1 7

94 13 1
                                    

Serena tiba di rumah Hestia sebelum dia terus melabuhkan punggung di sofa empuk itu. Lengannya direhatkan di sisi sofa sementara kepalanya pula elok disandarkan di bantal.

"Hai sang puteri," ujar Hestia bersahaja. "Baru balik dari bunuh siapa pula kali ni?" sambungnya.

"Eh kau ni. Macamlah aku tak pernah jalankan misi lama-lama," balas Serena. "Paling lama pun setahun lebih kut?"

"Sekurang-kurangnya masa tu kau ada contact aku jadi aku tahu kau masih hidup. Lepastu bila aku mesej kau double tick pun tak," kata Hestia sambil mengukir senyuman penuh makna.

"Ohh itu...," Serena menoleh ke arah bertentangan. "Telefon aku rosak?" balasnya. Nanti jelah aku bagi tahu Hestia pasal peristiwa tu. Malas nak explain sekarang.

"... Apa-apapun, dah lama aku tak nampak muka kau," Hestia berhenti seketika. "Kalau ya pun pergi jalankan misi, at least bagi tahulah aku yang kau masih hidup !" kata Hestia sebelum dia memeluk Serena, mengunci gadis itu menggunakan tangan.

"Aku tak sengajalah-"

"Ah kau tu. Alasan."

"Memanglah aku kena bagi kau alasan," kata Serena dengan senyuman.

"Banyaklah memang kau, nak. Kau lupa cafe eh? Ingat berapa ramai buaya aku kena urus sebab kau takda," kata Hestia sambil merenung tajam gadis itu.

"Cafe ni kat darat kut, apasal ada buaya?" kata Serena yang berpura-pura tidak tahu. Hestia hanya menatap wajah Serena. Senyuman penuh makna masih terukir di bibirnya. Erk.

"Ehh? Oh maksud kau buaya-buaya yang takda ekor tu?" ujar Serena mendatar. Takut kena marah.

"Haah. Teman lelaki kaulah."

"Teman lelaki apa benda? Meh aku kahwinkan kau dengan diorang nak?"

"Eleh? Tapi apa-apa pun, yang penting hujung minggu ni kau kena kerja juga," Hestia berhenti seketika. "Aku tak peduli kau ada misi ke tak. Yang aku tahu, Ahad ni giliran kau," sambungnya.

"Ahad ni?" Serena terdiam seketika.

Serena termenung jauh sebelum dia baru teringat bahawa hujung minggu ini tiba gilirannya bekerja seharian di cafe itu. Tak hanya itu, sudah sebulan lebih dia tidak menginjakkan kaki ke sana. Wajar saja jika dia harus bekerja walaupun pada hujung minggu.

"Ahad ni eh?" soalnya perlahan.

"Ya, kawanku," balas Hestia cukup lembut. "Ahad ini," perkataan 'ahad' itu ditekannya.

"Kalau minggu depan tak boleh?" sambung Serena dengan senyuman kecil.

"Amboi? Senang je kau minta eh?" Hestia berhenti seketika. "Untuk pengetahuan kau, Ahad ni giliran aku bercuti so kau memang automatik turun padang," sambungnya juga dengan senyuman.

"Haih," Serena menghela nafas berat. "Yelah. Apa yang aku harapkan?"

"Aww that's my girl," kata Hestia sambil mengenyitkan matanya.

"Eww- Argh-!"

Hestia terus melompat ke pangkuan Serena sebelum rambut gadis itu diusapnya lembut. Serena yang sedang dipeluk erat itu hanya tercegat. Bukan kali pertama kawan baiknya itu berkelakuan sedemikian.

"I'm glad you're alive," ucap Hestia perlahan.

"Hm, yeah," balas Serena sebelum dia menepuk-nepuk belakang Hestia.

"Jadi ahad ni bolehlah-"

"Tak."

"... Haih."

Hestia tersenyum puas sebelum dia meleraikan pelukannya.

𝐀𝐝𝐨𝐫𝐞 𝐘𝐨𝐮, 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 Where stories live. Discover now