3 7 ♡

89 15 0
                                    

"Sebagai ganti perkahwinan ini kau kena jalankan misi yang mungkin meragut nyawa kau, macam tu?" soal Fley sambil merenung tajam wajah isterinya. Serena hanya mengangguk.

"Haa... Aku dah expect organisasi kau takkan bagi kebenaran dekat kau begitu saja," ujar Fley.

"Tak. Ini pilihan aku, jadi aku tak menyesal," kata Serena mendatar.

"Lagipun aku dah terbiasa buat banyak misi. Aku okay."

"Kau tak menyesal, tapi aku sebaliknya. Kau tercedera disebabkan perkara ini dan semuanya sebab aku."

"Oh? Caring nampak?" ujar Serena bersahaja.

"Asal? Tak boleh ke aku caring dengan isteri sendiri?" balas Fley pula.

"Kau tu isteri aku, okay? Sila sedar diri," katanya lagi. Serena hanya tersenyum kecil.

"Jadi luka kau tu...?" Fley menoleh ke luka Serena.

"Ya, sebab buat misi. Tapi luka aku kali ini sebab aku lengah," kata Serena.

"Lengah kepala hotak kau. Hati-hati sikit, boleh?" ujar Fley mendatar.

"Ya, aku tahu," balas Serena juga mendatar.

"Hah? Kenapa menjawab?"

"Sebab boleh jawab."

"Apa-apapun, aku terkejut yang King tu ialah keluarga kau. Orang tu yang dah ajar kau segalanya, termasuk membunuh," kata Fley.

"Ya, dialah orang yang libatkan aku dalam dunia ni. Dunia dimana darah dan mayat ialah perkara normal yang kau akan nampak setiap hari," balas Serena.

"After all, he's your family," Fley berkata lagi. Serena mengangguk perlahan.

"Tak hanya King, tapi aku dah anggap mereka yang lain tu pun sebagai ahli keluarga aku," Serena berhenti seketika.

"Walaupun mereka dah ajar aku macam-macam benda, aku tetap hargai jasa diorang. Macam yang aku cakap, kalau bukan organisasi, tak ada siapa perlukan aku," sambungnya.

"Aku perlukan kau, eh, tak. Aku sangat-sangat perlukan kau," kata Fley.

"Aku tahu."

"Aku serius ni."

"Ya, aku tahu."

"Aku nak--"

"Aku tahu. Dah, tutup mulut tu."

"Tak nak. Ini mulut aku, jadi suka hati akulah nak buka ke tak," Fley menggelengkan kepalanya.

"Suka hati kaulah," kata Serena sebelum dia terus berbaring. Selimut di katil itu turut ditariknya sehingga paras dada.

"Princess."

Tidak ada sahutan.

"Princess."

"Apa?"

Soal Serena yang sudah memejamkan mata.

"Keep your eyes closed," ujar Fley separa berbisik.

"Hah--?" mendengarkan bisikan Fley, Serena terus membuka matanya tanpa berfikir panjang.

Gadis itu lalu terdiam. Lidahnya kehilangan kata apabila Fley tiba-tiba mengucup lembut bibirnya. Matanya turut membuntang. Jujur, ini kali pertama bibir sempurna milik jejaka itu menyentuh bibirnya. Fley hanya tersenyum sehingga kucupan mereka berakhir.

𝐀𝐝𝐨𝐫𝐞 𝐘𝐨𝐮, 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 Where stories live. Discover now