2 9 ♡

114 12 0
                                    

Serena mencampakkan dirinya ke atas katil sebelum bantal empuk itu dipeluknya. Wajahnya dibenamkan di bantal itu. Penat. Baru sahaja dia ingin terlelap, telefonnya tiba-tiba berdering menandakan adanya panggilan.

Dengan malasnya, Serena mencapai telefon pintarnya yang diletakkan di atas meja. Skrin telefon itu ditatapnya sebelum ikon berwarna merah itu ditekan. Dia tak ada mood sekarang. Lagipun benda tak penting. Itulah yang difikirkannya sebelum orang yang sama menelefonnya berkali-kali.

What the hell, Beatrice?

Sekali lagi, nama si pemanggil ditatap lama. Sempat juga dia mengeluh. Nak atau tak dia perlu jawab panggilan tersebut agar Beatrice berhenti menelefonnya. Rimas weh.

"Hel—"

"Apasal kau call aku malam-malam buta macam ni?" celah Serena acuh tak acuh.

"Mengantuk?"

"Aku penat."

"Penat kenapa? Baru jumpa buah hati dah penat?" kata Beatrice sambil tersenyum sendiri.

"Mana... Macam mana kau tahu?" soal Serena mendatar.

"Mestilah tahu. Jam berapa awak lahir pun saya tahu," balas Beatrice bersahaja.

Risau.

"Semua sebab kau, tahu tak? Aku dah bagi tahu kat dia jawapan aku," kata Serena sambil mengeratkan lagi pelukan bantalnya.

"Sama-sama, Princess. Untuk kebaikkan awak juga," balas Beatrice.

"Weh... Aku tak percaya yang aku bakal berkahwin. Ini bukan mimpi, kan?" kata Serena perlahan.

"Ini realiti," balas Beatrice bersahaja.

"Kau rasa benda yang aku buat ni betul? Pilihan aku," soal Serena.

"Ini pilihan awak. Ini jalan yang awak pilih untuk lalui, jadi jangan ada penyesalan," jawab Beatrice. Wine di tangan diteguk sekilas.

"Aku tahu. Terima kasih untuk itu," ucap Serena.

"My pleasure, Princess," balas Beatrice sebelum panggilan itu dimatikan.

✦✧✦

Tiga minggu telah berlalu sejak Serena memberikan jawapan kepada Fley. Kini tibalah hari perkahwinan mereka. Pasangan itu terus bertolak menuju ke dewan perkahwinan di hotel milik keluarga itu sebaik selepas lafaz akad nikah berakhir.

Suasana di dalam dewan hotel itu dipenuhi dengan keterujaan dan penantian dek para tetamu tidak sabar-sabar menantikan permulaan majlis perkahwinan tersebut. Dewan besar itu dipenuhi dengan pelbagai hiasan yang elegan, bunga yang rimbun, dan kerlipan lilin yang berkelip-kelip.

Hiasan kristal dan chandelier memenuhi siling dewan yang mampu memuatkan lebih lima hingga sepuluh ribu orang dalam satu masa. Kehadiran para tetamu telah memenuhkan dewan besar itu. Beberapa orang wartawan telah dijemput hadir untuk menulis berita.

"Weh Axce ! Seriuslah dah nak kahwin?" kata Vinter sebelum dia terus memaut bahu Fley.

"Taklah. Nak beli ikan. Jangan tanya soalan bonus boleh tak?" balas Fley mendatar.

"Alolo~ Janganlah merajuk. Meh kita pujuk—" ujar Vinter lagi sambil pipi jejaka cuba untuk dikucupnya.

Namun sebelum Vinter sempat berbuat demikian, Fley terus menolak wajahnya sekaligus melekatkan tapak tangannya di wajah Vinter.

"Jangan dekat dengan akulah sial," kata Fley selepas menolak Vinter. "Lagi satu, aku tak ingat pun pernah jemput kau datang sini."

"Memang. Tapi Ace ada hantar jemputan kahwin dekat Cobra," balas Vinter. Fley hanya mengerutkan kening. Apasal...?

𝐀𝐝𝐨𝐫𝐞 𝐘𝐨𝐮, 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 Where stories live. Discover now