4 : Gonna make you mine

1.8K 49 0
                                    

Phuwin berlari turun ke bawah setelah dia sedar dia sudah lewat untuk ke sekolah. Jujur ini kali pertama dia terlewat dan itu akan menjejaskan reputasinya sebagai ketua pengawas.

Phuwin membuka pagar rumahnya lalu berlari masuk ke dalam kereta BMW 8i berwarna putih miliknya. Mulutnya tidak berhenti mencarut adik bongsunya, Gemini.

Telefon bimbit milik Phuwin sedari tadi tidak berhenti berdering, panggilan masuk dari Dunk. Phuwin yang agak sedikit prustasi itu mengetuk stereng keretanya kuat sebelum membelah jalan untuk ke Edgar Highschool.

**
PHUWIN POV

"Fuck!" Aku mula berlari ke kelas, sudah terlepas matapelajaran pertama. Aku memang sudah gila.

"Nah ingatkan nak skip kelas lagi" Ucap Dunk sinis. Argh tidak peduli yang penting aku sudah selamat sampai disekolah.

Semalam aku tidak sedar aku bermain fifa dengan Gemini sehingga pukul 4 pagi. Kami sempat bergaduh dan Gemini memilih untuk tidak mengejutkan aku pagi ini dan ya itu membuatkan aku lewat ke sekolah.

"Gaduh dengan Gem?" Dunk bertanya. Aku hanya memberi satu anggukan. Malas mahu buka mulut kerana yang pasti Dunk akan mempertahankan Gemini dan bukan aku.

"Tadi Pond cari kau" Aku memandang Dunk. Ah sudah aku terlupa mahu membalas pesan dari Pond. Apakah dia sudah membenci ku? pasti dia fikir aku ini sombong.

"Aku lupa nak reply chat dia" Aku mengeluarkan telefon aku dari poket dan membuka aplikasi instagram. Masih sama, aku belum buka lagi pesan yang dikirimkan oleh Pond.

"Kena ke followback?" Dunk hanya menganggukkan kepalanya lalu memberi aku satu bungkus roti coklat dan sekotak susu strawberi.

Aku mengangkat keningku, Dunk hanya menyuakannya lagi ke muka ku menyuruhku untuk ambil. "Dari Pond" Aku mengambil roti dan susu tersebut lalu memakannya.

Aku tidak sempat bersarapan disebabkan terlewat. Terima kasih Pond, aku sungguh terhutang budi.

"Lepasni kita ada meeting dengan Sir Earth, sediakan telinga aku rasa kita akan buat pembaharuan" Dunk memberi aku sehelai kertas yang berisi tentang catatan pembaharuan sistem pengawas. Aku menilik kertas itu lama, sudah 5 tahun di bersekolah disini dah kenapa sekarang baru pihak sekolah mengutuskan pembaharuan?

"Aku tak faham, kenapa sekarang?" Aku mahu saja bangun melemparkan kertas ini ke muka Sir Earth. Orang tua itu benar benar mencabar kesabaran aku.

"Ada eloknya pembaharuan sistem ni biar tahun depan Gemini tak susah payah nak jaga sekolah ni" Aku hanya memberikan senyuman manis ke Dunk, ya hanya senyuman palsu.

Aku tidak mahu Gemini menggalas jawatan konyol ini. Aku tidak mahu dia menjadi gila seperti ku lagi lagi bila dekat dengan jadual peperiksaan. Kerja ku menjadi semakin banyak sehingga tiada masa untuk belajar.

"Get ready Phuwin, kelas kita habis lepasni" Aku hanya berdiam diri. Tiada apa yang patut aku balas.

"Control yourself Phu, aku tahu kau tak suka"

**
POND POV

Aku berjalan menuju ke kelas Phuwin. Sudah jam 7 pagi tetapi masih tiada kelibat Phuwin. Aku menggenggam kuat roti dan susu strawberi yang aku beli di koperasi tadi, ah aku tidak mengerti cara untuk memikat seseorang.

[ BL ] Heart Shaker | PondPhuwin ✔Where stories live. Discover now