais itu hampir sepenuhnya berdiri dan sedikit meninggikan suara mereka 

"I-iya." Jawab Solar yang hairan dengan reaksi mereka berdua dan semakin ingin mengetahui isi buku tersebut

"Bagaimana kau boleh terjumpa buku itu?!" Tanya Ice lagi dengan raut wajah yang sangat terkejut

"Betul tu!" Kata Blaze juga sama terkejutnya seperti Ice

"D-di perpustakaan... pagi tadi. Sebelum terjumpa dengan Abang Gempa yang tiba-tiba berada di sana." Jawab Solar yang agak ketakutan jikalau dirinya akan dimarahi oleh mereka berdua

"K-kenapa Abang Blaze dengan Abang Ice terkejut sangat ni?" Tanya Thorn yang dari tadi hanya mendengarkan perbualan abang dan adiknya kerana hairan dengan reaksi mereka berdua

Yang ditanya hanya memandang satu sama lain sebelum Ice menyenggol bahu Blaze menyuruhnya menjelaskan isi buku tersebut...

Blaze pun menghela nafas kerana mengetahui maksud Ice itu

"Buku itu tentang sejarah pengguna kuasa elemen seperti kita." Ucap Blaze suaranya terdengar serius tidak seperti dirinya yang selalu bermain-main

"Jadi?" Tanya kembar bongsu itu kurang faham akan ucapan Blaze itu tadi

Kuasa Yang TerkunciWhere stories live. Discover now