Bab 7 Rahsia Terbongkar?

57 4 0
                                    

Saat mereka membuka kerudung, Lucas hanya menantikan dengan penuh waspada sehinggalah...

"Yang Mulia, Putera Arien?! Dan... " Jerit Lucas dengan perasaan terkejutnya lalu menoleh ke arah seorang lagi

"Yang Mulia, Putera Arzin!!!" Jerit Lucas lagi memegang pipinya seperti mahu pitam melihat gerangan mereka berdua di situ

Lucas sungguh terkejut kerana semua putera tidak dibenarkan untuk menjejakkan kaki ke Istana Scarlet tanpa kebenaran Halilintar selepas kuasanya dikunci

"Maafkan kami kerana datang tanpa diundang Abang Hali." Kata Gempa sambil menayangkan wajahnya yang tersengih sambil menggaru pipinya yang tidak gatal

Sedangkan Taufan hanya tersenyum biasa tetapi terlihat sedikit berbeza seperti menyembunyikan perasaannya yang sebenar

"Haih..." Keluh Halilintar menghela nafasnya sambil memicit kepalanya, terlihat mukanya yang sudah berkerut menahan amarah

"Jadi... boleh kami-" Kata Gempa sebelum dipotong oleh Halilintar

"Pulang ke istana kamu semula!" Arah Halilintar tegas mata merahnya menyala ke arah mereka berdua

Mereka berdua hanya diam tidak berkutik mendengar arahan abang sulung mereka

"Tapi-"

"Pulang sekarang!!" Arah Halilintar lagi

"Kami... kami hanya-"

"Kenapa abang rahsiakan perkara ini daripada kami?!" Tanya Taufan dingin menatap abangnya tajam tidak seperti dirinya yang selalu tersenyum

"..."

Sunyi sepi tiada sesiapa yang berani bersuara mahupun menjawab soalan yang diajukan oleh Taufan.

Gempa yang di sebelah Taufan hanya terdiam membeku kerana tahu abang keduanya sedang sangat marah atas apa yang baru sahaja mereka ketahui tentang abang sulung mereka dan dia juga mahu mengetahui jawapan daripada soalan yang diajukan oleh Taufan itu dari mulut Halilintar sendiri

Halilintar hanya memandang Taufan datar tetapi manik matanya menyala merah pekat sama seperti yang pernah dilihat oleh Taufan 5 tahun lalu...

'Mata itu lagi...' Bisik Taufan di dalam hati menyadari mata merah milik abang nya itu berubah.

"Yang Mulia, mata tuanku." Tegur Lucas berbisik menyadarkan Halilintar tentang keadaan matanya yang telah berubah warna.

Halilintar yang menyedari hal itu hanya menutup matanya dengan tangan dan ketika membukanya semula, matanya telah kembali ke warna asal.

"Jadi... boleh kami tahu apa yang abang cuba sembunyi daripada kami selama beberapa tahun ni?" Tanya Gempa sopan sambil sedikit memainkan tangannya takut-takut dimarahi lagi oleh Halilintar

"Tidak!" Jawab Halilintar tegas lalu membuat lingkaran sihir di bawah tempat yang diinjak oleh kedua adiknya

"Sekarang pulang!" Kata Halilintar lagi

"Tunggu, abang belum jawab soalan saya!!" Jerit Taufan selepas menyedari lingkaran sihir dibawah kakinya dan Gempa lalu mengangkat kepalanya memandang ke arah Halilintar sebelum menghilang kembali ke Istana Azure

Setelah itu, Halilintar pun hampir jatuh tersungkur jika tidak disambut oleh Lucas kerana kehilangan keseimbangan badannya selepas membawa mereka berdua ke Istana Azure semula dengan menggunakan sihir yang agak besar

"Yang Mulia tidak apa-apa?" Tanya Lucas risau akan keadaan Halilintar

"Hahaha... hanya mengeluarkan sihir begitu sudah nyaris membuatku rebah..." Kata Halilintar sambil ketawa hambar

Kuasa Yang TerkunciWhere stories live. Discover now