6 : Study Tour

1.3K 40 1
                                    

Phuwin yang sedang membelek kertas kertas kerja yang ada di atas mejanya di bilik pengawas itu tiba tiba didatangi Patrick.

"What are you doing here, Pat?" Tanya Phuwin malas, mahu sahaja dia menolak dan menghalau Patrick keluar tetapi dia melihat ada segulung kertas di tangan Patrick jadi dia membatalkan niatnya

"Sir Earth nak I bincang benda ni dengan you" Ucapnya lalu duduk di kerusi khas di hadapan meja Phuwin. Mereka berdua mulai berbincang tentang study tour yang dicadangkan oleh Sir Earth untuk pelajar tingkatan akhir tahun ini.

"So kita akan buat 3 bas and satu bas 30 orang so total pelajar 90 orang" Ucap Patrick. Phuwin hanya mengangguk mendengar penjelasan Patrick, dia membuang sifat ego dan marahnya. Tugas dia sebagai ketua pengawas dia perlu menggalasnya dengan betul.

"Since tingkatan you ada 100 pelajar so kita kena pilih mana yang betul betul nak belajar je" Ucap Patrick lagi, Phuwin merasa tidak adil untuk pelajar pelajar yang tidak dapat mengikuti study tour.

"Eh mana boleh! Mana nak campak lagi 10 orang?" Phuwin mendengus kasar. Ini sebab kenapa dia tidak mahu orang lain campur tangan urusan pengawas.

"Like i said Phuwin, kita kena pilih 90 pelajar sahaja. 10 orang lagi maybe akan dicutikan while you guys pergi study tour" Phuwin berdecik lalu bangun dari kerusinya.

"Kenapa tak bawa sekali semua 190 pelajar? kenapa kena tinggalkan 10?" Tanya Phuwin, Patrick hanya mengangkat bahunya tanya tidak tahu.

"Modal tak cukup kot" Jawabnya bersahaja lalu dia bangun dan menepuk bahu Phuwin. Phuwin menepis tangan Patrick lalu menolak Patrick keluar dari ruangan tersebut.
.
.
.
.
.
.
.
"Dunk macam mana ni?" Tanya Phuwin. Dia kelihatan sedikit berserabut. Dunk yang sedang asyik bermain game di telefonnya itu memandang Phuwin.

"Jangan nak risau sangat, confirm dalam 100 orang tu mesti ada yang tak nak join. Tak semua orang suka belajar Phuwin" Ucap Dunk lalu sambung bermain game, Phuwin yang mendengar itu hanya berdiam diri sahaja.

"Buat announcement tanya siapa nak join datang sini isi borang and believe tak sampai 70% pun budak nak join. Mostly semua akan malas" Phuwin bangun dan bergerak ke mic kecil yang ada disebelah mejanya. Mic itu bersambung kepada semua speaker yang ada di sekolah tersebut.

"Perhatian kepada pelajar tingkatan atas atau pelajar yang berumur 17 tahun. Siapa siapa yang berminat mahu mengikuti study tour kami pada sabtu depan silakan datang ke ruang pengawas selepas rehat kedua nanti, terima kasih.." Dunk dan Phuwin memandang satu sama lain lalu tergelak, sudah lama Phuwin tidak membuat announcement. Dia tahu dia akan merindui kenangan ini.

Tiba tiba seseorang mengetuk pintu ruang pengawas tersebut. Phuwin dan Dunk kehairanan padahal dia sudah beritahu mereka perlu datang selepas rehat kedua dan bukanlah sekarang.

"Masuk" Ucap Phuwin. Dua orang jejaka masuk ke dalam ruang tersebut dan terlihatlah Pond dan Joong yang masuk ke ruang tersebut tersengih seperti kerang busuk.

"Um.. Hello.." Joong melambaikan tangannya sambil tersengih sengih manakala Pond hanya menggaru lehernya yang tidak gatal.

Mereka berdua datang kemari untuk menanyakan soalan kepada Phuwin.

"Phuwin.. study tour tu kitaorang nak ikut boleh?" Tanya Joong. Dunk yang mendengarkan itu terus berjalan ke arah Joong, dia berdiri tepat dihadapan lelaki tersebut.

"Kau dah 18 kan? kenapa nak ikut study tour yang khas untuk tingkatan atas and not angkatan atas?" Dunk mengangkat keningnya sebelah, menunggu jawapan dari Joong akhirnya Phuwin membuka mulut.

"Sure kalau tak ramai pergi study tour tu nanti aku masukkan nama korang dua dalam list" Ucap Phuwin. Joong dan Pond memandang sesama sendiri dan tersenyum gembira.

"Aaa okay Phuwin, anything please bagitahu aku" Phuwin mengangguk kan kepalanya. Joong dan Pond beredar dari tempat tersebut manakala Dunk bercekak pinggang di hadapan Phuwin.

"Kau buat apa ni?" Entah apa yang dibenci sangat Dunk kat Joong ni sampai apapun lelaki tu buat ada je tak kena kat mata dia.

"What?" Phuwin terkekeh lalu berjalan keluar untuk rehat di kantin meninggalkan Dunk yang masih sedikit berangin dengan keputusan Phuwin menerima angkatan atas mengikut mereka study tour.
.
.
.
.
.
.
"Okay since 80 orang je nak pergi, aku masukkan nama kau dengan Joong dalam list" Sekarang Pond dan Phuwin sedang duduk di hadapan sekolah. Waktu sekolah sudah habis dan sekarang mereka berdua sedang tunggu driver datang untuk mengambil mereka pulang.

"Kau pergi nanti pakai baju apa?" Tanya Pond. Phuwin memandang Pond atas bawah, dah kenapa mamat ni tanya soalan macam ni.

"Pakai baju biasa je lah takkan aku nak bogel pulak" Pond tergelak mendengar jawapan Phuwin. Sebenarnya dia sedang basa basi dengan Phuwin.

"Eh kau tak follow back ig aku lagi" Phuwin baru teringat dan dia cepat cepat mengeluarkan telefonnya dari poket. Dia membuka ig dan mengetik akun milik Pond.

"Done" Pond melihat notifikasi dari telefonnya dan tanpa dia sedar terukir satu senyuman di bibirnya. Kereta keluarga milik Phuwin sudah tiba dan terlihat Gemini berlari dari dalam pagar keluar masuk ke dalam kereta.

"Eh mana kau datang ni" Tanya Phuwin ke Gemini yang ingin membuka pintu kereta itu.

"Dari padang.. Habis training basket" Phuwin hairan. Kalau Gemini training basket lepastu apa yang Pond buat kat sini. Phuwin memandang Pond yang duduk di kerusi tempat bertunggu di hadapan sekolah itu, Pond sedar Phuwin memandangnya itu membuatkan Pond memandang tempat lain.

"Ohhh kau ponteng yeee" Ucap Phuwin dan Pond tergelak besar. "Dah kau pergi balik sana, aku nak pergi tengok budak basket" Halau Pond, Phuwin hanya memandang sosok lelaki itu beredar masuk kembali ke dalam sekolah.

Phuwin hanya tersenyum lalu masuk ke dalam kereta. Gemini yang sedari tadi melihat drama Pond dan Phuwin itu tersengih melihat abangnya itu seakan sedang mabuk kasmaran.

"Kau suka Pond ehhh?" Usik Gemini sambil menyucuk lengan Phuwin, Phuwin menolak kepala Gemini kuat sehingga adiknya itu mengaduh sakit.

"Kepala otak kau!" Gemini tergelak sambil menggosok kepalanya yang ditunjal oleh Phuwin.

"Bang.. esok daddy nak ajak makan makan do" Ucap Gemini sambil menunjuk pesanan message yang dihantar oleh ayah mereka. Dia memberitahu bahawa besok mereka akan dinner bersama ahli keluarga mereka yang lain.

"Ahh malas aku nak layan" Phuwin menolak telefon Gemini jauh darinya dan dia menutup matanya untuk tidur sebentar. Gemini menjelirkan lidah pada Phuwin dan menunjuk jari tengah kepada abangnya itu.

"Aku nampak Gemini..." Ucap Phuwin, Gemini tergelak lalu sambung bermain telefonnya.

[ BL ] HEART SHAKER | PONDPHUWIN ✔Where stories live. Discover now