10 : I'm sorry

1.2K 37 3
                                    

Sejak kejadian 5 hari lepas, hubungan Pond dan Phuwin semakin akrab bukan sebagai kawan tapi sebagai pasangan kekasih. Entahlah kenapa semuanya terjadi begitu cepat tapi Phuwin tahu dia boleh mempercayai Pond.

"Good morning, muffin" Pagi ini Pond menjemput Phuwin untuk pergi ke sekolah bersamanya. Phuwin masuk ke dalam kereta dan memasang tali pinggang

"Good morning, Nara" Pond mulai membawa keretanya membelah jalan raya, Phuwin tidak berhenti memandang Pond yang sedang membawa kereta itu sampai membuatkan Pond jadi malu sendiri.

"Jangan pandang saya macam tu Phuwin" Pond menolak wajah Phuwin menyuruh kekasihnya itu memandang tempat lain.

"Ish janganla.. Saya tengah menikmati anugerah tuhan" Pond tergelak lalu mencubit hidung Phuwin. Ada ada je si Phuwin ni.

"Awak nak breakfast dulu ke muffin?" Phuwin yang mendengar soalan Pond itu baru teringat tentang sesuatu dia cuba mengeluarkan sesuatu dari beg sekolahnya. Pond yang sedang memandu itu curi curi memandang Phuwin yang sedang sibuk membongkar begnya.

"Saya bawakkan awak bekal.. sandwich!!" Ucap Phuwin teruja sambil membuka penutup bekal dan menunjukkannya pada Pond sandwich yang dia buat, Pond tersenyum lalu mengusap lembut kepala Phuwin.

Ini sebenarnya rasa ada seseorang yang peduli dengan kita.

"Thank you muffin, nanti waktu rehat lepas training basket saya makan ye?" Jawab Pond sambil tersenyum manis memamerkan giginya.

"Awak tahu tak harini saya ada meeting dengan Sir Earth and pasukan sistem baharu" Phuwin cemberut, dia tidak mahu bertemu dengan Patrick yang menjengkelkan itu.

"Awak nak saya teman ke? saya boleh suruh Joong uruskan training basket" Cadang Pond lalu cepat cepat Phuwin menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu menganggu urusan kekasihnya itu.

"No need lah bub , awak training je dengan budak basket. Saya boleh sorang sorang lagi pun ada Dunk kat sana" Pond sedikit lega. Sebenarnya tadi dia takut sikit takut kalau Patrick akan menganggu Phuwin.

"Awak turunkan saya kat sini je Nara, blok awak jauh tau kalau awak parking kat sana lepastu nak hantar saya jalan sampai sini" Suruh Phuwin. Pond yang mendengarkan itu memakirkan keretanya di blok tingkatan atas lalu membuka kunci pintu kereta.

Phuwin turun dari kereta dan berlari ke pintu Pond, Pond menurunkan tingkapnya lalu satu ciuman di pipi Pond diberikan oleh Phuwin.

"Thank you bub" Kata Phuwin lalu berlari naik ke kelasnya, Pond yang sedikit terkejut itu terdiam sekejap.

"Gosh.." Pond memegang dadanya yang berdegup laju lalu menekup mukanya yang memerah akibat dicium Phuwin tadi.

"I love Phuwin so much, god please he's so cute"

➖➖🐈➖➖

"Kau dah kenapa dari tadi tersengih sengih ni Pond" Tegur Joong. Dari tadi dia perhati si Pond ni asyik tersengih macam orang gila. Risau pulak dia.

"Bang dia tengah mabuk bercinta" Tegur Fourth yang sedang menukar baju di dalam bilik persalinan baju tersebut.

"I like shiny things but i'd marry you with paper rings uh-huh.. thats right!!" Nyanyi Pond sambil tersengih sengih di hadapan lockernya. Gemini yang ingin memasuki bilik persalinan tersebut tercengang di depan pintu diikuti dibelakangnya Barcode dan Satang.

"Abang Pond tu pahal" Bisik Barcode ke telinga Gemini. Gemini mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu. Mereka bertiga agak tergamam melihat Pond terlompat lompat dan tersengih seperti orang gila.

[ BL ] Heart Shaker | PondPhuwin ✔Where stories live. Discover now