4 1

57 10 0
                                    

Fley dan Serena tidak lagi berjalan seiring. Kini mereka berjauhan demi keselamatan masing-masing. Berada dekat dengan satu sama lain agak berisiko memandangkan Serena juga menolak untuk membunuh sesiapa. Not to mention but Serena is a strong person. Saja nak ingatkan korang.

Dengan raut wajah tenang ditayangkan, Fley meneliti sekeliling ruangan itu. Perlu dia ingatkan dirinya agar tidak membunuh sesiapa dek kata-kata isterinya. Walaupun sebenarnya dia mampu membunuh sesiapa sahaja di dalam bilik itu. Itupun kalau budak Fley ini mampu menahan diri.

Fley menarik nafas panjang dan mula menganalisis keadaan. Pemburuan bermula. Segenap ruangan itu diamatinya, namun masih tidak ada tanda-tanda hantu itu ingin menunjukkan diri. Oleh kerana itu, Fley memulakan langkah terlebih dahulu. Tin kosong yang kebetulan dia capai terus saja dicampakkan secara rawak.

BANG!

Baru sahaja dia mencampakkan tin itu, bunyi tembakan terus bergetar di halwa telinganya. Motif Fley mencampak tin kosong itu adalah untuk memastikan bahawa orang yang cuba membunuhnya masih berada di situ. Tekaannya benar.

Bunyi tapak kaki mula kedengaran, kuat dan semakin mendekat. Bunyi tapak kaki itu kedengaran seperti detik jam. Perlahan dan berirama. Demikian hal itu mengujakan lagi dirinya. Cukup dia teruja untuk tahu manusia mana yang berani bermain api dengannya.

BANG!

Fley masih tenang di posisi memandangkan lokasi sebenar orang itu belum pasti.

BANG! BANG!

Dua lagi das tembakan dilepaskan. Ternyata hantu itu juga sedang mencari di mana keberadaan jejaka itu.

"Heh? Jadi kau memang niat nak bunuh aku eh?" ucap Fley sambil melirik sekilas ke arah bunyi tembakan tadi.

Fley kemudian menghalakan pistolnya ke almari di ruangan itu. Satu das tembakan dilepaskan olehnya menyebabkan almari itu patah dan roboh. Sekali lagi, orang tadi menembak ke arah yang sama. Sengaja Fley berbuat demikian untuk memancing sang pembunuh.

"Oh? Dekat sana eh?" sekarang Fley cukup yakin di mana keberadaan hantu itu. Pembetulan, manusia bertopengkan hantu itu.

"Woi anjing! Aku dekat sinilah!" jerit Fley bersahaja. Sengaja.

BANG! BANG! BANG!

Tiga das tembakan ditujukan kepadanya. Tempat persembunyian Fley kini diketahui oleh hantu itu. Perlahan-lahan hantu itu membuka langkah menuju ke arahnya dan voilà...!

Tidak ada sesiapa di situ.

Jangankan manusia, inikan debu pun tidak terlihat. Aik? Jadi mana perginya jejaka itu tadi?

"Alhamdulillah. Sekarang kau dah boleh mengucap. Malaikat dah panggil," bisik satu suara garau. Terselit gelak sinis pada nadanya.

Tersentak hantu itu dibuatnya. Sekejap. Siapa sebenarnya yang tengah jadi hantu sekarang ini? Bukankah Fley ialah mangsa yang diburunya? Apasal tiba-tiba role diorang berubah ini? Kelihatan seperti Fley pula yang sedang menghantuinya. Dan entah kenapa, tetapi senyuman sinis Fley cukup menggerunkan.

Perasaan terkejut dan takut melanda dirinya. Akibat terpengaruh dengan emosi, hantu itu dengan sedaya upaya cuba melarikan diri dari jejaka itu. Namun sudah tentu Fley lebih pantas. Hantu itu tiada tandingan jika dibandingkan dengan kepantasan dan ketangkasan Fley.

Jejaka itu kemudiannya melompat ke hadapan hantu itu. Jarak antara mereka dihadkan. Tubuh hantu itu dipusingkan dan dengan sekelip mata, lengannya dikuncinya agar dia tidak dapat melarikan diri. Baru sahaja Fley hendak menghabisi nyawanya, terimbas pula kata-kata isterinya beberapa minit lalu.

𝐀𝐝𝐨𝐫𝐞 𝐘𝐨𝐮, 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 Where stories live. Discover now