3 9

70 11 0
                                    

"Takkan kau dah tak waras disebabkan oleh Axce Ayrnight itu? Kau sedar yang King takkan bagi kau kebenaran, bukan?" ujar Edward mendatar.

Serena tidak membalas.

"Are you out of your mind?" kata Edward lagi.

Fuck, yeah.

"Yes! I'm out of my mind! Aku tak pernah normal pun selama ini!" kata Serena juga mendatar. Edward kehilangan kata sekali lagi.

Aku tak pernah hidup normal. Setiap misi yang aku selesaikan ialah buktinya. Setiap saat, setiap minit, even semasa aku hidup, aku tak pernah rasa kehidupan aku normal.

"Aku dah penatlah weh," Serena menggeleng perlahan.

Bibirnya mengukir senyuman pahit sebelum perlahan-lahan senyuman itu pudar. Lidah Edward sudah kelu. Dia tahu. Sudah tentu dia tahu. Dia mengenali gadis itu sejak kecil lagi. Dunia yang mereka miliki sememangnya tidak normal. Mengaku atau tidak, mereka masih seorang pembunuh.

We are sinners.

"Awak nak jumpa Axce, bukan?" kata suara seorang wanita.

"Beatrice?"

Beatrice hanya tersenyum kecil sebelum dia perlahan-lahan melangkah mendekati Serena.

"Jujur dengan saya, Princess," punggungnya dilabuhkan di atas katil tempat Serena berada.

"Benda yang paling awak nakkan sekarang ini ialah bertemu dengan Axce Ayrnight, bukan?" tanya Beatrice. Serena hanya mengangguk.

"... Baiklah. Saya faham. Biar saya yang hantarkan awak," ujar Beatrice lagi.

"Weh? Kau buat apa ini?" soal Edward kepada Beatrice.

"Saya nak tolong Princess," jawab Beatrice dengan nada bersahaja. Seperti selalu.

"Tolong kau cakap? Kau sendiri tahu peraturan organisasi. Kita perlukan kebenaran King terutamanya pasal princess," kata Edward serius.

"Kalau ada orang patut dipersalahkan, saya akan terima hukuman dengan hati terbuka," balas Beatrice.

"Beatrice, kau gila?"

"Awak yang sudah gila, Edward."

Anak mata wanita itu elok saja menikam mata manusia di hadapannya. Seakan-akan seperti helang meninjau mangsanya. Beatrice sedang serius. Dia tidak bermain-main sekarang ini.

"Walaupun pangkat King yang tertinggi, saya masih lagi ahli yang paling berpengalaman bekerja dengan organisasi," Beatrice berhenti seketika.

"Dan bila difikirkan balik, pangkat kita tidak jauh bezanya. Hanya kerana awak rapat dengan King tak bermakna saya akan sentiasa bersetuju dengan awak," sambungnya.

"Mungkin saja haluan kita juga tidak sama?" terukir senyuman sinis di wajah wanita itu.

Beatrice kemudiannya membuka jaket yang dipakainya sebelum dia terus menyarungkannya ke tubuh Serena. Dia turut membantu gadis itu agar dapat berdiri. Sekali lagi, Beatrice menatap kembali wajah serius Edward yang juga sedang memandangnya.

"Oh ya. Jangan risau kalau awak takut nak maklumkan dekat King pasal perkara ini. Sebab saya sendiri sudah minta kebenaran," ujar Beatrice sambil tersenyum. Raut wajah Edward terus berubah.

"Hah? Apasal kau tak bagi tahu awal-awal tadi??" soal Edward mendatar. Kalau diikutkan tadi, pistol di belakang bajunya sudah hampir dikeluarkan.

𝐀𝐝𝐨𝐫𝐞 𝐘𝐨𝐮, 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 Where stories live. Discover now