3 4

117 14 1
                                    

Gadis itu hanya mengangguk sebelum kakinya mula membuka langkah. Serena hanya menghantar pemergian gadis kecil itu dengan anak matanya sebelum dia kembali bersandar di dinding tadi.

"Princess, kau dah sedia?" kata Edward melalui talian. Serena mendengar suara Edward melalui fon telinga itu.

"Hm," balas Serena tanpa membuka mulut.

"Aku dan Beatrice dah selesai urus bahagian kami. Sekarang giliran kau," kata Edward lagi.

"Aku tahu," balas Serena sepatah.

"Dalam masa kurang dari dua minit, target akan lalu lorong tempat kau berada. Kau tahu apa perlu dibuat," Edward mengatakan. Serena tidak membalas malah terus mematikan talian itu.

Seperti yang dikatakan oleh Edward, target mereka yang merupakan sekumpulan lelaki betul-betul lalu di lorong itu. Sebaik selepas mereka melintasi lorong itu, Serena secara senyap mengikuti mereka dari belakang.

Semuanya berjalan lancar, sehinggalah...

BANG!

Serena tidak percaya apa yang baru sahaja dia lihat. Budak kecil tadi... gadis kecil tadi kini kaku terbaring. Maksudnya? Ya, tubuh yang tadinya bernyawa kini sudah tidak bernafas. Serena terus menoleh ke arah si pembunuh.

"Berani kau...?"

Ternyata si pembunuh itu merupakan sekumpulan lelaki tadi yang sekaligus merupakan target misi Serena.

"Huh?" dengan wajah berkerutnya, sekumpulan lelaki tadi menoleh ke arah Serena.

"Did you... kill her?" soal Serena tanpa reaksi.

"¿Deberíamos matarla? Creo que ella nos vio (Should we kill her? I think she saw us)," bisik lelaki di sampingnya.

"Sí, matémosla. Ella definitivamente nos vio (Yeah, let's kill her. She definitely saw us)," sokong lelaki yang lagi satu.

"Hagamoslo entonces (Let's do it then)," kata lelaki itu sambil tersengih.

Reaksi Serena sebaliknya, langsung tidak ada rasa ingin tersenyum pada ketika itu.

"I'm asking. Did you guys kill her?" soal Serena sekali lagi.

"We did. So what?" jawab salah seorang daripada mereka.

"... Haa... Bodoh betullah," Serena terdiam seketika.

Baju hujan yang dipakainya dibuka mendatar sebelum terus dicampakkannya ke tepi. Serena mencapai pisau lipatnya. Anak matanya menikam tepat lelaki-lelaki di hadapannya itu.

"Sampah macam korang tak layak mati cepat sangat. Korang kena rasa nikmat mati perlahan-lahan," kata Serena dingin.

"Sebab itulah aku patut guna benda ni, bukan?" ujar Serena sebelum perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman sinis.

Serena kemudiannya menyarungkan sarung tangan hitam yang dilengkapi dengan duri-duri kecil tajam di sekelilingnya. Sarung tangan itu memang direka khas untuk aktiviti seperti ini. Aktiviti apa? Seksa orang, ya.

"Stupid girl. You better think before act," ujar lelaki itu.

"I can't hear you bro," balas Serena.

"I said, you better think—"

"Oh my ! All I could hear was a dog barking. Right, dawg?"

Urat di wajah lelaki itu mula kelihatan. Koyak? Mungkin. Mereka menatap wajah gadis itu sambil menahan amarah.

"Bullshit. Watch your mouth. Or you'll regret it," ujar lelaki itu mendatar.

𝐀𝐝𝐨𝐫𝐞 𝐘𝐨𝐮, 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 Where stories live. Discover now