Bab 11 Bermula

42 4 0
                                        

Selepas bertemu dengan keempat putera itu secara tidak sengaja, Aries dan Lucas terpaksa memulakan operasi penyamaran mereka semula. Aries yang sudah muak dengan itu sekali lagi berlakon di hadapan mereka agar rahsia tuan kesayangannya tidak terbongkar.

"Thorn dah lama cari abang ke?" Tanya Halilintar aka Aries mula berbicara sambil menahan amarah supaya penyamarannya tidak terbongkar

"Em! Kami dah lama cari abang!" Ucap Thorn hanya mengangguk dengan mukanya yang comel dan mata yang bersinar-sinar lalu menoleh ke arah abang dan adiknya yang berada di belakang.

"Kenapa kamu semua cari abang?" Tanya Aries lagi memandang ke arah mereka sedikit ingin tahu dan terlihatlah mata merah pekat miliknya di hadapan mereka namun tidak disedari jika tidak melihatnya dengan teliti

'Eh, mata tu...' Bisik Blaze yang tadinya berlari perlahan-lahan berhenti menyedari warna mata merah pekat yang pernah ia lihat suatu tika dulu.

"Kami..." Kali ini Solar yang bersuara tetapi tidak dapat mengatakan alasan mengapa mereka ingin berjumpa dengan abang sulung mereka itu.

"Kami hanya ingin berjumpa Abang Hali sahaja. Tidak bolehkah?" Jawab Ice yang menyedari Solar tidak dapat memberikan alasan yang 'logik' menurutnya  kepada Halilintar.

"Kan Blaze?" Tanya Ice sambil menyenggol tangan Blaze yang sedari tadi tidak berkata apa pun dan hanya menatap wajah Halilintar aka Aries sejak mereka semua tiba di situ

"Ah... ya..." Jawab Blaze yang mengalihkan pandangannya ke arah Ice baru tersedar dari lamunannya

"Baiklah..." Jawab Aries berasa pelik dengan alasan tersebut sebelum menyedari tatapan Blaze yang seperti ingin memastikan sesuatu dari dirinya.

Lucas yang melihat tingkah putera keempat seperti itu terus mengambil tindakan sebelum mereka semakin dicurigai...

"Tuanku, kita perlu pergi sekarang." Ucapnya kepada Halilintar aka Aries bagi menyelamatkan keadaan.

"Ah... Ya. Maaf ya, abang pergi dulu." Kata Aries lalu membuat lingkaran sihir dengan pantas lalu menghilang bersama Lucas ke Istana Scarlet.

"..."

Hanya hembusan angin sahaja yang dapat didengari selepas mereka berdua pergi secara mendadak meninggalkan keempat putera itu

"Eh?! Kenapa Abang Hali pergi macam tu je?!" Tanya Thorn agak menjerit selepas Aries dan Lucas hilang dari pandangan mereka semua

"Dahlah tu, marilah kita pergi." Pujuk Solar sambil mengusap kepala Thorn

"Alah..." Keluh Thorn kecewa tetapi berjalan mengikuti langkah Solar yang berada disisinya mendahului Blaze yang masih berdiri mematung dan Ice yang hanya menatap aneh Blaze

"Blaze." Panggil Ice yang melihat Blaze bertingkah aneh tidak seperti dirinya yang selalu bersemangat 

"Ah... ya. Kenapa Ice?" Tanya Blaze memalingkan wajahnya agak terkejut namanya dipanggil

"Kau tidak apa-apa? Kenapa kau diam je?" Tanya Ice melihat Blaze yang sepertinya sedang memikirkan sesuatu

"Ah... tak de apalah. Jom kita pergi." Ajaknya sambil tersenyum lebar lalu terus berlari menarik tangan Thorn dan diikuti Ice yang berjalan dari belakang mereka

'Nanti aku tanya Abang Hali tentang itu...' Bisik Blaze di dalam hati sambil berjalan bersama mereka dan senyumannya tadi hilang tetapi disedari oleh Ice yang hanya memerhati dari belakang


























Tanpa mereka semua sedari, ada seseorang yang memerhatikan perbualan singkat mereka itu dari kejauhan...

"Hm...  Ada sesuatu yang telah berlaku...~" Kata lelaki itu tersenyum sinis lalu beredar meninggalkan tempat itu 

Kuasa Yang TerkunciTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang