0 4

210 21 4
                                    

Beberapa saat kemudian, Serena kini merasakan tubuhnya bukan lagi berada di dalam air. Dia turut merasakan dirinya sedang berbaring di atas sesuatu yang keras. Mungkin tanah kalau bukan air. Serena cuba membuka matanya walaupun masih pedih akibat air laut tadi.

"Hey, wake up ! Hey !" jeritnya cuba menyedarkan gadis itu.

Serena cuba membuka matanya untuk kali kedua tetapi gagal. Dia cuba untuk bercakap malangnya pada ketika itu dia tidak mampu berbuat apa-apa.

"Fuck ! Open your eyes if you can hear me !" kata lelaki itu sekali lagi.

"Weh dia cederalah ! Kita patut bawa dia terima rawatan dulu !" kata seorang lagi.

"Hold on, Princess," kata lelaki itu sebelum tubuh gadis itu didukungnya dengan gaya bridal style.

Itu perkara terakhir yang Serena dengar sebelum dia akhirnya pengsan akibat kelelahan. Tapi sungguh dia ingin tahu siapa jejaka yang sedang menolongnya pada waktu itu.

✦✧✦

Serena membuka matanya perlahan. Kepalanya yang masih terasa sakit dipegang. Keningnya pula berkerut merasakan bahagian kakinya yang terluka. Dia berhenti sejenak apabila merasakan bahawa dirinya sedang berada di tempat yang tidak diketahuinya. Ini kat mana?

Perlahan-lahan dia menoleh ke arah sekeliling. Matanya pantas membulat. Aku ada mat mana ni? Kat sini bukan rumah aku? Bukan juga rumah Edward? Bukan juga rumah Hestia? Jadi aku ada kat mana ni??

PAKK!

Pintu bilik itu dibuka sebelum figura seorang lelaki mula kelihatan. Sekali lagi, mata Serena membulat sebulat bulatnya. Apa yang manusia ni buat kat sini?? Kata Serena sendiri.

"Yo. Kau dah bangun? Macam mana dengan luka kau?" soal Fley sambil melangkah mendekati Serena.

"K-kau ni... Kau ni lelaki biadab hari tu kan?? Kenapa kau ada kat sini?? Kenapa aku pun ada kat sini??" tanya Serena laju.

"Hah? Biadab kepala hotak kau," Fley berhenti seketika. "Boleh pula kau cakap aku macam tu lepas aku dah tolong kau?" balas Fley.

"Bila masa pula kau tolong aku??" soal Serena lagi.

"Don't fucking tell me you don't remember anything?" ujar Fley sambil menatap Serena dengan riak wajah hairan. "Kau cedera dan hampir lemas. Aku sebagai manusia yang bermurah hati dah selamatkan kau, tahu tak?" balas Fley selamba.

"Bila?" Serena mengerutkan kening. Apa mamat ni merepek? Bermurah hati kepala hotak dia.

"Haih," nafas berat dihela. "Mestilah kau tak ingat, sebab masa tu ajal kau dah dekat," kata Fley yang kemudiannya senyuman sinis.

"Ajal... Laut," Serena teringat kembali kejadian itu. Di mana dia tiba-tiba diselamatkan oleh seseorang. "Jadi kau yang selamatkan aku?", tanya Serena sambil menatap wajah sinis lelaki itu.

"Kau ingat siapa? Aku siap terjun hanya untuk selamatkan kau. Silap-silap aku pun boleh mati," jawab Fley bersahaja. Takkan mati punya.

"Maaf... Disebabkan aku, orang lain mungkin terluka," kata Serena perlahan. Sejujurnya dia agak lalai waktu itu. Dia bersikap tidak profesional semasa melakukan kerjanya.

"Aku tak minta permohonan maaf kau. Dah, kau pergilah bersihkan diri sana lepastu turun bawah," arah Fley kepada gadis itu.

"Bersihkan diri...," Serena memasang raut wajah hairan. "Ehh?? Kejap. Siapa yang tukar baju aku??" soal Serena setelah menyedari pakaiannya telah berubah.

𝐀𝐝𝐨𝐫𝐞 𝐘𝐨𝐮, 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 Where stories live. Discover now