"Korang dua ni memang tak tahu peraturan ke?" Dua orang lelaki yang baru ditangkap basah tadi menundukkan kepala mereka. Satu sekolah tahu bahawa kalau Phuwin bukan lelaki yang senang marah tetapi sekali dia marah memang menakutkan.
Terdengar suara seorang lelaki tergesa gesa masuk ke dalam ruangan pengawas.
"Joong?!" Terlihat wajah Pond dengan peluh membasahi rambutnya. Phuwin sedikit terkejut melihat Pond disini.
"Sorry Phuwin, dia kawan saya" Phuwin mengambil buku rekod yang ada di atas meja dan melihat biodata kedua manusia yang ada dihadapannya
Joong Archen dan Nine Kornchid.
"Joong archen?" Pond menganggukkan kepalanya. Phuwin menghembuskan nafasnya kasar.
"Korang dua buat salah dan aku tak boleh nak berlembut sebab ni dah kes kedua korang buat berdasarkan rekod yang ada kat tangan aku ni" Joong menyerabutkan rambutnya kasar lalu memandang Nine yang ada disebelahnya atas bawah.
"Korang dua akan di gantung untuk 2 minggu dan Joong kau tak boleh join tournament basket untuk 2 bulan. Kau direhatkan" Mendengar hukuman yang diberi Phuwin terus sahaja Joong berjalan keluar meninggalkan ruangan pengawas.
"I'm sorry on his behalf, Phuwin" Ucap Pond lalu lari mengejar Joong. Nine yang ada disitu hanya menundukkan kepalanya.
"Nine?" Panggil Phuwin. Terlihat air mata yang mengalir di pipi Nine, Phuwin mengambil tisu lalu memberikan kepada Nine.
"I'm sorry Nine, aku tak boleh nak tolong sebab ni tugas aku" Nine hanya mengangguk lalu memberikan senyuman manis ke Phuwin. Phuwin memberi isyarat membolehkan Nine keluar dari ruangan tersebut.
Phuwin menghembuskan nafasnya kasar lalu melihat jam tangannya, sudah pukul 12 dan sudah 2 mata pelajaran juga dia tertinggal. Dia mula mengemas kertas biodata tadi dan berjalan ke kelas.
.
.
.
.
.
.
.
"Kau pergi mana sial?" Dunk cemberut kerana ditinggal Phuwin. Katanya mahu ke tandas malah sampai 2 mata perlajaran tertinggal."Ada kes tadi, Joong dengan Nine" Terbeliak mata Dunk mendengar nama Joong.
"Joong Archen?!" Phuwin terpaksa menutup mulut Dunk daripada menjerit. Phuwin mengetuk kuat kepala Dunk.
"Kau dah kenapa gila?!" Ucap Phuwin separa jerit. Mahu saja dia bangun dan meninggalkan Dunk yang masih terkejut tu.
"Kau tau tak Joong Archen tu baru je pindah sini, he's from Turkey" Phuwin pelik. Kenapa di biodatanya dia sudah menjadi penolong ketua team angkatan untuk 2 tahun.
"Kesiannya dia baru masuk dah kena gantung sekolah" Ucap Dunk. Phuwin menggelengkan kepalanya.
"Dia dah buat kes 2 kali" Dunk dan Phuwin pelik. Ada orang tukar biodata dia ke? Kenapa rekod pelajar dia teruk padahal dia baru pindah?
"Before balik kau teman aku kat ruang pengawas, aku nak tahu kenapa rekod dia teruk" Mereka berdua betul betul terfikir siapa yang mengubah rekod Joong.
"Eh tadi dia kena tangkap dengan Nine Kornchid kan?" Phuwin mengangguk lalu mengemas beg nya. Lagi 2 minit kelas mereka akan berakhir.
"Hmmm itu bukan junior kita ke?" Phuwin memandang Dunk. Tidak mengerti apa kena mengena dengan hal ini.
"Don't you find it weird sebab Nine tu budak baik tiba tiba je nak buat perangai?" Phuwin mengerut dahinya. Ha sudah apa pulak ni.
"Sial kau buat aku curious" Dunk terkekeh melihat wajah serabut Phuwin. Sengaja dia menambah api di minda Phuwin yang sedang berserabut itu.
.
.
.
.
.
.
.
"Joong kau kenapa buat macam tu?" Joong berjalan kehulur kehilir sambil menggigit kukunya. Dia sungguh berserabut sekarang."Pond kau tak percaya aku ke? aku tak buat Pond budak tu yang paksa aku!" Joong terduduk di tengah padang.
Ya. Mereka berdua sekarang ada di tengah padang bertemankan matahari yang sedang terik. Entah kenapa kaki Joong membawa mereka berdua kesini.
"Okay okay kau boleh tak cerita macam mana boleh kena tangkap dengan Phuwin?" Joong menghembuskan nafasnya kasar. Ikutkan hati dia taknak ingat lagi peristiwa tadi.
"Budak tu tarik aku masuk tandas lepastu dia cium leher aku, kau bayangkan dia raba raba aku manalah mulut aku ni nak diam. Bukan salah aku, self reflect okay" Nak tergelak Pond dibuatnya. Joong membaringkan dirinya.
"Aku tak tahu salah aku apa tapi aku benci budak tu" Ucap Joong. Pond hanya mengangguk tanda setuju.
"Sebab dia aku kena gantung sekolah dan direhatkan. Padahal dia yang salah" Pond mendengar perkataan direhatkan tadi memandang Joong sayu. Dia sudah kenal Joong sebelum ke Turkey lagi. Dia tahu betapa sukanya Joong apabila menyertai pertandingan basketball.
"Let me talk to Phuwin about this" Pond berlari ke arah ruangan pengawas. Mencari keberadaan Phuwin.
Terlihat Phuwin dan Dunk sedang menyelongkar dokumen pelajar sekolah. Pond yang melihat mereka berdua dengan keadaan kusut masai dan kertas berterabur lalu Pond memilih untuk menegur dengan perlahan
"Hey.." Phuwin memandang Pond yang berdiri di hadapannya.
"Yes?" Tanya Phuwin, terkejut melihat jejaka tersebut. Rasanya sudah habis waktu persekolahan, kenapa dia masih ada kat sini.
"Saya nak cakap dengan awak.."
"Tentang Joong.." Phuwin dan Dunk yang mendengar nama itu terus menarik Pond masuk ke ruangan dan kunci pintu bilik tersebut
"Tell us everything. Every. Single. Detail" Ucap Phuwin. Pond yang tidak mengerti apa yang berlaku itu mulai takut melihat wajah serious Phuwin
Mana pergi wajah yang manis tadi. Yang dia nampak sekarang hanyalah wajah serius dan datar Phuwin. Dunk juga terlihat menakutkan
How can dua kucing ni tiba tiba jadi manly semacam.
YOU ARE READING
[ BL ] HEART SHAKER | PONDPHUWIN ✔
FanfictionPhuwin yang jatuh hati kepada abang seniornya iaitu Pond Naravit yang dikenali sebagai ketua tim basketball Happy reading! HOMOPHOBIC DNI (n.) slow update 2 june 2023 26 June 2023