3 8

73 12 0
                                    

Serena meneliti semula menu-menu di situ. Sebahagian besar menu dan minuman yang ditawarkan di cafe itu sudah pudar dari ingatannya. Mungkin kerana sejak akhir ini dia asyik sibuk menjalankan misi, jadi sudah agak lama sejak kali terakhir dia bekerja di cafe itu.

Namun Serena hanya perlu masa kurang dari setengah sejam untuk mengingat semula menu tersebut. Baginya, itu perkara mudah dan dia sudah terbiasa mengingati sesuatu dalam masa yang singkat. Sedang dia sibuk menatap menu, tiba-tiba kedengaran bunyi loceng pintu berbunyi menandakan adanya pelanggan.

Pelanggan? Bukan aku dah letak papan tanda cafe tutup eh?

Serena pasti yang dia sudah pun meletakkan notice di depan pintu, menunjukkan bahawa cafe itu belum mula beroperasi. Jadi kenapa ada orang? Tanpa memikirkan jawapan bagi pertanyaannya, Serena terus melangkah ke luar ruangan itu.

"Hai princess."

"Siapa...?" Serena berhenti seketika sebelum menyedari penyamaran wanita itu.

"Beatrice? Apasal kau datang sini?" ujar Serena hairan. Rajin pula wanita itu datang melawatnya. Siap menyamar pula itu.

"Hehe. Tak rindu saya?" soal Beatrice sambil tersenyum.

Pantas Serena menggelengkan kepalanya.

"Kejamnya," Beatrice mengeluh perlahan.

"Jadi? Apasal kau datang sini?" tanya Serena lagi. Beatrice berdehem sebelum membalas pertanyaan gadis itu.

"Saya datang sini cuma nak bawa dia ini jumpa awak," balas Beatrice sebelum dia melangkah ke samping, menampakkan seorang lelaki di belakangnya.

"... Spade?" membulat mata Serena melihat lelaki itu. Perlahan-lahan kakinya mengorak langkah ke arahnya.

"Princess," terukir senyuman kecil di bibir lelaki bernama Spade itu.

"Seriuslah ini kau? Dah lama tak jumpa weh," tegur Serena lagi. Bibirnya turut mengukir senyuman.

Mereka kemudiannya berjabat tangan seperti selalu, sebelum Spade tiba-tiba memeluk sekilas tubuh mungil gadis itu. Serena yang merasa agak terperanjat itu terdiam dan hanya akur memandangkan sudah lama mereka tidak bertemu.

"I miss you, Princess."

"Aku pun."

"Erm... Misi kau dah selesai?" tanya Serena.

"Ya, walaupun agak mengambil masa," balas Spade.

Spade, seorang ahli atasan organisasi dan merupakan teman masa kecil Serena. Sama seperti Beatrice, Hestia dan yang lain, Spade juga berkawan rapat dengan gadis itu memandangkan mereka sentiasa berlatih bersama-sama.

Namun demi menjayakan misi, Spade terpaksa pergi meninggalkan yang lain. Jika diimbas kembali, sudah lebih tiga tahun lelaki itu tidak memunculkan diri dek terlalu sibuk dengan misinya. Hal itu wajar memandangkan sebahagian besar misi mustahil diberikan kepada ahli atasan organisasi.

"Bravo," sorak Serena sambil bertepuk tangan.

Suasana sunyi seketika. Serena tidak tahu ingin berkata apa lagi. Memanglah mereka berkawan baik sejak kecil, namun sudah lama mereka tidak berjumpa. Umpama kau pergi jumpa keluarga atau sepupu masa hari keluarga. Walaupun sikit tapi mesti ada rasa awkward kan?

"Sekarang kau dah boleh rehat. Lagipun lama siak kau buat misi," ujar Serena yang memecahkan kesunyian. Baru sahaja Spade hendak membalas, tiba-tiba saja ada orang datang.

"Yo princess," kata satu suara garau, menyebabkan Serena mengalihkan pandangan ke pemilik suara itu.

"Axce?"

𝐀𝐝𝐨𝐫𝐞 𝐘𝐨𝐮, 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 Where stories live. Discover now