4 3

58 9 0
                                    

'This is your destiny, Princess. DeLuca's destiny.'

'Even if you don't want it, the people around you'll still accept it. Because we're not destined to bring happiness to others.'

Itulah kata-kata Kaiser kepada dirinya pada suatu ketika dahulu. Apa yang dikatakan oleh lelaki itu benar. Seakan-akan takdirnya memang tertulis sedemikian. Lagipun mereka ialah DeLuca. Keluarga yang memimpin sebuah organisasi besar dan rahsia yang melakukan kerja gelap.

'That's why you'll still come back to me. No matter how much you avoid, you will still come back.'

"Aku... Adakah aku memang tidak layak mendapat yang namanya kebebasan dan kebahagiaan?" Serena bermonolog sendiri.

Fikirannya melayang jauh. Selepas beberapa minit termenung, telefon pintarnya akhirnya dicapai lalu nombor Edward didailnya. Ikon berbentuk telefon itu ditekan dan beberapa saat kemudian panggilan itu dijawab.

"Hey Edward...," Serena berkata perlahan.

"Princess?" sahut Edward.

"Datang jemput aku. Sekarang," kata gadis itu senafas. Nadanya kedengaran cukup serius.

"Jemput? Kau dekat mana?" tanya Edward beberapa saat kemudian. Agak terkejut gadis itu tiba-tiba berkata demikian.

"Nanti aku mesej lokasi aku dekat mana," balas Serena sebelum panggilan itu terus dimatikan. Lantas dia bangun dari duduknya. Kakinya membuka langkah ke pintu keluar hospital.

"Serena? Awak nak pergi mana?" soal Elice yang kebetulan berada di situ. Flex turut berada di samping isterinya.

"... Saya nak pergi beli sesuatu," jawab Serena tanpa sebarang reaksi di wajah. Ya, ia satu kebohongan.

"Biar saya yang tolong beli. Awak boleh tunggu dekat sini dan stay dengan Fley," pelawa Elice cukup prihatin.

"Saya hargainya. Tapi saya tak nak menyusahkan awak," Serena berkata lagi. Wajah datarnya tidak dapat disembunyikan.

"Tak menyusahkan saya pun."

"Elice. Tak apa."

Nada datar gadis itu jelas kedengaran walaupun dia cuba mengawalnya. Serena kemudiannya kembali melangkah. Namun sebelum itu, dia masih mempunyai hal yang perlu dikatakan.

"Kalaulah... Kalau saja Axce terbangun masa saya tak ada...," Serena menoleh ke belakang.

"Tolong bagitahu dia yang saya minta maaf," katanya sebelum langkahnya diteruskan. Elice terdiam. Keliru dengan ucapan Serena.

Goodbye, Axce Ayrnight. I'm sorry.

"Apa maksudnya...?" Elice menyoal diri sendiri. Flex hanya melihat pemergian gadis itu sehingga dia tidak lagi kelihatan.

"Dear, apa kata you pergi masuk dalam dulu jenguk Axce? I terlupa sesuatu dekat dalam kereta," ujar Flex kepada Elice.

Elice hanya mengangguk sebelum kakinya turut mengorak langkah pergi. Sebaik selepas itu, Flex terus mencapai telefonnya lalu nombor seseorang didail.

Tett... Tett... Tett...

✦✧✦

Serena merenung jauh ke luar jendela kereta. Edward tidak berani menyoal melainkan memilih untuk kekal berdiam diri. Walaupun tidak diberitahu, lelaki itu tahu bahawa mood Serena sedang tidak baik. Maklumlah mereka sudah hidup bersama sejak gadis itu masih kecil.

"Erm... Kau nak aku bawa kau pergi mana?" ujar Edward yang memecahkan kesunyian. Dia sedang memandu tanpa hala tuju.

"Entahlah. Ikut suka kau," balas Serena malas. Dia sudah penat.

𝐀𝐝𝐨𝐫𝐞 𝐘𝐨𝐮, 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 Where stories live. Discover now