Bab 16 Siapa dia?

40 3 3
                                    


"Kuasa elemental-arkk... Solar... Putera pertama-arkkkk" Ucap Blaze yang memegang kepalanya yang kesakitan, berjaya membuatkan Ice, Thorn dan Solar semakin risau dengan keadaan Blaze.

"Tak... tidakkkkkk!!!!!" Jerit Blaze matanya terbuka luas, masih memegang kepala yang kesakitan.

Dia seolah ketakutan. Suasana hangat mula menyelubungi sekitar bilik itu. semakin lama, semakin panas.

"Blaze! Blaze, kau dengar tak?!" panggil Ice yang panik melihat keadaan Blaze dan kuasanya yang mula tak terkendali.

"Solar, apa perlu kita buat?!" Tanya Thorn yang turut panik.

"Kita kena tenangkan dia dahulu." Kata Solar panik

"Macam mana?!" Tanya Ice pula

"Tak tahu! Cuba guna kuasa abang!" Jawab Solar

"Arghhhhhh!!!" Jerit Blaze kesakitan

"Blaze... " Panggil Ice lembut cuba memeluk si abang kembarnya

Entah darimana seseorang yang sangat dikenali muncul mengejutkan mereka yang lain.

Tanpa membuang masa Aries terus berjalan mendekati katil yang ditempati Blaze

 

"𝓒𝓪𝓱𝓪𝔂𝓪 𝓭𝓲 𝓫𝓪𝓵𝓲𝓴 𝓴𝓮𝓰𝓮𝓵𝓪𝓹𝓪𝓷, 𝓽𝓮𝓻𝓪𝓷𝓰𝓲𝓵𝓪𝓱 𝓶𝓮𝓻𝓮𝓴𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓭𝓲𝓫𝓮𝓵𝓮𝓷𝓰𝓰𝓾 𝓸𝓵𝓮𝓱𝓷𝔂𝓪."


Ucap Aries dan muncul sebuah lingkaran sihir dari bawah katil dengan cahaya terang menyilau hampir seluruh bilik itu.

Solar pula reflek memegang dahi Blaze yang sudah berbaring

"Panas." Kata Solar mukanya berubah serius

"Abang Ice, guna kuasa abang untuk turunkan suhu Abang Blaze. Thorn guna kuasa penyembuhan kau!" Arah Solar menoleh ke arah mereka dan dengan cepat Ice dan Thorn melakukan apa yang diarahkan

"Zone Ice." Ucap Ice perlahan menyebabkan tempat sekitar Blaze serta-merta menjadi sejuk walau belum menjadi beku seperti perlawanan dia dan Halilintar sebelum ini.


"𝓚𝓾𝓪𝓼𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓭𝓲𝓫𝓮𝓻𝓴𝓪𝓱𝓲, 𝓑𝓪𝓷𝓽𝓾𝓵𝓪𝓱 𝓴𝓪𝓶𝓲 𝓭𝓲𝓼𝓪𝓪𝓽 𝓲𝓷𝓲, 𝓗𝓲𝓵𝓪𝓷𝓰𝓴𝓪𝓷𝓵𝓪𝓱 𝓼𝓮𝓰𝓪𝓵𝓪 𝓴𝓮𝓼𝓪𝓴𝓲𝓽𝓪𝓷 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓭𝓲𝓻𝓪𝓼𝓪𝓲."


Bisik Thorn perlahan kedua tangannya dihulurkan kedepan sebelum muncul cahaya hijau redup mengelilingi tubuh Blaze. Raut wajah kesakitan Blaze tadi perlahan-lahan bertukar normal. Hal ini melegakan mereka sekurang-kurangnya keadaan Blaze semakin baik sebelum dia kembali tertidur.

Tubuh Thorn yang duduk di atas katil dalam sekelip mata tumbang di tarik graviti

"Thorn!" Jerit Solar dan Ice serentak melihat Thorn yang tumbang

Solar dengan cepat menghampiri Thorn yang rupanya hanya tertidur

 
Uha pov

"Takut ye kau dik..."

Ok back to story...
  

"Putera Alvin tidak apa-apa." Kata Aries menenangkan si adik bongsu Halilintar itu

"Biarkan dia tidur. Jangan risau dia hanya keletihan selepas gunakan kuasanya." Sambung Aries memegang bahu Solar dengan arah mata memandang Thorn yang sudah menutup mata

Kuasa Yang TerkunciWhere stories live. Discover now