8 : Cantik

1.2K 42 3
                                    

Phuwin yang sudah lentok itu meletakkan kepalanya pada bahu Pond dengan secara tidak sengaja. Pond menilik wajah Phuwin yang sedang terlelap itu lama.

Bulu matanya lentik, hidungnya mancung sempurna, pipinya kemerahan natural, bibirnya nipis dan pink. Semua nya sempurna di mata Pond. Sungguh cantik persis seorang perempuan.

Tanpa dia sedari, satu senyuman terukir di bibirnya. Dia benar benar sudah jatuh cinta dengan Phuwin.

Entah sejak pertama kali dia melihat Phuwin, dia sudah jatuh cinta pandangan pertama. Pertama kali dia melihat seorang lelaki secantik Phuwin.

"Kau kenapa tengok muka aku" Pond tidak sedar yang Phuwin sudah terjaga dari tidurnya. Phuwin mengangkat kepalanya yang terlentok di atas bahu Pond, lehernya terasa sedikit sengal sengal.

"Ahh.. Sorry" Ucap Pond lalu memberikan bantal penyendal leher pada Phuwin.

Tiba tiba bas berhenti dan pemandu bas membuka pintu bas. Mereka semua sudah sampai destinasi study tour 2 hari 1 malam mereka.

"Anak anak sila bangun" Sir Earth yang dari bas sebelah naik ke bas mereka untuk mengejut para anak monyet yang sedang terlena enak dibuai mimpi.

"Dunk bangun" Phuwin mengoncang perlahan bahu Dunk. Dunk menggosok matanya perlahan lalu mengejutkan Joong bangun.

Setelah semua sudah bangun, mereka turun dari bas. Penampakan pantai dan sebuah homestay besar di hadapan mereka membuatkan mereka melompat kegirangan seakan kanak kanak mendapat gula gula.

Winny dan Book berlari ke arah pantai manakala Mark dan Nanon mengambil beg mereka di bonet bas. Phuwin menghirup udara segar disitu sambil berjalan ke arah pantai. Langit sungguh cantik pada waktu itu, dia mengeluarkan telefonnya lalu mengambil gambar langit.

Pond yang melihat instagram story milik Phuwin berjalan mendekati Phuwin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pond yang melihat instagram story milik Phuwin berjalan mendekati Phuwin.

"Beg kau aku dah letakkan dalam bilik kita" Phuwin membulatkan matanya dan memandang Pond tidak percaya.

"What do you mean kita?" Phuwin bertanya, bukankah sepatutnya dia tidur seorang diri tanpa sebarang gangguan dari mana mana monyet.

Pond hanya tersengih

"Aku malas nak tidur dengan Joong. Dia bisinglah, aku tidur dengan kau" Kata Pond sebelum beredar sambil menggoyangkan bahunya atas bawah menganjing Phuwin yang sedari tadi mulutnya tidak berhenti memaki hamun Pond.

"Menyesal aku setuju bawak kau datang sini!" Phuwin menghentakkan kakinya kasar lalu menendang pasir pasir untuk melempiaskan amarahnya pada Pond yang menjengkelkan tu.
.
.
.
.
.

"Pond kau reti tak buat acc youtube?" Tanya Phuwin sambil menunjukkan aplikasi youtube pada Pond. Pond tergelak melihat Phuwin seperti anak kehilangan ibu, dia terlihat sungguh bingung.

"Aik kau tak reti buat ke?" Susah nak percaya macam mana pengawas sekolah dan tokoh pelajar ini tidak tahu cara membuat akaun youtube.

"Please ajar aku tak reti serious" Phuwin mengangkat 3 jarinya tanda bersumpah seperti pengakap. Pond hanya terkekeh melihat Phuwin.

[ BL ] HEART SHAKER | PONDPHUWIN ✔Where stories live. Discover now