1 : Nice to meet you

4.4K 83 1
                                    

**

"How's school?" Tanya Tuan Tay yang sedang menyedok makanan ke pinggannya. Sekarang dia sedang menikmati makan malam bersama kedua anak bujangnya. Phuwin dan Gemini.

"Good"

"Great"

Jawab kedua anak bujangnya. Biasalah lelaki, singkat dan padat. Tuan Tay hanya menganggukkan kepalanya. Hanya bunyi sudu dan pinggan berlaga antara satu sama lain, senyap sunyi.

Beginilah keluarga Tay, semenjak kematian isterinya 4 tahun yang lepas. Suasa rumah mulai berubah menjadi senyap sunyi dan suram, tiada penyeri rumah. Masing masing sibuk dengan urusan sendiri. Phuwin yang mulai sibuk dengan organisasinya kerana dia telah berada di tahun terakhir persekolahan dan Gemini sibuk dengan kelab bola sepaknya.

Tuan Tay memiliki empat buah perusahaan dan dua buah gudang baju terbesar internasional serta lokal. Phuwin juga memiliki 1 brand baju tersendiri yang diberi nama Prince Freak. Gemini pula memiliki 1 studio muzik khas atas namanya, studio private itu digunakan untuk mengisi masa lapangnya.

"Esok daddy ada urusan di Japan, anyone nak ikut?" Phuwin dan adiknya Gemini menggelengkan kepala tanda tidak mahu.

"Alright, lepas makan terus tidur ye semua" Tuan Tay yang sudah siap menyantap makanannya itu bangun dari meja makan dan meninggalkan kedua orang anak bujangnya.

"What the hell kenapa jadi awkward macam tu sial" Gemini ketawa perlahan, Phuwin hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Bang esok aku latihan bola, kau tolong carikan Pond boleh tak?" Tanya Gemini meminta bantuan si sulung.

"Siapa Pond and kenapa nak cari dia?" Tanya Phuwin sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Pond lah ketua basket angkatan atas yang hensem tu, aku nak borang masuk kelab basket" Phuwin memandang Gemini lama. Aik sejak bila pulak nak tukar interest ni.

"What do you mean nak masuk kelab basket? kau dah masuk kelab bola sepak kan Gem?" Gemini menggaru lehernya tidak gatal.

"Itu luar sekolah bukan dalam sekolah gila, aduh banyak tanya lah mamat ni kau mintak kan je lah" Gemini menendang kaki Phuwin dari bawah meja. Phuwin mengaduh sakit dan membaling sudu ke muka adiknya.

"Ye lah aku mintak kan!" Phuwin bangun dan menjeling Gemini yang sedang tergelak sakan mengusik abangnya itu.

-----

"Dunk, kau kenal Pond tak?" Dunk yang sedang kusyuk mendengar cikgu sejarah mengajar di depan diganggu oleh Phuwin.

"Kenal lah dia tu orang penting sekolah kita kot" Phuwin mengulingkan matanya tanda tidak suka. Orang penting konon, puih!

"Teman aku cari dia" Dunk hanya mengangguk lalu menyuruh Phuwin untuk fokus ke hadapan. Tiba tiba seseorang mengetuk pintu hadapan kelas.

"Maaf tapi saya nak jumpa dengan Phuwin boleh?" Phuwin dan Dunk memandang kepada empunya suara.

"Nah tak payah cari dia dah datang sendiri. Bak kata pepatah seperti ikan pulang ke lubuk" Ucap Dunk sengaja mengusik kawannya itu. Phuwin bangun dan berjalan ke luar kelas.

"Maaf ya ganggu, nama saya Pond and kereta awak ter block motor saya lah. Saya nak mintak awak alihkan kereta boleh tak? saya urgent nak pergi tournament" Ucap Pond panjang lebar, Phuwin hanya menganggukkan kepalanya lalu berjalan seiring dengan Pond.

Betul lah kata Gemini. Hensem.

"Sorry aku lupa nak alihkan kereta lepas drop adik aku tadi" Phuwin mengeluarkan kunci kereta dari poketnya dan berjalan masuk ke dalam kereta.

"It's okay i don't mind" Pond mula menghidupkan motornyanya dan keluar dari parking setelah Phuwin mengalihkan keretanya.

Kereta berjenama bmw berwarna putih itu mulai memakirkan keretanya di bawah pokok. Pond membawa motornya mendekat ke kereta Phuwin.

"Thanks alot ya, Phuwin" Phuwin hanya tersenyum manis dan melihat motor milik Pond mulai meninggalkan kawasan sekolah

"Shit, lupa nak mintak borang!" Phuwin mengetuk kepalanya kuat lalu menendang dedaun yang sudah gugur ke tanah. Dasar pelupa.
.
.
.
.
.
.
.
"Kau mintak ke tak borangnya?" Tanya Dunk setiba sahaja Phuwin duduk kembali di mejanya. Phuwin menggelengkan kepalanya lalu mendengus kasar.

"Aku lupa.." Dunk hanya ketawa perlahan, dah biasa dengan perangai pelupa sahabatnya itu.

"Eh kau tau tak dorang pergi tournament apa?" Tanya Phuwin. Dunk memandang sahabatnya itu atas bawah tanda tidak percaya dengan soalan yang dilemparkan oleh Phuwin.

"Pergi tournament bola sepak" Jawab Dunk lalu memukul kepala Phuwin kuat

"Pergi tournament basket lah bodoh, dia kan ketua koku basket!" Mahu saja Dunk memberi satu lagi tamparan kuat kat muka si Phuwin ni, ada ada je soalan bodoh tiap hari.

"Ish aku tanya je kan" Tiba tiba lonceng berbunyi menandakan sudah masuk waktu rehat. Mereka mulai bergegas mengemas barang dan keluar dari kelas

Suasana mulai sesak kerana murid angkatan atas mulai keluar berpusu-pusu untuk ke kantin. Dunk dan Phuwin yang sedang berjalan itu asyik berlaga bahu dengan orang yang berlari kesana kesini

"Rimasnya" Dunk menghentakkan kakinya tanda protes melihat ruangan kantin yang penuh dengan manusia kelaparan.

"Dunk, kau belilah dulu apa apa. Aku nak ke tandas" Dunk hanya mengangguk lalu Phuwin berjalan meninggalkan Dunk untuk ke tandas.

Setiba sahaja di tandas, dia mulai mendengar desahan kuat dari dalam tandas.

Ah Forgot to mention, Phuwin menjawat jawatan sebagai ketua pengawas tahun ini. Tugas dia minggu ini adalah rounding sekolah sebelum pulang ke rumah.

Back to the story, Phuwin yang mendengar desahan dari dalam tandas itu cuba melangkahkan kakinya perlahan lahan. Dia melihat pintu tandas hujung yang terkatup rapat itu bergegar.

"Dekat sekolah pun jadi?" Padahal ni all boys school. Phuwin tidak kisah tentang itu kerana percintaan sesama jenis dianggap normal pada waktu kini tapi seriously? kat sekolah?

Dia berdiri tepat di depan pintu. Sebelum sahaja dia mengetuk pintu itu, pintu tandas tadi terbuka dan terpapanglah wajah 2 manusia dari sebalik pintu tersebut. Ditangkap basah begitu sahaja.

"You guys two, ikut aku ke ruangan pengawas" Pucat lesi wajah kedua orang tersebut. Phuwin jalan mendahului Mereka berdua dan menunggu di depan tandas untuk memastikan mereka tidak lari

[ BL ] HEART SHAKER | PONDPHUWIN ✔Where stories live. Discover now