5 : Cardigan

1.5K 44 0
                                    

PHUWIN POV

Aku turun dari grab dan berjalan melintas lebuh raya yang agak besar, hari ini aku bercadang mahu ke mall berdekatan untuk menghabiskan waktu cuti ku.

Semenjak kejadian semalam, aku sedikit pusing gara gara pembaharuan sistem yang akan bermula sehabis saja cuti penggal ini berakhir.

Aku berjalan masuk ke dalam mall, angin sejuk ac menerpa ke kulit ku. Patutnya aku mengernakan baju yang panjang dan bukanlah baju tshirt putih lengan pendek dan disamakan dengan seluar jeans pendek berwarna hitam.

Hari ini aku akan menonton wayang dan makan makanan kegemaranku, korean food!

Semasa aku berjalan ke kaunter untuk membeli tiket, aku ternampak kelibat seseorang yang aku kenal. Lama aku memandang sosok lelaki yang berdiri di hadapan ku ini.

"Pond?" Tanya ku, takut takut tersalah orang boleh buat malu. Lelaki tersebut memusingkan badannya dan ya, lelaki yang ada didepan aku itu Pond Naravit.

Riak wajah Pond terkejut melihat aku, aku hanya memberikan senyuman manis.

"Eh Phuwin" Pond memberi ku ruang untuk kedepan, dia menyuruhku berdiri di sebelahnya.

"Kau nak tengok movie apa?" Tanya Pond.

"Hoon Payon" Balas aku singkat. Pond kelihatan sedikit teruja lalu dia menunjukkan aku tiket yang ada ditangannya

"Aku pun tengok Hoon Payon" Aku bersyukur Pond membeli tiket yang sama jadi aku tak perlu rasa takut tengok sendiri.

"Okay good, aku beli tiket yang duduk sebelah dengan kau" Aku mula membeli tiket manakala Pond membeli popcorn dan air di kaunter lain.

Ini dikira date? atau um.. Aku menggelengkan kepala ku kuat. Apa yang aku fikir ni.

"Jom Phuwin" Aku menolong Pond membawa air manakala Pond membawa popcorn di tangannya. Pond memakai cardigan coklat yang agak lucu. Rambutnya yang perang itu membuatkan kulitnya menjadi lebih cerah.

"Kau warna rambut kau ye?" Tanya aku. Pond hanya mengangguk kecil dan membuka kan pintu hall cinema untuk aku.

"Masuk lah, hati hati gelap" Aku berjalan ke arah kerusi kami. Aku duduk di bahagian hujung sekali. Kami mengambil seat couple. Biar senang, tidak menganggu orang lain.

"Kau nak duduk hujung ke?" Tanya Pond lalu aku menganggukkan kepala ku dan dia memberiku ruang untuk masuk terlebih dahulu.

Setelah hampir 35 minit cerita berjalan akhirnya sampai ke kemuncak cerita, Hoon Payon benar benar membuat jantung aku laju. Pond disebelah hanya dengan muka bersahaja. Dia tidak bergerak sedikit pun ketika muncul jumpscare atau hal hal yang menakutkan.

"Kau sejuk?" Tanya Pond, aku hanya senyum sahaja. Sedikit sejuk tapi tidak apalah aku tidak kisah.

Pond tiba tiba membuka cardigannya dan memberikannya padaku.

"Pakai lah..nanti selesema susah" Suruhnya, aku hanya mengikut kemahuannya. Bau perfum maskulin milik Pond sungguh menusuk hidung. Saiz cardigannya sedikit besar dari tubuh ku.

Aku jadi hilang fokus dari tontonan movie tersebut, jantung aku berdegup kencang seakan baru habis marathon 10km.

"You good, Phu?" Tanya Pond. Dia melihat aku yang termenung dan tidak senang duduk itu mungkin sedikit khawatir dengan keadaan aku.

"Nah i'm good" Kataku, Pond hanya berdiam sahaja. Dia menggapai tanganku yang aku letakkan dia atas tempat letak tangan. Seperti terkena renjatan elektrik sekali lagi seluruh bulu roma ku berdiri.

"I hope you don't mind it, aku sejuk hehe" Aku biarkan saja pura pura tidak dengar padahal jantung aku dah jatuh sampai ke lutut.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Plot twist cerita tu serious unexpected kan?!" Tanya aku, Pond hanya bersetuju dengan aku. Sekarang kami berdua sedang beratur untuk membeli ice cream.

Pond yang sedang beratur disebelah ku tiba tiba bertanya, "Kau balik naik apa, Phu?" aku hanya diamkan diri sejenak,  "Naik grab" jawab ku.

"Kau naik aku jela, malam dah ni susah nak cari grab" Ajak Pond. Ah kalau dah ada orang nak tumpangkan aku tidak kisah, tak melayanglah duit aku malam ni.

"Sure" Selepas 10 minit beratur dan membeli ice cream sekarang kami berjalan ke kereta milik Pond. Keretanya cantik, bersih.

Mata aku melilau melihat isi kereta milik Pond tiba tiba aku ternampak lipstick dan subang yang ada di tempat letak air.

'Oh.. dah berpunya rupanya..' bisik hatiku, iyalah Pond tu hensem kot tak kan tak ada orang nak kat dia.

"Sorry bersepah sikit" Katanya, aku hanya diamkan diri sahaja dan membuangkan padangan ku ke luar tingkap. Suasana hanya senyap sunyi, entah kenapa hati aku jadi berat tiba tiba.

Pond juga hanya fokus memandu membelah jalan yang agak gelap, kami berdua hanya ditemani suara radio sahaja.

hampir 20 minit di atas jalan akhir sampai juga di rumah aku. Aku keluar dari kereta dan mengucapkan terima kasih.

"Okay Phu, see you tomorrow okay?" Ucapnya lalu melambaikan tangannya.

"Alright" Aku melihat kereta milik Pond beredar dari depan pagar rumahku. Aku menghembus nafas kasar, entah perasaan apa yang aku rasakan sekarang ni tapi jujur menganggu sangat.

'I hate this kind of feeling'

POV END

[ BL ] HEART SHAKER | PONDPHUWIN ✔Where stories live. Discover now