1 5

125 13 2
                                    

Serena kini berada di luar kawasan tangga kecemasan. Anak matanya mencari-cari di mana lif berada sebelum dia perlahan-lahan melangkah ke hadapan. Serena memegang penumbuknya yang terluka akibat perlawanan tadi. Bila difikirkan semula, dah sebulan dia tak berlawan. Pergerakkannya tadi agak perlahan berbanding sebelumnya.

"Apasal tempat ni luas sangat ah? Mana lif tadi?" kata Serena yang masih sibuk mencari lif.

Sudah beberapa minit berlalu sejak gadis itu cuba mencari jalan keluar. Nak cari lif pun susah, inikan pula jalan keluar dari situ? Tabah jelah, Serena. Dia terus melangkah dan melangkah sehingga entah kat mana. Setiap pintu yang dia nampak terus dia masuk tanpa fikir dua kali, sehinggalah satu suara yang tidak asing baginya kedengaran.

"Princess?"

Serena yang cukup mengenali suara itu terus menoleh ke belakang. Matanya membulat melihat jejaka itu.

"Fley Axce Ayrnight?" katanya dengan riak wajah terkejut. "Kau buat apa kat sini?"

Fley memandang ke arahnya sebelum dia perlahan-lahan berjalan mendekatinya. "Patutnya aku yang tanya kau soalan tu, Princess."

Fley berhenti melangkah namun jarak diantara mereka cukup dekat. Dekat sehingga Serena dapat melihat iris mata Fley dengan jelas. Tangan kiri lelaki itu pula tiba-tiba berada di sampingnya, secara tidak sengaja menguncinya di antara dinding.

"... Kau dah kenapa?" soal Serena perlahan. Dia tidak dapat bergerak dari posisinya yang sekarang. Di belakang ada pintu, di sampingnya pula ada tangan manusia ni. Dirinya seakan-akan telah terkunci sepenuhnya. Situasi macam apa ni !?

"Kau—"

Belum sempat Serena menyambung ayatnya, Fley tiba-tiba memusingkan tombol pintu itu, menyebabkan Serena dengan tidak sengaja terundur ke belakang. Secara refleks, Serena terus memaut lengan lelaki itu agar dia tidak terjatuh. Tubuhnya diseimbangkan semula.

Serena menyedari tindakannya dan dia masih sedang memaut lengan lelaki itu. Dengan pantas Serena menarik semula tangannya daripada Fley. Untuk seketika, Serena terkedu. Anak mata mereka yang saling bertemu membuatkan jantungnya berdegup kencang. Perasaan apa ni?

"Kau... baru lepas bunuh orang eh?" kata jejaka itu sambil menikam anak mata Serena.

Serena masih terdiam. Raut wajah tenang cuba dikekalkan. Apa ni? Ia bukan seperti tiada siapa yang pernah bertanya soalan itu kepadanya, jadi mengapa? Kenapa mulut ni tak nak terbuka? Lidahnya terkelu. Wajah lelaki itu hanya ditatapnya tanpa kata.

"Kau pekak? Aku tanya tu jawab," ujar Fley lagi. Serena masih terdiam.

"You really deaf, huh? Princess, talk to me," kata Fley separa berbisik ke telinga gadis itu.

Membulat mata Serena dibuatnya. Secara alami, Serena mencapai pisau lipat miliknya sebelum terus dihayunkan ke arah Fley. Hampir saja pisau itu mengenai wajah lelaki itu, untung saja Fley sempat menahan tangan Serena.

"Kau cuba bunuh aku pula sekarang?" kata Fley yang sedang elok menggenggam kuat lengan gadis itu.

Sebelah keningnya terangkat. Serena kemudiannya cuba menarik lengannya daripada genggaman Fley, namun usahanya gagal. Kekuatan lelaki itu sudah tentunya berganda lebih kuat darinya. Serena hanya mengetap bibir.

"Kau lupa yang aku juga seorang pembunuh," Fley berhenti seketika.

"Serang aku secara dekat macam ni bukan langkah yang bijak," sambungnya. Weh, apasal budak Fley ni tiba-tiba serius ah?

"Lepas," balas Serena mendatar. Walaupun kata-kata Fley itu benar, Serena tetap mengerutkan dahinya.

"Lepas pisau tu dulu," balas Fley. Serena nak tak nak terus melepaskan pisau di tanganya.

𝐀𝐝𝐨𝐫𝐞 𝐘𝐨𝐮, 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 Where stories live. Discover now