14 : I love you

954 27 0
                                    

Pond memakirkan keretanya di hadapan rumah yang sedikit usang. Dia sudah sampai di rumah lamanya.

Rumah usang, pokok dan semak samun penuh. Dia terfikir bagaimanakah adiknya hidup selama dia tiada menjaga adiknya, Louis.

"Louis?" Pond berjalan masuk ke dalam rumah tersebut, matanya melilau mencari kelibat Louis yang tiada disitu.

Rumah tersebut penuh dengan botol kaca alcohol yang sudah habis, sisa makanan serta beberapa baju kotor bertaburan di lantai.

Rumah itu sungguh bersepah.

"Louis??" Panggil Pond lagi. Dia mulai berjalan pergi ke setiap sudut rumah tersebut. Masih tidak menemukan kelibat Louis dimana mana.

Tiba tiba terdengar seseorang menolak pagar rumah dan berlari masuk ke dalam. Terlihat Louis dengan baju yang agak lusuh membawa se plastik bubur dan air kotak mangga di tangannya.

"ABANG!!" Louis berlari ke Pond lalu mendakap kakak sulungnya itu kuat. Pond akhirnya tersenyum selepas sedikit risau kerana tidak melihat kelibat Louis tadi.

"Louis pergi mana tadi?" Louis menunjukkan kantung plastik yang ada ditangannya sambil tersenyum lebar.

"Hehe beli makanan" Pond mengusap rambut Louis lalu mengambil kantung plastik tersebut lalu dihidangkan untuk adiknya.

Sementara Louis menyantap sarapan paginya, Pond memilih untuk mengemas rumah tersebut. Dia mulai mengutip botol botol alkohol tadi dan buangnya ke dalam plastik sampah hitam.

Baju baju yang bersepah dikutip lalu dimasukkan kedalam mesin basuh. Sisa makanan juga dibuang ke dalam plastik hitam. Pinggan yang entah sudah berapa lama tidak dibasuh juga Pond basuhkan.

Dia menatap adiknya Louis yang kusut masai itu dari dapur. Dia perlu membawa adiknya keluar dari sini. Adiknya masih muda, dia tidak mahu adiknya gila sepertinya.

"Louis lepas ni mandi lepastu kemas barang, abang bawak Louis pergi Bangkok" Terlepas sudu yang ada ditangan Louis. Matanya terkebil kebil memandang Pond yang bercekak pinggang disebelahnya.

"Ha??" Louis cuba memproses apa yang Pond kata lalu bangun dari kerusinya dan terus memeluk Pond kuat sambil melompat teruja.

"Yeay yeay pergi Bangkok!!" Louis terus berlari masuk ke biliknya untuk mengemas barang. Satu per satu barangnya dia masukkan ke dalam kotak yang dia jumpa di bilik stor. Baju bajunya serta beberapa buku latihan serta nota.

Tidak lupa gunpla favoritnya atau lebih dikenali dengan figura gundamnya.

Disebabkan barang Louis tidak banyak jadi mereka tidak berlama disitu, Pond memasukkan barang barang Louis ke dalam kereta dan mulai meninggalkan perkarangan rumah tersebut lalu membelah jalan dan pulang kembali ke Bangkok.

"Louis tidur lah dulu, jauh lagi ni" Pond memberikan selimut dan bantal kepada Louis untuk membiarkan adiknya itu tidur.

Tiba tiba telefon milik Pond berbunyi. Ianya dari kekasih hatinya Phuwin. Pond yang sedang memandu itu memasang earphone lalu mengangkat panggilan tersebut.

"Bub awak dah sampai ke?" Tanya Phuwin

"Saya dah on the way balik"

"Lah cepatnya, kesian Louis tak sempat lepaskan rindu"

"Saya bawa Louis sekali"

"Awak serius? awak dah fikir masak masak?"

"Saya dah fikir tadi, saya rasa saya kena buat kerja part time since saya dah ada Louis ni"

"Awak kerja dengan saya"

"Kerja apa?"

"Jual baju"

"Ha?"

[ BL ] HEART SHAKER | PONDPHUWIN ✔Where stories live. Discover now