┌────────━┿──┿━────────┐
Suamiku 𝐌𝐮𝐚𝐥𝐥𝐚𝐟 Takata Mashiho
└────────━┿──┿━────────┘Happy reading !
" SUDAH !! "
Dengan tergesa Jeslyn berlari ke arah keduanya.
" Apa yang awak buat ni Aiman ?! awak buat apa dekat sini ! " sanggah Jeslyn sambil menghalang Mashiho di belakangnya.
" Sayang dia ni siapa ? sedap mulut dia nak cakap awak tunang dia " ujar Aiman masih menatap tajam Mashiho.
" Kalau dia tunang saya pun apa kena mengena dengan awak ? " balas Jeslyn.
" Apa maksud awak ? mesti la sebab saya kan tunang awak , yang pasal semalam tu maafkan saya. Saya tak tahu apa yang saya fikir. Saya nak awak , tolong jangan macamni sayang "
Jeslyn ingin tertawa mendengarnya.
" Awak tak tahu apa yang awak fikir awak kata ? awak tahu tak saya lagi bodoh fikir untuk bunuh diri sebab awak semalam awak tahu tak ? " Jeslyn menguatkan diri untuk tidak menangis di hadapan bekas tunangnya ini.
" Tapi syukur la Mashiho selamatkan saya " tambah Jeslyn.
Aiman tercengang seketika mendengar Jeslyn ingin bunuh diri. Sungguh ia tak sangka yang impaknya akan sebesar ini. Sepatutnya ia sedar Jeslyn itu seorang yang rapuh.
" A..awak ? bunuh diri ? " tanya Aiman gagap.
Jeslyn mengeluh kecil. Tipu jika Jeslyn kata ia sudah move on , bukan sehari dua ia mengenal Aiman. Lebih dari dua tahun dan hampir setiap hari mereka bersama.
Setiap bait bait kenangan mereka masih tersemat di fikiran Jeslyn , dan bukan senang untuk ia lupakan semua tu. Tapi ia sudah memantapkan dirinya untuk cuba melupakan dan melepaskan segalanya.
Aiman sudah di takdirkan bukan yang terbaik untuknya , Jeslyn ingin cuba membuka buku baru bersama Mashiho.
" Iya.. " lirih Jeslyn.
" Dua tahun saya jaga awak , macamni awak nak akhiri hidup awak ? " soal Aiman.
" Dua tahun awak dengan saya , ini yang awak bagi dekat saya ? " soal Jeslyn kembali.
" Sayang tolong , saya still nak kan awak " Aiman ingin mengenggam tangan Jeslyn tapi pantas Jeslyn menepisnya.
" Bukan awak ke yang minta untuk kita akhiri hubungan kita ? kita kenal bukannya sehari dua tapi dah dua tahun , awak yang tinggalkan saya kenapa awak dekat sini sekarang ? "
YOU ARE READING
𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐌𝐮𝐚𝐥𝐥𝐚𝐟 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐡𝐢𝐡𝐨
FanfictionMengisahkan Takata Mashiho iaitu salah seorang member dari boygroup terkenal korea selatan yang di kenali sebagai Treasure , menyelamatkan seorang gadis yang hampir bunuh diri bernama Nurul Jeslyn April ketika mereka semua sedang bercuti di Malaysia...