"Sekarang bagitahu saya kenapa awak nangis tadi" Sekarang Phuwin berada dalam kereta Pond. Sehabis sahaja latihan basket, Pond terus membawa Phuwin ke keretanya. Dia tidak tenang kerana kejadian yang terjadi tadi.
"Patrick mengumpat awak lepastu saya pukul lah muka dia..Saya tak suka dia cakap bukan bukan pasal awak" Phuwin memeluk lengan Pond sambil menggeselkan kepalanya ala ala kucing.
"Good job muffin lain kali awak pukul je dia kalau dia buat awak marah" Phuwin tergelak lalu memukul lengan Pond perlahan. Ingatkan nak risau rupanya dia support pulak.
"Sandwich yang awak buat tu saya tak makan lagi, nak makan sama sama tak?" Pond mengeluarkan bekal yang ada di dalam begnya lalu membuka penutup bekal tersebut.
terlihat 2 sandwich masih belum disentuh. Pond mengeluarkan satu dan memberikannya pada Phuwin dan lagi satu dia akan memakannya.
"Sedapnyaaa" Tersenyum Phuwin dibuatnya walaupun ianya cuma pujian untuk sandwich biasa tapi cukup buat Phuwin tersengih sampai besok pagi.
"Lepas habis ni awak nak pergi minum boba milk tea tak? Your favourite" bersetuju dan mereka berdua mulai menuju mall berdekatan dengan arah rumah mereka berdua.
Phuwin dan Pond berjalan sambil memegang tangan erat, mereka tidak heran apa yang orang sekeliling mereka cakap dan hanya membuat hal mereka.
"Boba milk tea dua please.." Ucap Pond sambil beratur manakala Phuwin sedang membelek pakaian di kedai sebelah tiba tiba seseorang menegur Phuwin.
"Phuwin." Sapa seseorang datar, Phuwin memusingkan badannya dan terlihat Tuan Tay dengan seorang lelaki membeli belah di mall tersebut.
"Eh daddy buat apa kat sini" Tanya Phuwin kekok, Pond yang nampak keadaan itu terus berjalan ke arah Phuwin.
"Siapa ni?" Tanya Pond.
"Daddy saya" Mendengar itu Pond terus menundukkan badannya dan menyalam tangan Tuan Tay.
"Dad ini Nara and Nara ini daddy saya" Pond hanya tersenyum dan Tuan Tay tidak berhenti memandang Pond atas bawah.
"You jangan pandang Nara macam tu, dia tak selesa lah" Tangan Tuan Tay dipukul perlahan dengan lelaki yang ada disebelahnya. Phuwin yang melihat itu agak terkejut kerana beraninya dia bergurau senda dengan ayahnya.
"Phuwin balik.. ada benda daddy nak cakap dengan kamu. Bawa Nara sekali" Phuwin menganggukkan kepalanya perlahan lalu Tuan Tay berjalan bersama lelaki tadi meninggalkan tempat tersebut
➖➖🐱➖➖
"Ini New.. daddy kenal dia masa di Amerika 1 tahun lepas dan daddy dah decide nak kahwin dengan dia bulan depan" Baru je sampai rumah dah bagai dihempap batu yang berat Phuwin hanya melongo mendengar keputusan ayahnya itu.
"Hah??" Gemini yang ada disebelah Pond itu turut melongo.
Dah kenapa pulak ayahnya tiba tiba membuat keputusan untuk menikahi seorang laki laki.
YOU ARE READING
[ BL ] HEART SHAKER | PONDPHUWIN ✔
FanfictionPhuwin yang jatuh hati kepada abang seniornya iaitu Pond Naravit yang dikenali sebagai ketua tim basketball Happy reading! HOMOPHOBIC DNI (n.) slow update 2 june 2023 26 June 2023