Bab 3 Rahsia

58 4 0
                                    

Burk!

Cairan merah pekat keluar dari mulut Sang putera dan dirinya menekup mulutnya supaya cairan itu tidak terkena lantai.

"Yang Mulia Putera!" Jerit seorang lelaki berpakaian kemas serba hitam kelabu yang berada di bilik itu.

"Tuanku tak apa-apa?!" ucapnya panik melihat kejadian itu

"Ya." Jawab Sang putera ringkas

"Lucas."

"Ya, Tuanku."

"Rahsiakan ini seperti biasa Lucas." Perintah Sang putera sambil manik mata merah itu menyala memandang ke arahnya

"Tetapi tuanku, kejadian ini sudah berlaku terlalu lama! Jika terus berlaku, tuanku akan kehilangan keseluruhan kuasa yang ada!! " Ucap seorang lelaki bernama Lucas itu membantah

"Aku tahu, tapi... kau pun tahu itu..." Kata Halilintar agak ragu untuk melanjutkan perkataannya

"Ya, saya tahu... Tapi pasti ada cara untuk buka kunci itu!" Kata Lucas memberi harapan kepada tuannya yang sudah dia anggap sebagai sahabat...

4 tahun lalu...

Selepas 2 tahun kejadian kuasa Hali dikunci hanya ada seorang sahaja yang mengetahui perkara tersebut...

"Tuanku, saya akan cuba mencari siapa dalang di sebalik kejadian itu!" Ucap Lucas seorang remaja berpakaian layaknya seorang bangsawan atasan yang memiliki rambut hitam pendek dan bermanik mata biru gelap menatap tepat ke muka Sang putera tanpa sedikit pun perasaan takut yang selalu dirasai oleh orang lain

"Lucas." Ucap Hali memanggil nama remaja lelaki yang seusia dengannya itu

"Ya, Tuanku." Jawabnya sopan

"Kenapa kau masih setia dengan aku walaupun kau tahu aku sudah tidak boleh gunakan kuasa aku?" Tanya Hali tanpa memandang ke arah Lucas

"..."

Mendengar itu Lucas hanya tersenyum dan menjawab persoalan itu

"Saya hanya membalas budi Tuanku..." Kata Lucas sambil tersenyum sayu

Ucapan tadi membuatkan Halilintar sedikit terkejut dan hampir menangis

"Mulai hari ini, saya Lucas Raven, akan menjadi pembantu setia Yang Mulia Putera Pertama Kerajaan Vallius, Putera Halilintar Arius Vallius!" Ucapnya sambil meletakkan tangan di dada dan menundukkan kepalanya di hadapan Halilintar...

Halilintar yang mendengar hanya mengangguk tanda menerima Lucas sebagai pembantunya...

"Baiklah perintah pertama aku untuk kau ialah rahsiakan tentang perkara ini dari sesiapa pun termasuk keluarga aku!" Perintah pertama Hali kepadanya

"Menjunjung perintah, tuanku!" Ucapnya masih di posisi menunduk walaupun dia ingin mengetahui alasan Halilintar merahsiakan perkara tersebut...

Back to present time

"Pasti ada cara! jika tidak, kuasa tuanku saat ni sama sekali tidak boleh dikeluarkan kerana kunci itu tetapi lihat... Tuanku masih boleh menggunakan kuasa tuanku walau dengan kadar yang sedikit bagi menutupi fakta kuasa tuanku dikunci seseorang dari diketahui dunia luar!" Ucap Lucas lagi

"Baiklah, ada apa-apa perkembangan tentang lelaki itu?" Tanya Haliintar dingin sambil membersihkan darah di mulut nya dan memakan ubat yang di berikan Lucas

"Belum lagi, Tuanku. Dengan maklumat yang sedikit saya dan bawahan saya masih menjejaki lelaki itu. Kami cuma mendapat maklumat tentang pelaku sangat menginginkan kuasa petir dan dia juga berkemungkinan mempunyai kaitan dengan penyihir hitam." Jawab Lucas sedikit perlahan kerana dia masih gagal untuk mencari dalang yang mengunci kuasa Halilintar walaupun sudah 4 tahun dia mencuba untuk mencarinya...

Kuasa Yang TerkunciWhere stories live. Discover now