3 5

91 16 4
                                    

"Axce," tegur Vinter sambil tersenyum seperti kerang busuk.

"Pahal babi ni duduk kat sini? Meja kau kat sebelah tulah," kata Fley sambil menunjuk ke meja yang diduduki oleh Cobra itu.

"Aku nak duduk sebelah kau."

"Kepala hotak kau."

"Kepala aku memang ada otak. Kau takda eh?" ujar Vinter.

"Kalau kau nak letak otak kat lutut, bukan sekarang. Mood aku tak baik sekarang ni," kata Fley.

"Oh. Hari ni hari ke berapa kau period?"

"..."

"Okay, aku tutup mulut."

Xavier memerhati sekeliling, baru dia sedar Elice tidak berada di meja itu.

"Korang ada nampak Elice?"

"Tadi dia cakap nak pergi betulkan tudung."

"Oh."

Majlis akhirnya dimulakan. Pengacara majlis memulakan majlis itu dengan mengucapkan kata-kata hormat kepada ahli atasan Vipers, iaitu keluarga mafia itu sendiri. Selepas itu, Flex kemudiannya naik ke atas pentas.

"As you all know, today is my last day as the main leader of the Vipers. So today, I will officially hand over this title to my only younger brother, Fley Axce Ayrnight," ucap Flex.

Ucapannya ditemani dengan tepukan para ahli yang lain. Seusai itu, Fley kemudiannya melangkah naik ke atas pentas dan berdiri tidak jauh daripadanya abangnya.

"Axce Ayrnight, swear that you will shoulder the responsibility of leader and preserve the generation of Vipers," kata Flex kepada Fley.

"I, Fley Axce Ayrnight swear to shoulder the responsibility of leader and preserve the generation of Vipers," Fley membalas.

Masing-masing bertepuk tangan memandangkan ketua baru mereka telah dilantik. Flex menatap wajah adiknya dengan tatapan gembira atau... haha bangga? Semuanya berjalan lancar, namun kegembiraan tidak kekal selamanya.

"Congratulations to our new mafia leader, sir Axce! Now it's time to introduce his wife who will together preserve the new generation of Vipers," kata pengacara majlis itu.

Masih ingat adat mengelar tangan dengan tanda V sewaktu Elice diperkenalkan secara rasmi sebagai isteri Flex dulu? Kini peraturan itu telah ditukar dan dibaik pulih oleh Flex sendiri, maka sang isteri tidak perlu mengelar tangan semata-mata hendak mendapatkan parut itu.

"Where is Sir Axce's wife?"

"Where...?"

"I saw no other women than Sir Ace's wife and his younger sister."

Keadaan semakin memburuk apabila kelibat Serena tidak terlihat, padahal pelantikan ketua baru takkan benar-benar selesai jika isteri sang ketua tidak ada dan diperkenalkan secara rasmi.

"Sorry to interrupt Sir, but where is Mrs Serena?" tanya pengacara majlis itu.

Majlis mula kecoh apabila mereka menyedari bahawa isteri Fley sebenarnya tidak berada di situ. Ada yang masih berdiam diri, namun ada juga yang sudah mula mempersoalkan. Peranan isteri ketua mafia sangat penting memandangkan dialah yang akan melahirkan generasi baharu.

"Attention !" kata Elice kuat sehingga suasana menjadi sunyi seketika. Perhatian tertumpu kepadanya.

"She is here. Serena is here," kata Elice lagi.

Serena kemudiannya melangkah ke depan. Anak matanya meneliti keadaan sekeliling tempat itu. Ya, sangat ramai ahli Vipers yang menghadiri majlis itu. Memanglah. Serena menoleh ke arah Fley yang turut memerhatikanya dari atas pentas. Perlahan-lahan senyuman kecil terukir di bibir gadis itu.

𝐀𝐝𝐨𝐫𝐞 𝐘𝐨𝐮, 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 Where stories live. Discover now