┌────────━┿──┿━────────┐
Suamiku 𝐌𝐮𝐚𝐥𝐥𝐚𝐟 Takata Mashiho
└────────━┿──┿━────────┘Happy reading !
[ Jeslyn's side. ]
Ini sudah lebih dari 30 minit Jeslyn menatap layar telefonnya dengan nombor Mashiho tertera di situ . Masih tidak percaya yang Mashiho sudi memberi nombornya kepadanya.
" Hm.. Patut ke tak aku call dia ? tapi tak ke nanti nampak yang aku ni macam terhegeh , tapi kan aku cuma risau dia tak jumpa jalan balik " lirih Jeslyn memonolog kepada dirinya sendiri.
Jarinya seperti tidak terasa lagi kerana sudah lama ingin menekan tombol dail tetapi tidak juga menekannya. Terlalu ragu ragu.
Jeslyn takut jika ia menganggu Mashiho dan pada masa yang sama ia juga takut jika apa apa terjadi pada Mashiho. Lelaki itu kan masih baru lagi tiba di Malaysia jadi Jeslyn takut jikalau Mashiho tersesat.
" Ah.. lantak lah malu pun malu lah nanti yang penting aku nak pastikan dia okay ke tidak baru senang hati aku " Jeslyn memantapkan dirinya untuk menekan tombol itu.
Setelahnya Jeslyn menunggu untuk Mashiho menjawap panggilannya sambil mengigit bantal peluknya kerana merasa gugup.
" Hello ? "
Jeslyn terkejut mendengar suara Mashiho , ia hampir sahaja mencampakkan telefon bimbitnya.
" Hello Mashiho ? Awak dah sampai hotel ke ? " dengan sedaya upaya Jeslyn mencuba menutup kegugupannya dengan bersikap biasa sahaja.
" Saya dah sampai dari tadi , Maaf saya lupa nak bagitahu sebab ada benda jadi sikit tadi " terdengar lembut sahaja Mashiho menjawap.
" Tak apa... saya menganggu ke? saya risau takut takut awak tak sampai lagi hotel takut awak sesat , lega saya dengar awak dah sampai hehe " Jeslyn bercakap dengan laju sambil terkekeh.
Jeslyn mendengar Mashiho juga turut ikut terkekeh bersamanya di seberang sana , Jeslyn memukul kepalanya pelan kerana terasa bertindak seperti orang bodoh dengan bercakap laju laju.
" Hehe awak tak ganggu saya pun tapi.. hei ! awak jangan ragukan ingatan saya tau buktinya saya selamat sampai hotel saya " jelas Mashiho
" Ehe maafkan saya , btw tadi saya dengar awak cakap yang ada benda jadi kan , apa sebenarnya yang jadi ? serious sangat ke ? "
YOU ARE READING
𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐌𝐮𝐚𝐥𝐥𝐚𝐟 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐡𝐢𝐡𝐨
FanfictionMengisahkan Takata Mashiho iaitu salah seorang member dari boygroup terkenal korea selatan yang di kenali sebagai Treasure , menyelamatkan seorang gadis yang hampir bunuh diri bernama Nurul Jeslyn April ketika mereka semua sedang bercuti di Malaysia...