⋆ ࣪ꮘ᭣🍀#07 Belledonna .ᐟ𓂃𓈒𒀭

121 22 23
                                    

┌────────━┿──┿━────────┐Suamiku 𝐌𝐮𝐚𝐥𝐥𝐚𝐟 Takata Mashiho└────────━┿──┿━────────┘

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

┌──────────┿━────────┐
Suamiku 𝐌𝐮𝐚𝐥𝐥𝐚𝐟 Takata Mashiho
└──────────┿━────────┘

Happy reading !

Setelah hampir sejam mereka bercakap dalam talian. Mashiho pun menutup panggilan video itu selepas meminta diri pada sang ibu. Percakapan mereka penuh dengan isu pertukaran agama Mashiho dan penjelasan kenapa ia ingin mengahwini Jeslyn. Ibu dan ayah Mashiho hanya setuju dengan keputusan Mashiho jika itu kehendak anak mereka.

Mereka memang tidak akan menghalangi apa apa tujuan Mashiho selagi perkara itu tidak jahat.

Dan mereka juga menasihati Mashiho untuk taat pada agama yang akan ia pegang itu dan jangan sesekali merasa menyesal.

Ibubapa Mashiho juga sempat berkenalan dengan Jeslyn , mereka saling bertukar khabar dan berbual kecil dengan Jeslyn. Bernasib baik Jeslyn boleh berbahasa jepun jadi Mashiho tidak perlu susah susah untuk menterjemah ke ibubapanya dan Jeslyn.

Jeslyn dan ibubapa Mashiho juga terlihat akrab walaupun pertama kali berkenalan tapi tetap sahaja Jeslyn masih lagi malu malu dengan ibubapa Mashiho. Mereka pun berjanji akan ke Malaysia dalam waktu terdekat untuk urusan perkahwinan Mashiho dan Jeslyn.

Walaupun masih terkejut , ibu bapa Mashiho sangat menerima Jeslyn sebagai bakal menantu mereka. Dan mereka juga berkata yang mereka tidak sabar untuk ke Malaysia bertemu dengan Jeslyn dan keluarganya.

Mereka sangat baik pada Jeslyn dan itu membuat Jeslyn lega kerana keluarga Mashiho menerimanya.

" Saya tak sangka semua berlaku secepat ni " ujar Jeslyn tiba tiba.

Mashiho menoleh ke samping untuk melihat Jeslyn yang sedang memainkan jari jemarinya itu.

" Macam awak cakap , semua atas izin Allah " balas Mashiho dengan senyuman kecil. Jeslyn memandang Mashiho lalu terikut tersenyum.

" Awak tahu tak saya suka tengok kalau awak senyum. Cantik " puji Mashiho.

Jeslyn mengedipkan matanya lalu tersipu akan pujian Mashiho.

" Ada ada je la awak ni " dalih Jeslyn.

" Saya jujur tau. Senyuman awak boleh menenangkan orang , salah satunya saya " kekeh Mashiho.

Pipi Jeslyn terasa panas kerana Mashiho tidak henti henti mengodanya. Perlukah ia ingatkan Mashiho bahawa lelaki itu adalah biasnya ?

𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐌𝐮𝐚𝐥𝐥𝐚𝐟 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐡𝐢𝐡𝐨Where stories live. Discover now