"Yang Mulia!"
"Arius!"
Jerit Lucas dan Aries serentak terkejut melihat darah yang keluar dari mulut Halilintar itu.
Aries pun dengan segera mendekati Halilintar meletakkan tangannya di hadapan lalu...
"𝒫𝓮𝓷𝓰𝓰𝓾𝓷𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓽𝓮𝓻𝓵𝓾𝓴𝓪, 𝓗𝓲𝓵𝓪𝓷𝓰𝓴𝓪𝓷𝓵𝓪𝓱 𝓼𝓮𝓷𝓰𝓪𝓵𝓪 𝓼𝓮𝓷𝓰𝓼𝓪𝓻𝓪."
Bisik Aries perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Halilintar dan Lucas sebelum muncul cahaya hijau redup di sekeliling tubuh Halilintar membuatkan bilik itu agak terang kerana cahaya tersebut
"Bagaimana? Merasa lebih baik?" Tanya Aries agak risau dengan keadaan Halilintar yang terduduk lemah di atas katil tetapi masih membuat muka datar miliknya
"Ya." Jawab Halilintar sedikit menganggguk sambil menutup matanya dan menarik nafas sebelum menghembuskannya
"Nampaknya, kuasaku juga semakin lemah." Bisik Aries kepada dirinya dengan nada suara yang rendah lagikan perlahan tetapi dapat didengari oleh Halilintar walaupun agak samar
Halilintar hanya berdiam diri sambil melirik kearah Aries ketika terdengar bisikan Aries yang menatap tangannya sebelum digenggam erat dengan raut wajah yang risau
"Maaf, Aries." Ucap Halilintar menundukkan kepalanya sedikit mengigit hujung bibirnya dan menggenggam selimut yang berada di katil itu
Aries hanya memandang ke arah Halilintar dengan raut wajah sedih tanpa membuka mulut
Lucas yang menyaksikan situasi itu hanya mampu berdiam diri sedikit berasa terlupakan
"Seperti yang ku katakan, selepas perjumpaan ini... aku akan beritahu semuanya." Sambung Halilintar datar memandang kembali ke hadapan dengan nada dan ekspresinya berubah seperti dirinya yang biasa
"Dan Lucas, kau dan Aries pergi ke perjumpaan itu, layani Aries seperti mana kau melayani aku. Dengan itu, tiada sesiapa akan mengetahui yang hadir di perjumpaan itu bukan aku, Halilintar yang sebenar." Arah Halilintar memandang ke arah Lucas dengan suara yang dingin sebagai tanda untuk Lucas supaya menghormati Aries sepertimana dia menghormati dirinya
"Menjunjung Perintah, Tuanku!" Jawab Lucas, tangannya disilangkan di dada dan kepala ditundukkan sebaik mendengar arahan tuannya itu
'Nampaknya, Aries adalah seseorang yang sangat penting bagi tuanku. Aku perlu berhati-hati.' Ucap Lucas di dalam hati selepas mendengar suara Halilintar yang dingin itu
"Aries bawa Lucas kembali ke biliknya sebelum ada yang menyadari kehadirannya di sini." Arah Halilintar lagi memandang ke arah Aries yang berdiri di sebelah katilnya yang masih memandang ke arah dirinya
"Eh?..." Gumam Lucas agak terkejut
"Baiklah." Jawab Aries datar mengalihkan pandangannya ke arah Lucas lalu membuat lingkaran sihir seperti sebelumnya dan menghilang bersama Lucas yang sepertinya tidak rela kembali bersama Aries
"T-tunggu-"
Sebelum sempat Lucas menghabiskan ayatnya, dia telah pun menghilang bersama Aries sebaik lingkaran sihir itu terbentuk sempurna di bawah kakinya
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
Kuasa Yang Terkunci
FantasyWarninggg!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata Penerangan cerita Pada suatu masa dahulu, di sebuah kerajaan yang megah, makmur dan aman damai iaitu, Kerajaan Vallius. Kerajaan yang diberkahi oleh kuasa-kuasa hebat yang diturunkan secara turun...