┌────────━┿──┿━────────┐
Suamiku 𝐌𝐮𝐚𝐥𝐥𝐚𝐟 Takata Mashiho
└────────━┿──┿━────────┘Happy reading !
" Saya dah lama nak cakap benda ni sebenarnya " ujar lelaki itu.
" Boleh , apa dia tu ? " jawap Jeslyn dengan sabar menunggu.
" Saya takut awak sedih tapi..
Saya dah lama tawar hati dengan awak "
Bagai disambar petir , lidah Jeslyn terasa kelu seketika seperti bisu tak boleh berkata apa apa. Tubuhnya bergetar hebat dan tanpa di sedari air matanya mengalir membasahi pipi.
" A..apa ? "
" Maaf saya dah lama tawar hati dengan awak cuma saya tak mampu nak cakap sebab takut awak sedih " dengan dinginnya lelaki itu berkata.
Jantung Jeslyn berdenyut sakit..
Sungguh tidak ia sangka hubungan yang berlangsung selama dua tahun ini terkandas begitu sahaja, seakan tidak percaya orang yang selalu menyemangatinya dan selalu ia percaya berkata sedemikian. Tolong ingatkan yang majlis perkahwinan mereka akan di langsungkan lagi empat bulan sahaja lagi.
" A..astaghfirullah.. tapi kenapa , apa salah saya ? " Jeslyn cuba menjawap walau dengan suara yang bergetar.
" Awak tak salah cuma saya dah tawar hati dan bosan dengan awak " selancar itu lelaki itu berbicara seperti tiada yang salah dari perkataannya.
" Perkahwinan kita akan berlangsung lagi empat bulan je awak " Jeslyn tunduk memandang cincin pertunangan mereka yang tersemat di jarinya.
" Sebabtu saya bagitahu awal awal yang saya nak hubungan ni berakhir di sini..
Saya dah jumpa pengganti awak "
Jeslyn tersenyum kecut mendengar kata kata yang di lontarkan oleh lelaki tersebut , air matanya tak henti henti mengalir. Begitu tragis kisah pencintaannya dengan lelaki tersebut hanya di sebabkan 'TAWAR HATI'.
" Birthday saya pun d..dalam beberapa hari je.. " kata Jeslyn lalu mengigit bibirnya menahan sakit di dada.
" Maaf , saya pun tak boleh paksa diri saya untuk bersama dengan awak lagi , hati saya dah lain untuk awak "
YOU ARE READING
𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐌𝐮𝐚𝐥𝐥𝐚𝐟 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐡𝐢𝐡𝐨
FanficMengisahkan Takata Mashiho iaitu salah seorang member dari boygroup terkenal korea selatan yang di kenali sebagai Treasure , menyelamatkan seorang gadis yang hampir bunuh diri bernama Nurul Jeslyn April ketika mereka semua sedang bercuti di Malaysia...