3 : Thank you

1.6K 47 0
                                    

"So that's the story" Phuwin dan Dunk menganggukkan kepala mereka setelah mendengar cerita yang diceritakan oleh Pond. Mereka memberi Pond sehelai kertas yang berisi biodata dan rekod Nine.

"Aku dengar kau ada reject budak ni dari masuk kelab kau?" Pond mengerutkan dahinya. Cuba mengingat kembali sejak bila dia reject orang.

"Aku rasa yang urus benda ni Joong. Aku lantik dia jadi penolong angkatan basket 2 bulan lepas" Mendengar jawapan Pond. Phuwin dan Dunk memandang satu sama lain.

"Aku rasa aku dah tau kenapa" Phuwin memandang Pond lama. Pond meminta lelaki yang ada dihadapannya itu untuk memperjelaskan maksudnya.

"Nine print out rekod dan biodata Joong yang baru sebab Joong reject dia dari kelab basket" Pond menepuk dahinya kuat.

"Itu je?" Phuwin mengangguk lalu terkekeh perlahan. Tidak sia sia dia stress tadi, akhirnya jumpa pun jawapan walaupun tak munasabah.

"Joong ada kat sekolah lagi?" Tanya Phuwin.

"Ada kot, sekejap saya call dia" Ucap Pond lalu mengeluarkan telefon bimbit miliknya untuk menelfon kawannya itu.

Setelah 15 minit menunggu akhir terpampanglah wajah Joong di ruangan tersebut. Mukanya memerah mungkin masih sedang marah.

"I'm sorry Joong, Pond dah cerita semuanya tadi and aku tarik balik kau punya hukuman. You're free now" Ucap Phuwin. Joong yang mendengar itu terus memeluk Phuwin kuat.

"Thank you Phuwin" Joong melompat lompat kegirangan mendapat tahu hukumannya ditarik. Dia boleh join tournament basket lagi.

Dunk yang ada disebelah Phuwin ternganga. Apa budak ni buat.

"Woi" Dunk menolak Joong jauh dari Phuwin, Joong baru sedar kelakuannya itu menggaru lehernya yang tidak gatal

"Hehe thank you lagi sekali Phuwin!!" Joong terlompat lompat keluar dari ruangan pengawas. Dia dah boleh balik dengan tenang.

Setelah hampir 30 minit masing masing sibuk mengemas barang di ruang pengawas. Phuwin tiba tiba teringat mahu meminta Pond borang koku sebelum pulang ke rumah.

"Hmm Pond.." Panggil Phuwin, Pond yang sedang menolong Dunk mengemas kembali kertas rekod pelajar tadi mendongak memandang Phuwin.

"Aku nak borang koku basket boleh?" Pond terdiam lama lalu menganggukkan kepalanya.

"Nanti sebelum kau balik, kau datang la stor basket. Aku ada kat sana" Phuwin tersenyum manis lalu menolong Dunk dan Pond mengemas kertas tersebut
.
.
.
.
.
.
"Gemini!" Phuwin berjalan ke bilik adiknya yang berada di tingkat 2 sambil menjerit memanggil adik lelakinya itu.

"Norawit Vihokratana keluar cepat!" Phuwin mengetuk kuat pintu bilik tersebut.

"Apa kau nak gila?" Dedaun pintu dibuka kasar oleh Gemini. Dia sungguh kepenatan gara gara baru habis training bola sepak.

"Nah borang" Terus bersinar sinar mata Gemini melihat borang yang ada ditangan Phuwin, abangnya itu.

"NO WAYYY" Gemini tersengih sengih seperti kerang busuk. Apatah yang suka sangat. Phuwin meninggalkan adiknya yang masih tersengih sambil memeluk borang koku basket tersebut.

"Gila agaknya budak ni" Phuwin berjalan masuk ke biliknya lalu dia membuka baju dan gantung baju tersebut di belakang pintu. Ketika dia ingin menggapai tuala mandi tiba tiba satu notifikasi masuk dari aplikasi Instagram.

ppnaravit started following you.

Phuwin terdiam. Pond? dah kenapa pulak mamat ni follow dia. Dengan sepantas kilat Phuwin membuka aplikasi instagram dan menekan akaun instagram milik Pond.

Terpapar 10 keping gambar yang diupload oleh Pond. Phuwin melihat gambar gambar tersebut satu persatu. Tanpa dia sedari, satu senyum terlakar di bibirnya.

Hensem. Itu yang ada di otak Phuwin sekarang.

"Nak followback ke tak nak?" Phuwin malas mahu memikirkan hal itu sekarang meletakkan kembali telefonnya dan berjalan ke bilik air. Badannya sudah melekit dan dia mahu membersihkan diri.

Semasa Phuwin sedang mandi tiba tiba satu lagi notifikasi masuk.

Ya siapa lagi kalau bukan dari Pond Naravit.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[ BL ] HEART SHAKER | PONDPHUWIN ✔Where stories live. Discover now