3 6

107 14 1
                                    

Fley dan Serena kini berada di rumah agam milik Fley. Pada awalnya Fley tinggal di rumah abangnya bersama mereka, termasuk Xander dan Xavier. Namun dia berpindah keluar sebaik selepas perkahwinannya selesai. Ryuu tinggal berseorangan manakala Florin masih menetap bersama Mr. Lex di mansion utama Ayrnight.

"Sebab itulah Fley, you jangan kasar-kasar dengan Serena, faham?" kata Elice sebaik selepas dia menjelaskan keadaan Serena kepada Fley.

"Kau... kenapa kau cedera? Siapa yang sentuh kau?" soal Fley sambil menatap wajah isterinya.

"Biasalah cedera masa buat misi. Silap aku juga," jawab Serena.

"Ingat aku akan percaya alasan tu?Kau bukan jenis yang bertindak tanpa berfikir," kata Fley lagi. Serena hanya mengerutkan kening.

"Siapa orang tu?"

"Benda dah lepas. Lupakan jelah."

"Siapa?" soal Fley lagi. Tidak ingin mengaku kalah.

Haih. Tak reti mengalah betul dia ni.

"Let's go? Ayrin dah tertidur dalam kereta," ujar Flex kepada Elice pula.

"Oh kalau macam tu, kitorang balik dulu ya? Jumpa nanti Fley dan Serena," kata Elice sebelum dia dan Flex melangkah menaiki kereta mereka. Pemergian Flex dan Elice dihantar dengan anak mata mereka.

Beberapa minit kemudian...

Serena melangkah keluar dari bilik mandi sebaik selepas dia selesai membersihkan dirinya. Sekarang giliran Fley pula untuk guna bilik mandi.

"Baiklah, masa untuk rehat," ujar Serena sambil meregang-regangkan lehernya. Penat.

"Princess," Fley tiba-tiba mencapai lengan isterinya. "Kau tak jawab soalan aku lagi," katanya.

Ah. Pasal benda tadi?

"Kita lupakan pasal benda tu, okay?"

"Lupakan? Berminggu-minggu aku fikir pasal hal ni. Aku tak peduli, aku tetap nak kau cerita pasal tu."

"Aku dah cakap tak perlu risau. Axce, kau pahal? Kau tak percayakan aku?" kata Serena. Wajah datar suaminya ditatap.

"Bukan tak percaya tapi...," Fley berhenti seketika.

"Tapi...?" Serena menanti ayat itu disambung.

"The thought of losing you... was driving me crazy," sambung Fley perlahan.

"Aku tak nak kehilangan kau, benda itu boleh buat aku gila."

Percayalah, aku pun.

"Sebab itulah aku nak kau cerita. Aku nak tahu apa yang jadi pada kau sebelum dan sesudah kita berkahwin," Fley berhenti seketika.

"Dan kalau kau tak nak bagi tahu, aku sendiri boleh cari tahu. Tapi aku lebih prefer kau cerita daripada aku cari tahu sendiri," sambungnya.

Serena, kau kena jujur. Apa yang susah sangat?

"Kalau kau betul-betul nak tahu..."

Fley berhak untuk tahu. Lagipun...

"... Aku akan cerita."

Aku tak nak kehilangan orang ni dalam hidup aku.

"Tapi sebelum itu, kau kena pergi shower dulu," Serena berkata.

"Hah? Gantunglah weh," ujar Fley mendatar.

"Aku tak peduli. Dah, cepat pergi bersihkan diri sana," balas Serena sebelum dia terus menolak suaminya ke bilik mandi dan menutup pintu.

𝐀𝐝𝐨𝐫𝐞 𝐘𝐨𝐮, 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 Where stories live. Discover now