Bab 10 Puteri Mahkota

49 3 0
                                    

    

"Baiklah, marilah kita mulakan perjumpaan ini, memandangkan Yang Mulia, Raja telah pun tiba." Ucap salah seorang bangsawan yang berada di situ, lelaki yang berambut  ungu kehitaman dan iris mata seakan merah jambu, berpakaian segak yang menunjukkan pangkat tinggi dalam kalangan bangsawan iaitu Duke Saffron 

"Baiklah, seperti yang kita ketahui, hari ini kita akan membincangkan tentang permasalahan yang baru berlaku serta pertabalan Putera Mahkota iaitu Putera Pertama, Putera Halilintar Arius Vallius yang sudah menginjak usia 18 tahun pada tahun ini ." Ucap Arzit Raven iaitu lelaki yang berambut dan beriris mata biru gelap dengan pakaian tidak jauh beza dari para bangsawan yang lain, menerangkan topik yang akan dibincangkan mereka pada hari itu

   

Uha note

Korang mesti perasan sesuatu kan dekat watak pembantu raja tu... Ya! Dia ada hubungan keluarga dgn pembantu Putera kita! Nantikan! 😉 

Ok back to story...
 

 
Sang raja yang sedang duduk di tempatnya hanya melirik seorang demi seorang bangsawan yang berada di bilik itu memperhatikan reaksi mereka semua satu persatu.

"Oleh itu, saya mengharapkan semua yang berada di sini tidak melakukan sesuatu yang tidak berguna supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku sebelum majlis permahkotaan tersebut." Sambung Arvit Raven lagi dengan suara yang dingin menyelubungi permukaan ruangan itu

"..."

Senyap sunyi, bilik yang sudah dingin akibat persoalan Sang raja tadi bertambah dingin, tiada sesiapa yang berani bersuara selepas menerima amaran halus yang diberikan oleh Arvit Raven itu...

"Baiklah, mari kita ke agenda utama hari ni." Ucap Raja Amato sambil tersenyum agak berpuas hati dengan ucapan pembukaan pembantu setianya itu

Dan akhirnya meninggalkan suasana yang agak suram sepanjang perbincangan tentang pelaporan permasalahan yang berlaku....

'Mungkin ini akan berakhir dengan baik.' Bisik Aries selepas melihat permulaan perjumpaan itu sambil sesekali melirik ke arah para bangsawan yang berada di hadapannya

  

Uha POV

"Tersangatlah salah ya di situ wahai Aries sang penjaga elemental... Hihihi~"

Ok back to story

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Selepas beberapa ketika...

"Baiklah oleh kerana tiada yang membantah, kita ke agenda seterusnya..." Perintah Raja Amato sambil tersenyum di hadapan para bangsawan itu.

"Ada sesiapa lagi yang mempunyai laporan atau cadangan yang masih belum diajukan sekarang?" Tanya Raja Amato lagi masih tersenyum tetapi jelas tidak kelihatan begitu mesra di mata mereka

"Patik, tuanku." Ucap seorang lelaki berpakaian hitam kebiruan dan rambut putih kelabu disikat ke atas serta iris mata hitam iaitu Count Freist mengangkat tangan lalu berdiri,  menarik perhatian seluruh ruangan tersebut

Kuasa Yang TerkunciWhere stories live. Discover now