0 8

120 13 4
                                    

"Terlanjur...?" Serena menatap Elice, menunggu gadis itu untuk menyambung ayatnya.

"Yeah... I've fallen in love with him," kata Elice. Mata Serena hanya berkelip memandangnya sebelum dia mengangguk.

"Love make people blind, you know?" ujar Elice tersenyum. "Lagipun, Ace tu taklah teruk mana walaupun dia mafia," Elice berhenti seketika. "Which is I'm sure budak Fley tu pun tak teruk sangat," senyuman lebar diukir di bibir.

Eh? Dia cuba nak beri tanggapan baik pasal Axce tu ke apa, fikir Serena sendiri.

Elice mencapai beberapa peluru sebelum dimasukkannya ke dalam pistol itu. Serena hanya melihat kelakuan gadis itu tanpa kata. Elice kemudiannya tersenyum sebelum pistol di tangannya itu dihulurkan kepada Serena.

"Eh? Kenapa...?" Serena menatap wajah gadis itu. Hairan.

"Mari main permainan, apa pendapat awak?" kata Elice. "Kita akan tembak sasaran tu bergilir-gilir. Sesiapa yang tersasar dulu dikira kalah. Sounds good?" sambungnya.

"Hmm okay, tapi apa yang jadi pada yang kalah?" tanya Serena.

"Yang kalah akan dihukum hehe. Dia kena tunaikan satu permintaan orang yang menang," balas Elice tersengih-sengih.

"Baiklah. Saya setuju," Serena berhenti seketika. "Tapi Elice, saya nak ingatkan awak semula. I'm an assassin which means, shooting is my specialist. I've done this hundreds of times. Awak masih nak teruskan?" kata Serena.

"Saya tahu dan sebab itulah saya nak lawan awak," balas Elice dengan senyuman lebar. "Just for fun, actually."

"... Cuma jangan mengaku kalah awal sangat okay? Awak yang cadangkan permainan ni," ujar Serena yang kini tersenyum.

"Sudah tentu," balas Elice tanpa ragu. "Bila-bila masa awak sedia?" sambungnya.

"Haa..." Serena menghela nafas berat sebelum dia perlahan-lahan mencari posisi yang sesuai. Elice turut membantunya memandangkan kaki Serena sedang terluka.

Elice dan Serena bersemuka sebelum pistol itu digenggam erat di tangan Serena. Dia tahu hanya seorang daripada mereka yang akan bergelar pemenang. Tersasar sasaran pula bermakna kekalahan. Ketegangan itu dapat dirasai olehnya walaupun sudah bertahun dia menggunakan senjata berbahaya itu.

Postur tubuhnya disesuaikan sebelum dia membidik sasaran. Jujur saja pada ketika itu Serena berasa agak gemuruh. Tak, dia teruja. Dia cuba mengawal emosinya dan menumpukan perhatian kepada sasaran.

BANG! BANG! BANG!

Setiap tembakan yang dilepaskan dengan tepat mengenai sasaran. Elice pula masih setia menyaksikan peluru yang dilepaskan oleh Serena itu mengenai sasaran. Sungguh dia kagum.

"As expected," kata Elice sambil menepuk tangannya. Dia dah agak Serena memang mahir menembak.

"Elice, masih tak terlambat untuk tarik diri. Kalau awak mengaku kalah sekarang, saya akan lupakan pasal hal ni," kata Serena yang sekali lagi, memberi peringati kepada Elice.

"Terima kasih sebab bagi peringatan," balas Elice sebelum dia menghulurkan tangannya.

"Rasanya saya memang tak boleh nak halang awak," kata Serena sebelum menghulurkan pistol di tangannya kepada Elice. Pistol bertukar tangan.

Kini tiba giliran Elice untuk menembak. Dia mengarahkan pistolnya ke sasaran. Walaupun mengambil masa sedikit, Elice berjaya menyelaraskan postur tubuhnya dengan sempurna. Dari sudut lain, dia dapat melihat Serena yang sedang duduk memperhatikannya.

Ketegangan meningkat kerana mereka tahu sesiapa yang tersasar akan kalah. Setelah berasa yakin, Elice terus menarik picu, melepaskan tiga das tembakan terbang ke arah sasaran.

𝐀𝐝𝐨𝐫𝐞 𝐘𝐨𝐮, 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 Where stories live. Discover now