SKIP :: 4 BULAN KEMUDIAN
"Phuwin, kamu dah kemas barang?" Phuwin yang berada di atas kerusi roda itu menolak kerusi rodanya mendekat ke arah New yang sedang mengemas bagasinya.
"Bang kau nampak tak boxer spiderman yang abang Pond belikan untuk aku?" Gemini sedari tadi mundar mandir mencari boxernya. Tangannya menyelongkar setiap pelusuk rumah agam tersebut.
"Kamu ni boxer pun letak merata" Marah New. Gemini hanya tersengih sahaja. Mata Phuwin pula menangkap benda yang ada di tangan Gemini.
"Habis kat tangan kau tu apa? bukan boxer ke?" Phuwin menunjukkan boxer merah yang ada ditangan Gemini.
"Lah macam mana dia boleh ada kat sini?" Tanya Gemini pelik. Phuwin hanya menepuk dahinya, kenapalah dia ada adik macam Gemini.
"Kau pergi kemas beg kau, aku suruh semalam kau main game kan!" Marah Phuwin sambil membaling selipar rumah yang dia pakai ke arah Gemini.
"Welk! kau dahlah noob main fifa" Kata Gemini sambil berlari masuk ke dalam biliknya. New yang melihat dua anak bujangnya itu bergaduh hanya menggelengkan kepalanya sahaja.
"Uncle boleh tolong Phuwin bawak beg masuk dalam kereta tak?" Tanya Phuwin. New menganggukkan kepalanya lalu mengambil bagasi Phuwin dan membawanya keluar.
Setelah kejadian kemalangan 4 bulan lepas, perkahwinan Tay dan New ditunda kerana Tay dan New harus menjaga Phuwin sehingga dia betul betul sihat.
Jadi hari ini mereka akan terbang ke Paris kerana besok akan berlangsungnya perkahwinan Tay dan New. Mereka sepatutnya terbang ke sana 2 hari lepas tadi disebabkan Phuwin perlu ke hospital jadi mereka terpaksa terbang sehari sebelum majlis.
"Uncle nampak Nara tak?" New mengangkat bahunya tanda tidak tahu lalu membawa bagasinya serta bagasi Phuwin masuk ke dalam bonet kereta.
"Mana pulak Nara ni" Dia menolak kerusi rodanya mencari kelibat Pond yang entah dimana keberadaannya.
"Muffin!" Pond yang berdiri di hadapan taman bunga mini milik New itu berlari mendapatkan Phuwin lalu menolak kerusi roda milik Phuwin.
"Saya tengok bunga yang uncle New tanam, cantikkan?" Tanya Pond sambil tersenyum manis sehingga menampakkan semua giginya.
"Cantik!" Jawab Phuwin. Selain pandai memasak, New juga pandai menanam bunga-bunga di belakang rumah.
"Cantik macam awak" Phuwin menampar lengan Pond lalu tergelak. Ada ada je lah dia ni.
"Saya tak dapat ikut awak, awak jaga diri tau kat sana?" Ucap Pond sambil menggosok kepala Phuwin.
"ahhh what am i supposed to do without you bub?" Tanya Phuwin. Dia pasti akan berasa bosan tanpa Pond ada disisinya. Selalunya Pond akan mengembirakannya dengan lawak yang entah dari mana dia dapat.
"Tak apa nanti ada rezeki awak pergi Paris lagi tapi dengan saya" Pond tersenyum.
"Nara! Phuwin!" Panggil Tay dari laman hadapan rumah agam tersebut.
Pond menolak kerusi roda Phuwin lalu membawa ke kereta yang bakal mereka naiki untuk ke lapangan terbang.
"Saya pergi dulu Nara" Pond mendukung Phuwin lalu meletakkan lelaki tersebut di tempat duduk belakang.
"Hati hati muffin" Pond menutup pintu kereta tersebut. Tay berjalan ke arah Pond lalu membisikkan sesuatu ke telinga Pond.
"Baiklah" Jawab Pond. Tay menepuk bahu Pond lalu melambaikan tangannya.
"Kami pergi dulu!" Phuwin yang berada di tempat duduk belakang melambaikan tangannya kepada Pond. Pond membalas lambaian tersebut, dia melihat kereta mewah milik keluarga Tay itu meninggalkan perkarangan rumah agam milik lelaki kaya tersebut.
YOU ARE READING
[ BL ] HEART SHAKER | PONDPHUWIN ✔
FanfictionPhuwin yang jatuh hati kepada abang seniornya iaitu Pond Naravit yang dikenali sebagai ketua tim basketball Happy reading! HOMOPHOBIC DNI (n.) slow update 2 june 2023 26 June 2023