2 5

81 12 0
                                    

Ternganga mulut mereka apabila melihat jejaka itu melompat keluar dari tingkap itu. Mereka teragak-agak sebelum salah seorang daripada mereka akhirnya melompat, mengikuti jejak Fley. Yang lain turut mengorak langkah.

"Haha? Asal korang dua hati nak lompat ke tak?" ujar Fley yang sedang bermandi hujan.

"Tutup mulut kau, budak," balas lelaki itu mendatar.

"Koyak?" Fley memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluarnya.

"Aku tak tahu korang ni kertas cepat koyak?" kata Fley bersahaja.

"Diam babi!" jeritnya menahan amarah sambil menghalakan pistolnya ke arah jejaka itu.

"Kau nak tahu kenapa kau koyak?" Fley berhenti seketika.

"Sebab kau lemah, bodoh," sambungnya. Perkataan 'lemah' itu sengaja ditekannya.

"Diam! Sial! Jangan sampai aku sumbat peluru dalam mulut kau karang!" kata lelaki itu mendatar sebelum dia dengan pantas berlari ke arah Fley, berniat ingin membunuhnya.

Dengan senyuman sinis terukir di bibir, Fley mencapai pistol miliknya dan tanpa memberikan amaran, satu das tembakan dilepaskan ke arah lelaki itu.

BANG!

Okay, next?

Fley menoleh ke sebelah kanannya sambil melepaskan satu lagi das tembakan. Peluru tersebut tepat mengucup halus kepala mangsanya. Satu persatu orang di situ tumbang, namun Fley tetap tenang. Matanya mengamati seorang demi seorang, menunggu mereka membuat langkah. Lebih tepatnya membuat kesilapan.

"Tak nak gerak? Tadi kertas? Sekarang korang dah jadi tugu pula?" Fley tergelak kecil.

"Argh... sial..."

Mendengarkan kata-kata jejaka itu, mereka kembali menyerangnya walaupun sudah sekarat. Melihat perkara itu, Fley hanya mengelak dari jalan apabila salah seorang daripada mereka mengajukan penumbuk ke arahnya.

"Aku salute cara kau nak mati awal," kata Fley sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke udara, seperti mengejek.

Fley kemudiannya melangkah ke hadapan sebelum kakinya dihayun kuat ke perut lelaki itu. Malang buatnya, serangan Fley terlalu pantas untuk dielak. Fley berpusing-pusing sambil menerjang satu persatu manusia di hadapannya. Penumbuknya tidak lupa dihadiahkan kepada setiap seorang daripada mreka.

Pada akhirnya, mereka semua telah tumbang dikerjakan olehnya namun masih bernyawa. Masing-masing mencium tanah, menghirup udara selagi boleh dan menggenggam rumput selagi mampu. Fley menarik nafas panjang sebelum dia melihat sekeliling.

"Aik? Dah habis?" kata Fley. Rambutnya yang basah dek terkena hujan itu diraup ke belakang. "Korang bergurau eh? Serius ah? Setakat ni je korang mampu lawan aku?" katanya lagi.

Mereka hanya mampu terbaring sambil mengerang kesakitan. Ada yang sudah pengsan dek pukulan Fley dan ada yang sedang mengucap. Manalah tahu datang ajal kan? Hm.

"Haa padan muka. Ke nak padankan sekali dengan nasib korang?" ujar Fley selamba. Pistol itu elok dimainkannya.

Tidak ada balasan.

"Okay, cun. Kalau macam ni senanglah anak-anak buah aku urus korang," kata Fley sebelum dia mengorak langkah.

Sedang Fley melangkah, tiba-tiba belakang kepalanya ditumbuk oleh seseorang. Fley terduduk impak pukulan mendatar itu. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang dan menatap wajah manusia yang berani memukulnya.

"Babi? Masih boleh gerak rupanya?" Fley memegang kepalanya yang terasa agak sakit. Rasanya dah berdarah.

"Jangan remehkan kitorang, dasar budak hingusan," balas lelaki itu mendatar.

𝐀𝐝𝐨𝐫𝐞 𝐘𝐨𝐮, 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 Where stories live. Discover now