2 8

74 12 0
                                    

"Apasal kau bawa aku datang sini?" soal Serena dingin.

"Untuk nyatakan hasrat kau. Inilah peluang kau," jawab Beatrice.

"Aku tak pernah minta kau—"

"Pergi, Princess. Atau awak nak saya lumpuhkan kaki awak barulah saya heret awak jumpa King?" celah Beatrice. Raut wajah datarnya jelas menunjukkan bahawa dia tidak bergurau.

Gulp.

Serena menelan air liur.

Beatrice ini kalau dah serius memang lainlah jadinya. Gerun.

Serena akhirnya melangkah keluar dari kereta. Buat kali terakhir, wajah wanita itu ditatap dengan reaksi cemberut. Dia tak naklah. Bukan tak nak, tapi bukan sekarang. Dia tak sedia lagi.

"Awak boleh buat. Percayalah," ujar Beatrice yang tadinya serius kini tersenyum.

Serena hanya mengangguk perlahan. Beatrice kemudiannya memandu kereta itu dan meninggalkan kawasan tersebut. Pemergian wanita itu hanya dihantar dengan anak matanya. Serena menghirup udara beberapa kali sebelum dia mengorak langkah memasuki rumah agam itu.

✦✧✦

Serena kini berjalan menuju ke pejabat peribadi King. Beberapa langkah sahaja lagi sebelum dia bersua muka dengan orang itu. Berulang kali dia menarik nafas dek terlalu gemuruh. Bukan apa, cuma kali ini dia datang berjumpa dengan King bukan sebab pekerjaan, tapi hal peribadi. Apa taknya?

Tukk... Tukk... Tukk...

Selangkah demi selangkah Serena melangkah dan tanpa dia sedari pintu pejabat King betul-betul di berada hadapannya. Serena mengalihkan pandangan ke arah dua orang pengawal berbaju hitam yang elok berdiri di samping pintu itu. Mereka turut menoleh ke arahnya.

"Princess," masing-masing menundukkan kepala sebagai tanda hormat.

"No need to bow," kata Serena mendatar.

"That's the procedure, Princess," balas salah seorang daripada mereka.

"Forget it. Is King in there?"

"Yes. He said he was doing some work."

"I want to see him," kata Serena.

"We understand. Please wait a moment," balasnya sebelum pintu itu diketuk dan salah seorang daripada mereka masuk.

Beberapa minit kemudian, akhirnya pengawal tadi keluar dari pejabat King dan menganggukkan kepala. Serena mengangguk kembali sebelum dia kemudiannya mengorak langkah ke dalam pejabat itu.

Sebaik selepas Serena menjejakkan kaki di dalam bilik itu, terlihat King yang sedang sibuk membuat kerjanya. Mejanya agak serabut dek dipenuhi kertas. Matanya sibuk menatap skrin komputer riba itu.

"Kaiser," tegur Serena perlahan. Risau juga kalau dia menganggu kerjanya.

King, atau nama sebenarnya Kaiser merupakan ketua organisasi tersebut. Kaiser disegani oleh semua ahli organisasi kerana pangkat dan kebolehannya. Dan ya, dialah orang di sebalik tabir.

"It's rare that you suddenly come," kata Kaiser tanpa menoleh ke arah Serena.

"Jadi? Pasal apa?"

"Aku datang sini sebab... sebab nak minta sesuatu," ujar Serena. Penumbuknya digenggam kuat. Bukan marah.

Anak mata Kaiser beralih pandangan ke wajah gadis itu. Kertas di tangannya diletakkan ke atas meja. Jarang sungguh gadis ini datang untuk meminta sesuatu, mungkin sudah lama sekali.

𝐀𝐝𝐨𝐫𝐞 𝐘𝐨𝐮, 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 Where stories live. Discover now