3 3

79 14 0
                                    

"Kita tidur sekatil?" soal Serena laju.

"Dah tu? Takkan kau nak tidur kat sofa?" jawab Fley.

"Jadi?" makin membulat mata Serena dibuatnya.

"Apasal gaya kau macam kita masih orang asing ni? Atau kau langsung tak pernah terbayang yang kau akan tidur sekatil dengan aku?" kata Fley sambil tersenyum.

"Mestilah aku tak pernah terbayang yang kita akan tidur sekatil," ujar Serena mendatar. Mamat ni memang macam ni eh?

"Nanti jelah kau bayangkan. Now come here, Princess," pinta Fley sambil menepuk-nepuk katil itu. Serena menggeleng sekali.

"Sayang, come here," ujar Fley sekali lagi. Makin Serena menggeleng, siap peluk tubuh.

"Pilih. Kau datang sini atau aku yang datang sana?"

"Aku tak pilih mana-mana."

Tubuh Serena secara automatik bergerak sendiri apabila dia melihat Fley yang sudah berdiri dan sedang melangkah ke arahnya. Hendak larikan diri, namun ke mana? Susah. Dengan sekelip mata, Fley terus mengangkat Serena dengan gaya bridal style. Serena tidak ada pilihan melainkan akur dengannya.

"Aku tak biasalah Axce," ujar Serena apabila mereka berdua sudah berada di atas katil.

"Kau ingat aku biasa? Mestilah tak," balas Fley sebelum dia terus membuka t-shirt putih yang dipakainya.

"What the heck??" Serena terus menoleh ke arah bertentangan.

"K-kau buat apa ni weh??"

"Aku buka baju."

"Itulah maksud aku, apasal kau tiba-tiba buka baju??" kata Serena mendatar. Maklumlah baru pertama kali.

"Hah?" Fley pula mengerutkan kening. "Weh Princess, aku buka baju sebab aku nak tidur. Aku mana pernah tidur pakai baju selama ni. Kau fikir apa?" jawab Fley.

Perlahan-lahan Serena menoleh semula ke arah Fley, namun telapak tangannya masih elok menutup setengah wajahnya. Fley kemudiannya terus berbaring di atas katil itu.

"Kau tak nak tidur?"

Tidak ada balasan.

"Aku tak kacau kaulah malam ni. Tenang sikit boleh?"

"Betul ni? Serius?"

"Hm."

Mendengarkan jawapan Fley, Serena kemudiannya turut berbaring, namun jarak diantara mereka agak jauh. Apa taknya? Dia berbaring berhampiran dengan hujung katil bersaiz king itu. Baru sahaja Serena hendak memusingkan badan, dia merasakan tubuhnya dipeluk dari belakang.

"Kejap—"

"Jangan bergerak."

Fley kemudiannya memusingkan tubuh Serena yang sedang membelakanginya agar mereka dapat bersua muka.

"Tak baik tidur membelakangi suami," kata Fley. Serena hanya mengangguk perlahan.

Entah bagaimana, tapi aku rasa...

"Tidur. Kau kata esok kau ada misi," kata Fley lagi.

... Aku rasa selamat dalam dakapan dia ni.

"Goodnight, Princess," ujar Fley sebelum dahi halus isterinya dikucupnya sekilas.

Keesokan paginya, Fley membuka matanya yang terasa berat, lalu dia menoleh ke sampingnya. Kosong. Serena sudah tidak ada. Fley kemudiannya menoleh lagi ke arah kertas kecil yang ditindih oleh gelas kaca itu. Perkataan yang tertulis di situ dibacanya.

𝐀𝐝𝐨𝐫𝐞 𝐘𝐨𝐮, 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 Where stories live. Discover now