"Weh aku rasa Pond tu ada girlfriend lah" Ucap Phuwin. Phuwin dan Dunk sekarang sedang membeli belah pakaian untuk study tour mereka esok. Dunk yang mendengarkan itu memandang Phuwin kehairanan.
"Kau dah kenapa tetiba cakap pasal Pond" Phuwin tersengih, entahlah otaknya asyik memikirkan tentang Pond sahaja.
Phuwin menjinjing 2 paper bag manakala Dunk menjinjing 5 paper bag. Sekarang kita tahu siapa yang beria.. semasa dalam perjalanan pulang tiba tiba Phuwin berhenti di tengah jalan dan menarik Dunk menyorok dibelakang tiang.
Dunk terkejut dan hampir terjerit tapi sempat ditahan oleh Phuwin. Dunk memukul bahu Phuwin kuat.
"Kau dah kenapa gila?!" Tanya Dunk separa jerit. Mahu saja dia menumbuk Phuwin, nasib tak gugur jantung dia. Suka hati je tarik tarik orang.
"Shhh tu kau tengok.." Phuwin menunjuk sepasang pasangan yang sedang membeli skin care di Watson. Lelaki tersebut tersenyum manis melihat sang kekasih membeli barang manakala yang perempuan sedang membelek make up keluaran baru.
"Eh.. tu Pond kan?" Phuwin mengangguk laju.
"Aku dah kata dia ada girlfriend" Ucap Phuwin. Perasaan ketika Pond menghantarnya pulang tempoh hari datang lagi, perasaan yang entah susah nak ungkap pakai kata kata.
"Aku nak tegur dia, aku kepo siapa girlfriend dia" Dunk mulai berjalan meninggalkan Phuwin. Tak sempat Phuwin mahu menarik baju Dunk, sahabatnya itu menjerit kuat nama Pond.
"Pond!!" Dunk melambaikan tangannya. Phuwin yang tadi menyorok menepuk dahinya kuat lalu berjalan keluar perlahan lahan membuntuti kawannya itu. Bukan Dunk lah kalau tak kepo dengan urusan orang.
"Ehh Dunk, kau buat apa kat sini?" Pond yang tadi mendengar orang memanggil namanya memandang sang empunya suara.
"Beli barang dengan Phuwin" Dunk menunjukkan Phuwin yang sedang menahan malu. Phuwin hanya mempamerkan senyuman manis lalu menundukkan kepalanya.
"Kau dengan girlfriend ehh" Tanya Dunk sambil menunjuk perempuan yang datang bersama Pond. Pond memandang arah jari Dunk lalu dia tergelak sambil menunjuk perempuan tersebut.
"Tu??? Itu kakak aku lah Bimbeam" Terbeliak mata Phuwin lalu memandang Pond dan kakaknya Bimbeam berkali kali. Dunk menyenggol Phuwin menggunakan sikunya.
"Kau kata tu girlfriend dia.." Ucap Dunk berbisik sambil tersenyum kekok di hadapan Pond. Phuwin hanya berdiam diri sahaja.
"Okaylah kalau macam tu..kitaorang balik dulu lah. Barang banyak ni, penat nak pegang" Dunk melambai tangannya pada Pond lalu menarik Phuwin pergi dari situ. Phuwin membalikkan badannya sedikit dan melambaikan tangan pada Pond.
Perasaan tadi yang datang waktu dia menyorok sudah hilang diganti rasa girang. Oh jadi lipstick dan subang itu kepunyaan kakaknya Pond si Bimbeam.
"Kau ni buat malu lah Phuwin!" Dunk yang memasukkan barang ke dalam bonet kereta sedari tadi tidak berhenti mengomel Phuwin.
"Kau yang kecoh nak tegur dia lepastu salahkan aku pulak" Phuwin melipatkan tangannya di dada lalu mengulingkan matanya. Dia yang salah lepastu salahkan kita pulak.
.
.
.
.
.
.
.
"Good morning dunia tipu tipu!!" Ucap seorang lelaki bermata sepet sambil mengangkat kedua tangannya. Phuwin memandang lelaki itu atas bawah lalu mendengus kasar."Winny.. still pagi ni kau boleh diam tak?" Lelaki yang bernama Winny tadi hanya tersengih. mereka berdua berjalan ke arah kantin bersama sama.
Sekarang pelajar tingkatan atas sedang menunggu ketibaan bas mereka. Jam menunjukkan pukul 7:30 pagi.Semua kawan kawan Phuwin sedang menunggu di kantin.
"Eh Mark awal kau datang" Perli Phuwin. Mark Pakin, satu satunya pengawas yang sering lewat ke sekolah. Mark yang sedang menahan ngantuk itu menunjukkan jari tengah pada Phuwin.
"Kau jangan tegur dia, dia tengah emosi phone dia habis battery" Ucap Nanon, sahabat baik kepada Mark Pakin.
"Apa yang kau buat pepagi dah habis battery?" Tanya Phuwin lalu mengeluarkan sesuatu dari sling bag miliknya
"Tengok porn lah tu" Ucap Book tiba tiba lalu duduk di sebelah Winny. Mark yang mendengarkan itu membaling botol air mineral water yang sudah habis ke Book tapi sempat ditangkap lelaki itu.
"Ah kauu.. Aku bukannya macam kau" Jeling Mark lalu menongkat dagu meratapi nasibnya. Charger miliknya rosak semalam dan dia baru menyedarinya pagi tadi.
"Ni ambik powerbank aku" Terus bersinar sinar mata Mark. Dia tidak berhenti menyium powerbank milik Phuwin. Nanon dan Winny memberikan pandangan jijik pada Mark manakala Book memukul kepala Mark kuat.
"Kau tolong eh jangan macam beruk" Tiba tiba dari jauh terdengar bunyi pekikan kuat. Rupanya suara Dunk memanggil mereka untuk naik ke bas.
Mereka ber lima berlari lari anak ke bas mereka. Dunk hanya bercekak pinggang melihat kawan kawannya itu.
"Sedap eh korang berborak.. Dah lah lambat!" Akhirnya sudah selesai meletakkan barang mereka semua naik ke dalam bas.
Terlihat Joong dan Pond turut ada di dalam bas tersebut, Pond melambaikan tangan pada Phuwin seperti kanak kanak riang.
"Pahal mamat tu lambai kat kau" Bisik Winny pada Phuwin, Phuwin hanya tersenyum kekok lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Joong dan Pond.
Dunk duduk bersebelahan dengan Phuwin manakala Winny dan Book duduk di sebelah mereka. Nanon dan Mark duduk di sebelah Pond dan Joong.
Kedudukan dorang macam ni
Phuwin | Dunk Winny | Book
Pond | Joong Nanon | Mark
"Helloo Phuwin" Sapa Pond sambil menongkatkan dagunya di seat Phuwin. Phuwin mendongakkan kepalanya dan terlihat Pond betul betul di atas kepalanya.
Dia menelan ludah kerana jarak antara mereka betul betul dekat. Dia nampak kulit sawo matang milik Pond, kumis tipis tipis serta mata coklat cantik milik Pond.
"Er--Helloo.." Sapa Phuwin kembali lalu cepat cepat memandang kedepan kembali, Pond hanya tersenyum lalu duduk kembali di tempatnya. Dia mengeluarkan telefonnya lalu membuka instagram dan dia mengirimkan pesan ke Phuwin.
Phuwin bangun dari tempat duduknya dan bergerak ke arah seat Joong. Joong yang bingung memandang Phuwin yang berdiri di sebelahnya, Pond menolak Joong sehingga dia hampir terjatuh lalu menarik Phuwin duduk.
"Eh kau dah kenapa duduk sini" Tanya Joong lalu dia memandang Pond yang memberikannya isyarat supaya duduk di sebelah Dunk. Joong hanya merengus kasar dan duduk di sebelah Dunk.
"Phuwin mana?" Tanya Dunk. Dia tak selesa duduk di sebelah Joong. Baginya Joong seorang lelaki yang mengjengkelkan dan tak suka belajar, dia menghabiskan masanya bermain basket tanpa hiraukan grednya yang jatuh menurun.
"Kat belakang" Jawab Joong malas lalu menutup matanya mahu tidur. Tidak sampai 30 minit bas bergerak, sudah kecoh bas itu kerana pergaduhan kecil dari Winny, Book, Mark dan Nanon. Tidak lari juga adu mulut Joong dan Dunk sedari tadi, ada aja tak kena.
Akhirnya setelah hampir satu jam kecoh isi bas tersebut suasana mulai menjadi senyap sunyi, satu per satu dari mereka mulai terlelap akibat kepenatan kerana perjalanan mereka mengambil masa 3 jam untuk sampai.
-- Tbc ♡
YOU ARE READING
[ BL ] HEART SHAKER | PONDPHUWIN ✔
FanfictionPhuwin yang jatuh hati kepada abang seniornya iaitu Pond Naravit yang dikenali sebagai ketua tim basketball Happy reading! HOMOPHOBIC DNI (n.) slow update 2 june 2023 26 June 2023