2 1

113 12 2
                                    

"Mari," kata Fley sepatah sebelum dia menyerahkan kunci kereta Lamborghini itu kepada salah seorang anak buahnya.

Fley kemudiannya mengorak langkah ke arah jet peribadinya sebelum langkahnya terhenti. Dia menoleh ke belakang. Keningnya terangkat sedikit.

"Aku dah cakap. Aku tak nak ikut kau," kata Serena sambil menatap wajah hairan lelaki itu.

"Apa yang kau takutkan sebenarnya?" tanya Fley.

"Aku- tak. Walau apapun alasannya, bawa aku dengan kau takkan bagi kau apa-apa faedah. Aku hanya akan jadi beban dan letak nyawa kau dalam keadaan bahaya," ujar Serena. Tangannya digenggam kuat.

Serena terdiam seketika. Kenapa dia rasa macam ni? Setiap kali ada orang dekat dengannya, mereka pasti akan berhadapan dengan benda yang mereka tak patut hadap. Aku pembunuh. Aku seorang pembunuh yang terikat dengan organisasi.

Dan organisasi tu pantang bila tahu aku buat sesuatu tanpa sebab tertentu. Entah apa yang bakal aku hadap, terutamanya bila orang tu tahu. Bukan setakat aku, silap-silap dia ni pun akan senasib dengan aku, fikir Serena sendiri.

"Jadi- eh?? Argh !"

Fley membuka blazer coat yang dipakainya sebelum dia membalut Serena menggunakan blazer itu. Dan tanpa memberikan amaran, tubuh gadis itu diangkat dengan gaya bridal style sebelum dia mengorak langkah semula ke arah jet peribadinya itu.

"K-kau buat apa ni hah?" ujar Serena yang tercengang-cengang sambil bergelut.

"Angkat kau," balas Fley tenang, langsung tidak mempedulikan Serena yang sedang bergelut.

Kini mereka sudah berada di dalam jet. Fley meletakkan gadis itu ke atas kerusi sebelum dia memasang tali pinggang keselamatan kepadanya. Kini perjuangan Serena bergelut dari tadi sudah terhenti. Pintu jet itu ditutup sebelum kapal itu akhirnya berlepas.

"Aku tak nak ikut !" tegas Serena mengatakan.

"Dah terlambat. Kita dah gerak," balas Fley yang sudah melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Apa masalah kau? Kau siapa nak paksa aku?" Serena mengerutkan dahi. Wajah lelaki itu ditatapnya.

"Masa sangat mencemburui kita, sebab itulah aku buat macam ni," kata Fley. "Apa kata kau santai je masa aku selesaikan kerja aku kat sana nanti? Seronok apa dapat jalan-jalan ke luar negara?"

"Huh... what the...?" Serena tidak mengendahkan kata-kata Fley dan terus mencapai telefonnya. Malang buatnya, telefonnya telah kehabisan cas. Seriuslah habis cas masa-masa macam ni?

"Kau memang gila, Axce Ayrnight," Serena mengeluh perlahan.

"Aku tak peduli kau nak label aku gila atau apa, sebab aku takkan nafikan benda tu," balas Fley.

Serena terus menoleh ke arah bertentangan daripada Fley, malas hendak bertatapan muka dengan jejaka itu sekarang. Kalau nak diikutkan memang dah lama dia halakan pistol di kepala lelaki itu, namun keadaan tidak memihak kepadanya. Tahu apa yang dia bawa? Tak ada apa-apa ! Tak pasal-pasal budak Fley tu main tarik je dia masa nak pergi date tadi.

✦✧✦

Perjalanan setengah hari itu berakhir setelah jet peribadi milik Fley mendarat dengan selamat di destinasi. Di Malaysia sekarang sudah menjelang waktu pagi.

"Princess... Hey bangun. Kita dah sampai angkasa ni weh, kejap lagi nak sampai bulan kalau kau tak bangun," ujar Fley sambil menggoyangkan sedikit bahu gadis itu.

Serena membuka matanya perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat wajah jejaka itu di hadapannya? Dengan pantas Serena bangun dari baringnya dan menoleh ke arah bertentangan. Aku tertidur ke tadi?? Fikirnya sendiri.

𝐀𝐝𝐨𝐫𝐞 𝐘𝐨𝐮, 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 Where stories live. Discover now