13 : Bintang

1K 37 1
                                    

Pond berjalan mengejar Phuwin yang berjalan mendahuluinya, mulutnya tidak berhenti memanggil Phuwin yang sedari tadi mulut Phuwin tidak berhenti menggumam memarahi Pond.

"Muffin.. awak janganla jalan laju sangat" Pond cuba menarik Phuwin yang masih berjalan tanpa menghiraukannya.

"Muffin saya minta maaf ye lepas ni saya tampal dekat dahi saya yang saya ni awak punya" Pond cuba memujuk Phuwin tapi ayat sangatlah tidak menghalalkan cara. Ayatnya lagi membuatkan rasa cemburu Phuwin membuak buak

"Awak ingat kelakar ke? saya serius tau Pond" Pond yang mendengar Phuwin memanggilnya dengan nama Pond dan bukanlah Naravit mulai cemas. Nampaknya Phuwin memang benar benar marah.

"Okay okay saya minta maaf muffin, awak boleh marah saya tapi jangan panggil saya Pond okay? panggil saya Nara" Pond menggosok gosok lengan Phuwin cuba menenangkan hati kekasihnya yang tengah panas kerana api cemburu buta.

"Sekarang saya tahu kenapa awak suka kalau pergi tournament ke apa, ramai awek yang tunggu awak rupanya" Pond menepuk dahinya kuat. Ingatkan dah habis rupanya ada lagi.

"Tak.. serius saya pun rimas dengan perempuan perempuan tu"

"Mata saya ni nampak awak je muffin"

"Awak janganla merajuk macam ni padahal saya baru je menang tournament ni awak tak bagi lagi reward untuk saya"

Ucap Pond panjang lebar cuba memujuk kekasihnya lagi, Phuwin yang tadi egonya setinggi gunung mulai luluh dan kasihan melihat Pond sedari tadi sabar menenangkannya yang asyik cemburu.

"Hmm saya minta maaf Nara.." Mata Phuwin mulai berair, dia tiba tiba rasa sebersalah memarahi Pond yang baru sahaja berhempas pulas di gelanggang bola keranjang terus perlu menghadapi Phuwin yang merajuk pula.

"Shh awak janganla nak nangis, it's not your fault okay muffin?" Pond menyapu air mata yang sedikit meleleh dari mata Phuwin menggunakan ibu jarinya.

"I love you.." Bisik Pond lalu memeluk Phuwin kuat

"I love you more, Nara.."

➖➖🐱➖➖

Sekarang mereka berdua berada di rumah Phuwin. Hari ini uncle New akan datang kerumah Tuan Tay lagi jadi semua akan berkumpul di rumah Phuwin.

Disebabkan Phuwin dan Pond pulang kerumah awal 2 jam maka mereka berdua menghabiskan waktu dengan menonton netflix dan makan fast food yang diorder oleh Phuwin lewat grab.

"Muffin awak nak lagi ke kentang ni?"

"Awak makan lah saya dah kenyang"

"Awak habiskan aiskrim awak ni muffin"

"Saya kenyanglah Nara, awak habiskan please"

"Lepasni saya tak bagi awak makan manis dah eh"

Phuwin dan Pond yang sedang melahap mcdonald itu kusyuk sambil menonton attack on titan di tv, Pond duduk disofa manakala Phuwin baring meletakkan kepalanya di atas peha pond, dia jadikan peha Pond sebagai bantal.

"Muffin awak tak ada ke wishlist yang awak nak buat sama sama dengan saya?" Phuwin yang mendengar soalan Pond itu terus bangun dari baringnya dan agak memeranjatkan Pond sehinga Pond tercampakkan kentangnya yang ada di tangan.

"Ish terkejut saya awak bangun macam tu" Marah Pond lalu mengutip kembali kentang yang terabur di lantai.

"Hehe" Phuwin menggaru lehernya yang tidak gatal. Mukanya sedikit teruja ingin menceritakan impiannya yang dia ingin capai bersama Pond.

[ BL ] HEART SHAKER | PONDPHUWIN ✔Where stories live. Discover now