.
.
.
.
.
.
.
Istana Scarlet...Aries dan Taufan tiba di istana milik si putera sulung
Bilik itu tampak terang dengan cahaya yang masuk dari luar dek kerana pintu balkoni bilik itu di buka, tetapi entah kenapa suasana suram yang menyapa mereka sebaik melangkah masuk bilik itu.
Taufan berasa sedikit kurang senang dengan suasana itu tetapi tidak dengan Aries yang terus berjalan menghampiri Halilintar yang sedang minum teh dengan tenang.
Angin sepoi-sepoi bahasa memasuki bilik itu, langsir putih lut sinar berterbangan saat angin merentas kain lembut tersebut....
Di bilik sekarang terdapat Ice yang duduk di sofa bertentangan dengan Thorn dan Solar yang duduk di sofa berhadapan Ice.
Blaze masih tertidur lena di atas katil Halilintar. Dan tidak dilupakan, Sir Kail yang berdiri berhampiran katil tempat Blaze tertidur.Masing-masing hanya diam menyepi, tiada tanda untuk memulakan perbualan.
Taufan perlahan-lahan duduk di sebelah Ice. Dia memandang satu persatu adik-adiknya.
"Jadi... hanya kita sahaja? " Tanya Taufan memulakan perbualan
Pertanyaan itu menjurus semua putera yang lain spontan melirik Halilintar yang sedang santai minum teh dengan Aries yang masih setia berdiri di sebelahnya.
"..."
Tiada jawapan daripada si abang atau si penjaga elemental itu
Tok... Tok... Tok...
Bunyi ketukan daripada luar bilik mengalihkan pandangan mereka kepada arah pintu tersebut
"Masuk. "
Dengan itu pintu dibuka perlahan dan menyerlahkan gerangan orang yang berada di balik pintu itu.
"Putera Arzen di sini, tuanku. " Lapor Lucas memasuki bilik itu bersama Gempa dibelakangnya.
"Terima kasih Lucas. " Halilintar masih menikmati teh hangatnya.
Lucas hanya menunduk hormat sebelum berbalik ingin keluar dari bilik itu.
"Lucas, kau tunggu bersama di sini. " Perintah Halilintar meletakkan cawan teh yang dipegang tadi.
"Baik, tuanku. " Jawab Lucas patuh
"Baiklah, mari kita mulakan perjumpaan kita hari ini..." Ucap tidak lain dan tidak bukan, Aries yang berbicara memulakan acara perjumpaan tiba-tiba(?) tersebut selepas keenam putera itu duduk di tempat masing-masing.
Sunyi. Sepi. Tiada yang berbicara. Mereka bagai menantikan sesuatu.
"Jika kamu semua ada soalan. Tanyakan sekarang. Abang... akan cuba jawab." Terang Halilintar datar tapi suara sedikit bergetar.
Jelas dari raut mukanya, dia tidak bersedia membuka apa yang disimpan selama ini kepada mereka
"!!" Pernyataan Halilintar itu sedikit mengejutkan mereka. Bahkan mata mereka membulat memandang Halilintar jikalau sahaja mereka semua tersalah dengar.
Bukan hanya para putera malah Lucas, orang suruhan terdekat Halilintar turut sama membuka mata selebarnya dek rasa terkejutnya...
"Apa sahaja? " Tanya Taufan meminta kepastian dan entah kenapa berasa sedikit teruja.
YOU ARE READING
Kuasa Yang Terkunci
FantasíaWarninggg!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata Penerangan cerita Pada suatu masa dahulu, di sebuah kerajaan yang megah, makmur dan aman damai iaitu, Kerajaan Vallius. Kerajaan yang diberkahi oleh kuasa-kuasa hebat yang diturunkan secara turun...