Cahaya matahari mencerahi bilik Phuwin dan Pond. Phuwin membuka matanya lalu dia merasakan sesuatu benda di atas badanya.
Tangan Pond sedang melingkari pinggang ramping miliknya. Phuwin menelan air liurnya kelat lalu perlahan lahan cuba mengalihkan tangan milik Pond tiba tiba Pond cuba mengeratkan lagi pelukannya.
"Pond..." Phuwin menepuk nepuk tangan Pond supaya mengalihkan tangannya. Pond hanya berdiam diri sahaja.
"Shh.. masih pagi Phuwin, go to sleep" Kata Pond dengan suara yang berat. Terdiam Phuwin dibuatnya, suara milik Pond tadi benar benar agak mengejutkannya.
"Pond.." Pond makin mengeratkan lagi pelukan sehingga Phuwin menjadi pasrah dan membiarkan dirinya di dalam pelukan Pond.
Entah kenapa Phuwin sikit pun tidak berasa marah dengan Pond dan dia sungguh selesa didalam dakapan Pond. Tangan kekar milik Pond melingkar ke pinggangnya dan hembusan nafas Pond terkena pada lehernya. Phuwin tidur membelakangi Pond jadi dia dapat merasa hembusan nafas milik Pond.
"Kau wangi lah" Terkejut Phuwin mendengar suara berat milik Pond menyapa di telinganya. Pond mencium leher Phuwin membuatkan Phuwin geli sendiri.
"Ish kau kenapa cium cium akuu.." Phuwin menolak tangan Pond lalu cuba melepaskan badannya dari pelukan tersebut lalu menjauhi Pond yang tersengih seperti kerang busuk.
"Kau wangi sangat" Phuwin membaling bantal ke muka Pond lalu bangun untuk mandi dan bersarapan bersama kawan kawannya di bawah.
"Kau.. pahal kau peluk peluk aku eh?" Tanya Phuwin sambil berjalan mengapai tuala yang ada dibelakang pintu. Pond hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"Sengaja" Phuwin mengulingkan matanya lalu berjalan masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Pond yang melihat kelibat Phuwin menghilang hanya tersenyum teringat wajah manis Phuwin yang sedang tertidur pulas.
Dia menyerabutkan rambutnya lalu membalikkan badannya dan menjerit perlahan.
"Ahhh comelnyaaaa!"
➖➖📸➖➖
"Good morning Phuwin" Sapa Winny yang sedang makan nasi goreng yang digoreng oleh Dunk. Dunk yang sedang menyedok makanan itu melihat Phuwin yang sedang turuni anak tangga bersama Pond dibelakang.
"Ahh turun pun pasangan kita.." Ucap Dunk lalu tersengih memandang Phuwin yang membeliakkan anak matanya. Phuwin memaki Dunk perlahan lalu duduk dimeja makan bersebelahan dengan Mark.
"Mark semalam tidur bising gila sia" Mark yang sedang makan itu hanya tersengih mendengar ucapan Nanon.
"Aku kat sebelah pun dengar dia berdengkur. Macam enjin lori sampah" Sambung Book. Mark menjeling Book lalu menyambung menyantap makanannya. Phuwin dan Pond hanya tergelak sahaja mendengar pergaduhan kecil tersebut.
"Habistu kau ingat kau tidur senyap ke? tidur buas macam beruang" Jawab Mark cuba mempertahankan dirinya dari dibalas dengan jelingan pedas dari Nanon.
"Aku kan prince mesti lah tidur ala ala bangsawan" Kepala Nanon ditunjal kuat oleh Mark membuatkan dia hampir tersedak nasi goreng. Tangan Nanon laju saja mencubit peha Mark yang beralaskan seluar jeans.
"Pond, aku dengar Fourth kaki dia dah elok. Boleh dah kot suruh dia masuk balik kumpulan dia" Joong yang entah dari mana datang tiba tiba duduk di hadapan Pond sambil menunjuk sesuatu dari telefonnya.
Pond hanya mengangguk lalu memakan nasi goreng yang baru sahaja diambil oleh Dunk untuknya.
"Fourth yang budak basket cedera 3 bulan lepas tu ke?" Tanya Phuwin ke Joong. Joong hanya mengangguk lalu menunjukkan gambar Fourth ke Phuwin.
YOU ARE READING
[ BL ] HEART SHAKER | PONDPHUWIN ✔
FanfictionPhuwin yang jatuh hati kepada abang seniornya iaitu Pond Naravit yang dikenali sebagai ketua tim basketball Happy reading! HOMOPHOBIC DNI (n.) slow update 2 june 2023 26 June 2023