"Morning Louis" Pond yang sudah bersiap memakai baju sekolah dan sedang memasak sarapan untuk adiknya Louis yang baru sahaja keluar dari bilik mandi.
"Morning bang" Hari ini hari pertama Louis akan bersekolah di Edgar Highschool. Semuanya sudah diuruskan Phuwin jadi Louis tinggal hadir ke sekolah sahaja.
Louis akan satu kelas bersama dengan Gemini, Fourth, Satang dan Barcode.
"Makan ni dulu lepastu siap siap" Pond memberikan pinggan yang berisi telur dan roti bakar disapu dengan jem strawberry. Mereka berdua menyantap makanan dan bergegas ke sekolah.
Sesudah sampai disana. Louis disambut ramah oleh Gemini dan Satang. Mereka berdua menunjukkan kawasan sekolah jadi Pond tidak perlu bersusah payah dan membiarkan Louis dengan Gemini dan Satang.
"Abang Pond..biar kitaorang yang bawak Louis pusing satu sekolah" Kata Satang lalu Pond bersetuju dan meninggalkan Louis lalu pergi mencari kekasihnya Phuwin
Matanya melilau mencari Phuwin lalu menemukan sosok Phuwin di kantin bersama Dunk dan Joong.
"Wah korang sedap eh makan kat sini" Dunk dan Joong sedikit terkejut kerana Pond menepuk bahu mereka kuat dari belakang.
"Bodoh, terkejut aku sial!" Marah Joong sambil mengusap dadanya.
"Awak dari mana?" Tanya Phuwin lalu Pond berjalan duduk di sebelah kerusi Phuwin yang masih kosong.
"Hantar Louis jumpa Gemini" Phuwin menganggukkan kepalanya.
Tiba tiba Patrick datang menghampiri meja dimana Phuwin, Pond, Joong dan Dunk berada.
"Hello, good morning" Sapa Patrick.
"Morning" Jawab Phuwin acuh tak acuh.
"I nak jumpa You lepas ni, ada benda nak bincang" Kata Patrick.
"Bincang kat sini je boleh tak? lepas ni aku busy lah" Jawab Phuwin. Tangan Pond dari bawah meja memegang peha Phuwin untuk menenangkan kekasihnya.
Dunk pula hanya memandang Patrick tidak puas hati.
"Apa yang You susah sangat nak jumpa I? You ada masalah dengan I ke?" Tanya Patrick sambil menyilangkan tangannya di dada.
"Kau tu yang bermasalah, idiot" Marah Dunk.
"Kau tak payah sibuk, ni urusan aku dengan Phuwin!" Tengking Patrick pada Dunk. Joong yang melihat Dunk ditengking oleh Patrick terus bangun dan menarik kolar baju Patrick lalu menariknya dengan kuat.
"Sebelum aku pecah kan muka kau kat sini baik kau blah" Kata Joong tepat di muka Patrick lalu melepaskan kolar baju Patrick. Lelaki itu agak tercekik lalu terbatuk sedikit lalu membetul kan bajunya yang agak ronyok.
"Bukan main kau back up Dunk..dah jadi one of your slave ke?" Kata Patrick lalu tersenyum sinis memandang Joong yang berdiri di hadapannya.
Belum sempat Joong menghayunkan penumbuk. Phuwin sempat menahan tangan Joong dan menolak Joong kebelakang.
"Kau!" Phuwin menunjukkan jari telunjuknya tepat pada muka Patrick
"Ikut aku" Phuwin berjalan meninggalkan kawasan kantin dan berjalan ke ruangan pengawas. Patrick memberikan senyuman mengejek pada Joong, Pond dan Dunk.
"Jantan tu memang perangai macam sial ke?" Marah Joong. Pond hanya mendengus kasar lalu berjalan mengikuti Patrick dan Phuwin ke ruangan pengawas.
Belum sempat dia masuk ke dalam ruangan tersebut dia mendengar perbualan antara Phuwin dan Patrick dari luar pintu. Telinganya didekatkan pada pintu supaya perbualan dapat didengar dengan jelas.
YOU ARE READING
[ BL ] HEART SHAKER | PONDPHUWIN ✔
FanfictionPhuwin yang jatuh hati kepada abang seniornya iaitu Pond Naravit yang dikenali sebagai ketua tim basketball Happy reading! HOMOPHOBIC DNI (n.) slow update 2 june 2023 26 June 2023