┌────────━┿──┿━────────┐
Suamiku 𝐌𝐮𝐚𝐥𝐥𝐚𝐟 Takata Mashiho
└────────━┿──┿━────────┘Happy reading !
" Sayang..! "
Pekik Mashiho terkejut melihat darah yang keluar dari hidung Jeslyn , pantas ia mencapai tissue lalu pergi ke arah sang isteri.
" Ya Allah sayanggg "
Mashiho memegang kepala Jeslyn lalu di tundukkan dengan lembut sambil menggelap darah yang turun.
Jeslyn jangan di tanyakan lagi dia tidak tahu apa alasan yang patut dia beri kepada Mashiho tentang perkara ini.
" Sayang kita pergi hospital nak ? awak tak sihat ni sayang " ujar Mashiho dengan nada penuh kerisauan.
Jeslyn mengelengkan kepalanya laju. Tidak.. jika mereka pergi ke hospital pasti semuanya akan terbongkar. Jeslyn masih tidak bersedia untuk Mashiho mengetahui hal ini.
" T..tak abang sikit je ni , mungkin saya panas dalam sebab kurang minum air kebelakangan ni " bohong Jeslyn.
" Tapi awak pucat ni sayang , abang risau awak sakit ke demam ke "
" Jangan risau abang.. tak ada apa ni sikit je "
Mashiho menghelakan nafasnya berat.
" Abang risaukan awak , kalau apa apa jadi dekat awak abang ni tak tahu macamana nak hidup tanpa awak " jelas Mashiho dengan nada sedikit tegas.
Deg!
Terkejut Jeslyn mendengar pertuturan Mashiho. Tidak menyangka Mashiho akan berkata sedemikian , adakah dirinya benar benar begitu berarti bagi Mashiho ?
" Maafkan saya abang.. "
" Hm tak apa awak tak salah sayang , cuma abang harap awak tak rahsiakan apa apa dari abang " kata Mashiho.
Jeslyn menganggukkan kepalanya , ia merasa sangat serba salah kerana merahsiakan perkara ini dan sempat menipu dengan suaminya sendiri..
Ya Allah.. Sejujurnya Jeslyn masih tak kuat dan tidak bersedia untuk Mashiho tahu perkara sebenar. Dia takut jika Mashiho tahu tentang ini suaminya itu akan menolak untuk adanya sang permata hati kerana terhalang dek penyakitnya.
YOU ARE READING
𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐌𝐮𝐚𝐥𝐥𝐚𝐟 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐡𝐢𝐡𝐨
FanfictionMengisahkan Takata Mashiho iaitu salah seorang member dari boygroup terkenal korea selatan yang di kenali sebagai Treasure , menyelamatkan seorang gadis yang hampir bunuh diri bernama Nurul Jeslyn April ketika mereka semua sedang bercuti di Malaysia...