1 6

110 13 1
                                    

"Tulis nombor telefon kau kat kertas boleh? Kalau aku sibuk ahad tu, nanti aku direct bagi tahu kau," sambungnya.

"Lain macam bila kau tiba-tiba minta nombor aku," kata Fley sebelum dia mencapai pen dan kertas itu.

"Cakap jelah kalau kau nak ambil kesempatan dalam kesempitan," ujarnya lagi.

"Merepek betullah kau ni," kata Serena dengan raut wajah berkerut.

"Betul apa?"

"Man. You're delusional."

"Bukannya aku nak sangat, tapi terpaksa. Kalau tak macam mana aku nak contact kau?" balas Serena selamba.

"Aku perlukan barang aku. Benda tu penting," sambungnya.

"Alasan kau logik. Aku pun bukannya rajin sangat nak simpan barang orang," ujar Fley sebelum dia menghulurkan kertas itu kepada Serena. Huluran bertukar tangan sebelum kertas itu dilipat dan dimasukkan ke poket seluarnya.

"Tapi serius, kenapa kau ada kat sini?" soal Serena.

"Masa kau berdiri depan pintu tadi kau tak baca plak nama tu eh?" balas Fley.

"Ada ke?" Serena mengerutkan dahi. Dia kemudiannya melangkah ke arah pintu. Tombol pintu itu dipulas lalu nama di plak itu dibacanya.

VVIP's room.

Serena menoleh semula ke arah Fley sebelum dia mengangkat kening.

"VVIP?"

"Aku pemilik syarikat ni."

"Aik? Kau ada kerja lain selain bunuh orang?" Serena mengerutkan dahi sebelum dia menutup pintu itu semula.

"Kau ingat kerja aku 24 jam asyik bunuh orang? Aku pun ada benda lain nak buatlah weh," balas Fley bersahaja.

"Macam apa?"

"Urus syarikat walaupun tak selalu."

"Kiranya duit kau dah cukup banyaklah kan even kau langsung tak kerja," ujar Serena.

"Haah. Kalau nak sara hidup kau sekalipun lebih dari cukup," balas Fley selamba. Serena hanya menjeling. Sara hidup aku? Kau nak jaga aku, macam tu?

"Bunyinya seolah-olah macam kau tengah melamar aku, kau tahu?"

"Kau expect apa? Kalau ya pun, kau ingat aku tak mampu?"

"... Entahlah," balas Serena mendatar. Malas hendak melayan.

"Mana kau tahu aku banyak duit?" kata Fley yang kini tersenyum sinis.

"Bangunan kau ni besar gila kut? Lagipun kau kan pemilik tempat ni?" jawab Serena. Jarang betul aku tengok pemilik syarikat tak kaya.

"Kau rasa bangunan ni dah cukup besar?" Fley melihat sekeliling.

"Aku tertanya-tanya reaksi kau bila nampak syarikat utama aku."

"Rumah kau pun dah besar aku tengok," kata Serena lagi.

Serena kemudiannya melangkah ke arah sofa mewah itu sebelum dia mengangkat dan menyandang begnya. Topi berwarna hitam itu dipakainya. Sekilas wajah lelaki itu ditenungnya.

"Aku perlu pergi. Tapi sebelum tu, aku nak tanya sesuatu," kata Serena agak serius. Fley mengangkat sebelah keningnya, menunggu gadis itu menghabiskan ayatnya.

"Lif... Kat mana lif?" tanya Serena perlahan. Baru teringat yang tadi dia struggle masa tengah cari lif. Nak guna tangga? Tenaganya masih belum pulih sepenuhnya. Penat gila bunuh orang.

𝐀𝐝𝐨𝐫𝐞 𝐘𝐨𝐮, 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 Where stories live. Discover now